Rajah berikut menunjukkan hierarki sosial dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka.
Rajah berbentuk piramid:
- Bahagian atas: Golongan Pemerintah
- Bahagian bawah: Golongan Diperintah
a
Senaraikan **dua** golongan diperintah.
2 marks
b
Bagaimanakah golongan pemerintah mewujudkan kesejahteraan rakyat pada zaman tersebut?
4 marks
c
Teliti peribahasa berikut.
> "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"
Ulaskan dalam konteks masyarakat Malaysia.
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) memainkan peranan penting dalam menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Apakah objektif penubuhan jawatankuasa tersebut?
2 marks
b
Jelaskan isu yang dibangkitkan dalam CLC.
4 marks
c
Pantun berikut boleh dikaitkan dengan manfaat yang diperoleh hasil dari usaha CLC meningkatkan kerjasama politik pelbagai kaum.
> Burung helang terbang tinggi,
> Hinggap sebentar di pohon sena,
> Pemimpin bersepakat memimpin negeri,
> Perpaduan rakyat terus terbina.
>
> Pergi berkelah di tepi pantai,
> Membawa bekal bersama rakan,
> Berbilang kaum hidup harmoni,
> Itulah kekuatan sebuah negara.
Beri ulasan anda.
4 marks
310 marks
Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak utama pemerintahan negara Malaysia.
a
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?
2 marks
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam aspek berikut:
b(i)
Eksekutif
2 marks
b(ii)
Kehakiman
2 marks
c
Teliti penyataan berikut.
> Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi kewajipan kepada setiap warganegara Malaysia walaupun berbeza ideologi dan perjuangan politik.
>
> (Sumber: diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/)
Ulaskan.
4 marks
410 marks
Pembangunan dan sosioekonomi merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia.
a
Nyatakan **dua** isu pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
2 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan bagi mengatasi isu di 4 (a).
4 marks
c
Infografik berikut berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2021.
Jelaskan kejayaan yang Malaysia capai.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Rajah berikut berkaitan dengan perubahan pentadbiran yang berlaku di Tanah Melayu.
**September 1945** — British Military Administration → **April 1946** — Malayan Union
a
Mengapakah British memperkenalkan British Military Administration (BMA)?
4 marks
b
Bagaimanakah perlembagaan Malayan Union membolehkan British menakluki Tanah Melayu?
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Beri ulasan anda.
8 marks
620 marks
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British telah mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
a
Terangkan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
b
Jelaskan inti pati yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Beri ulasan anda.
8 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan kerjasama yang wujud di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Kerjasama penyediaan perumahan rakyat
- Kerjasama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara
a
Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan untuk rakyat.
6 marks
b
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjamin keselamatan dan kedaulatan negara di Sarawak dan Sabah?
6 marks
c
Teliti infografik berikut.
Mengapakah agenda pembasmian kemiskinan diteruskan oleh pihak kerajaan?
8 marks
820 marks
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970.
a
Mengapakah Rukun Negara dibentuk?
4 marks
b
Huraikan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
8 marks
c
Lirik lagu berikut merupakan sebahagian daripada lagu Lima Prinsip Rukun Negara.
> **Lima Prinsip Rukun Negara**
>
> Lima Prinsip Rukun Negara
> Harus Menjadi Cara Hidup Kita
> Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
> Sekali Sekala Dibaca Semata
> Lima Prinsip Rukun Negara
> Telah Menjadi Teras Perpaduan
> Membentuk Satu Negara
> Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
>
> Amalkanlah Rukun Negara
> Dalam Hidup Harian Kita
> Tanpa Mengira Tua Muda
> Mengekalkan Warisan Kita
> Lima Prinsip Rukun Negara
> Telah Menjadi Teras Perpaduan
> Membentuk Satu Negara
> Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
>
> (Pencipta: Dato' Cosmas J. Abah, 2020)
Ulaskan lirik lagu tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi antarabangsa.
a
Jelaskan peranan Malaysia dalam meluaskan pasaran ekonomi antarabangsa.
6 marks
b
Huraikan pelibatan Malaysia dalam mengantarabangsakan sistem kewangan Islam.
6 marks
c
Teliti infografik berikut.
Huraikan mesej yang terdapat dalam infografik tersebut dan cadangkan langkah untuk memperkasakan ekonomi negara kita.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open