> Kesultanan Melayu Melaka memiliki sistem pemerintahan dan undang-undang yang tersusun.
> (Sumber: Kesultanan Melayu Melaka, 1262-1528, Abdullah Ghazali, 2018)
a
Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Jelaskan fungsi Undang-Undang Laut Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
4 marks
c
Mengapakah sistem perundangan yang mantap penting dalam menjamin kesejahteraan negara?
4 marks
210 marks
Malayan Union mula diisytiharkan secara rasmi di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
a
Mengapakah British berusaha bersungguh-sungguh menubuhkan Malayan Union?
2 marks
b
Jelaskan ciri-ciri perlembagaan Malayan Union.
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Sir Harold MacMichael memaksa raja-raja Melayu untuk menandatangani perjanjian Malayan Union bagi membolehkan penjajahan mutlak British.
Terangkan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut sebagai panduan generasi muda pada hari ini.
4 marks
310 marks
Di Malaysia, amalan pengasingan kuasa dilaksanakan dengan sistematik.
a
Jelaskan maksud pengasingan kuasa.
2 marks
Terangkan fungsi badan pemerintahan berikut:
b(i)
Badan Perundangan (Legislatif)
2 marks
b(ii)
Badan Eksekutif (Jemaah Menteri)
2 marks
c
Keunikan amalan demokrasi berparlimen teras kepada sistem pemerintahan negara.
Buktikan.
4 marks
410 marks
Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan selepas kemerdekaan bagi mewujudkan sistem pendidikan yang seragam untuk rakyat Malaysia.
a
Nyatakan dua matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2 marks
b
Jelaskan kandungan Laporan Rahman Talib dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
4 marks
c
Teliti maklumat graf di bawah.
Beri ulasan anda berdasarkan graf tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
a
Terangkan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada pembentukan negara yang berdaulat dengan mengembalikan kedudukan raja-raja Melayu, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta menjaga kepentingan sah kaum lain. Penubuhan ini juga membuka jalan ke arah kerjasama antara kaum yang akhirnya membawa kepada pencapaian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
>
> Selepas negara mencapai kemerdekaan, agenda perpaduan terus diperkasakan melalui pelbagai dasar dan program yang melibatkan semua lapisan masyarakat bagi membina negara bangsa yang bersatu padu dan berdaya saing. Keluhuran Perlembagaan pula diperkukuh melalui penghayatan Rukun Negara demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
>
> (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Kemerdekaan dinantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu sebagai detik bersejarah yang membawa sinar harapan kepada masa depan negara.
a
Apakah yang anda faham tentang kemerdekaan?
4 marks
b
Terangkan persediaan yang diatur sebelum pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Jelaskan impian anda terhadap Malaysia yang merdeka berdasarkan maklumat dalam poster tersebut.
8 marks
720 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
a
Terangkan bentuk kerjasama pembangunan sosioekonomi.
6 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengekalkan ekosistem taman negara dan taman laut yang seimbang?
6 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Hubungan erat serta kerjasama utuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan semua negeri terus mencapai kemajuan selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif. Kerjasama ini menjadi kunci utama bagi menyelesaikan pelbagai isu legasi yang sebelum ini membelenggu rakyat, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat dapat dinikmati bersama.
>
> Pencapaian tersebut membuktikan bahawa kestabilan politik dan kesefahaman antara peringkat persekutuan dan negeri mampu membuahkan hasil yang nyata. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan semua negeri termasuk agenda pembangunan ekonomi yang lebih pesat pada masa akan datang.
>
> (Berita diubahsuai daripada: https://berita.rtm.gov.my/)
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Pelbagai cabaran dihadapi oleh Malaysia selepas pembentukannya.
a
Jelaskan cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
4 marks
b
Mengapakah Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia?
8 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan cabaran yang dihadapi negara pada masa kini.
> Salah satu cabaran utama dalam hubungan Malaysia–Singapura ialah kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia–Singapura. Setiap hari, ribuan rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja kerana peluang pekerjaan yang lebih luas serta kadar gaji yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku terutamanya pada waktu puncak. Akibatnya, pengguna perlu menggunakan masa yang lama di sempadan, sekaligus meningkatkan kos pengangkutan, menjejaskan produktiviti dan mengurangkan kualiti hidup.
>
> Walaupun berdepan cabaran tersebut, hubungan Malaysia–Singapura tetap memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan peluang pekerjaan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kemakmuran bersama. Oleh itu, semangat rundingan, saling menghormati dan kerjasama erat perlu diperkukuh agar hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Singapura kekal harmoni, stabil dan berkekalan.
>
> (Sumber: Laporan CNA (2024–2025) dan Malaysia Gazette (2025))
Beri komen anda.
8 marks
920 marks
Isu global kontemporari dan ketidaktentuan ekonomi dunia memberi impak kepada pembangunan sesebuah negara.
a
Terangkan isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia.
6 marks
b
Jadual berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi melalui Pembangunan Segi Tiga ASEAN.
| KERJASAMA | |
|---|---|
| IMT-GT | Indonesia – Malaysia – Thailand Growth Triangle |
| SIJORI-GT | Singapura – Johor – Riau Growth Triangle |
| BIMP-EAGA | Brunei – Indonesia – Malaysia – Philippines East ASEAN Growth Area |
Terangkan kepentingan Malaysia menyertai kerjasama pembangunan ekonomi tersebut.
6 marks
c
Teliti infografik tersebut.
Beri mesej yang terkandung dalam infografik tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open