Maklumat berikut berkaitan kandungan undang-undang Kesultanan Melayu Melaka.
| Undang-undang | Kandungan |
|---|---|
| Hukum Kanun Melaka | X |
| Undang-undang Laut Melaka | Y |
a
Apakah **X** dan **Y**?
2 marks
b
Jelaskan tentang hukuman jenayah yang terdapat dalam undang-undang tersebut.
4 marks
c
Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara?
4 marks
210 marks
Pilihan raya di negara kita bermula dengan pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955.
a
Mengapakah pilihan raya diadakan?
2 marks
b
Jelaskan perkembangan Pilihan Raya Majlis Perbandaran.
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan pilihan raya di negara kita.
> Pilihan raya telah menjadi satu amalan di Malaysia bagi rakyat menentukan parti manakah yang harus diberi mandat menerajui pemerintahan negara setiap lima tahun sekali.
> (Sumber: http://m.s.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya)
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. Pelbagai tafsiran oleh tokoh tentang konsep kedaulatan seiring dengan perubahan zaman.
a
Apakah yang anda faham dengan konsep kedaulatan?
2 marks
b
Bagaimanakah pemerintah dan rakyat berperanan bagi mengekalkan kedaulatan negara?
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Berdasarkan poster, jelaskan kepentingan kedaulatan kepada negara.
4 marks
410 marks
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961.
a
Namakan **dua** wilayah yang terlibat dalam cadangan pembentukan tersebut.
2 marks
b
Bagaimanakah Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) dapat menjayakan pembentukan Malaysia?
4 marks
c
Pembentukan Malaysia penting bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
Jelaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Gambar berikut berkaitan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1946 kepada tahun 1948.
a
Mengapakah berlaku perubahan pentadbiran tersebut?
4 marks
Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam aspek berikut:
b(i)
Pentadbiran
4 marks
b(ii)
Kewarganegaraan
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Persekutuan Tanah Melayu 1948 bukan sahaja memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu, tetapi juga mencipta asas kepada sistem kewarganegaraan dan perpaduan yang lebih kukuh. Usaha ini menjadi titik tolak penting ke arah kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kejayaan perjanjian ini membuktikan kemampuan rakyat Tanah Melayu untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama.
> (Sumber: https://infopelajar.com.my/)
Berikan ulasan anda.
8 marks
620 marks
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957 merupakan langkah penting dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang merdeka.
a
Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?
6 marks
b
Huraikan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Sebagai rakyat, kita harus memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini akan membentuk identiti dan jati diri negara serta mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik. Kita harus prihatin dan mengikuti perkembangan Perlembagaan Persekutuan serta menyokong pelaksanaannya.
>
> Adalah penting untuk memastikan keluhuran perlembagaan terus dijaga dan dihormati. Ini menunjukkan ciri utama kehidupan berdemokrasi seterusnya akan menjaga kesejahteraan bangsa. Dalam menghormati keluhuran perlembagaan, kita seharusnya menghormati nilai keadilan, kebebasan, persamaan dan ciri-ciri lain yang melambangkan bangsa maju dan bersatu hati bawah rangka kerja negara MADANI.
>
> Menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan seperti termaktub dalam Rukun Negara menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan Malaysia kekal negara yang adil dan sejahtera.
> (Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
a
Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
Jelaskan.
6 marks
b
Huraikan keunikan amalan demokrasi berparlimen di negara kita.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Sultan Ibrahim pada Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bahawa Parlimen bukannya tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah, sebaliknya ia adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
>
> Selain itu, Seri Paduka Baginda bertitah Parlimen ialah dewan perhimpunan paling utama dalam sistem negara yang merupakan gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, menggubal undang-undang serta medan semak dan imbang ke atas pentadbiran negara.
> (Sumber diubah suai: https://www.bernama.com)
Jelaskan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan apakah tanggungjawab anda untuk mengekalkan amalan demokrasi di negara kita?
8 marks
820 marks
Maklumat berikut berkaitan Dasar Pembangunan Nasional.
> Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
> (Sumber: https://www.pmo.gov.my)
a
Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
4 marks
b
Jelaskan pelaksanaan DPN.
8 marks
c
Gambar berikut menunjukkan kejayaan dasar pembangunan negara.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut dan beri pendapat anda.
8 marks
920 marks
Malaysia yang mengamalkan sikap terbuka turut terdedah dengan isu global sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial. Isu-isu ini juga turut mempengaruhi perkembangan pembangunan negara.
Jelaskan isu global yang dihadapi oleh Malaysia.
a(i)
Pertindihan Sempadan
4 marks
a(ii)
Pemerdagangan Orang
4 marks
a(iii)
Penyakit Berjangkit
4 marks
b
Infografik berikut berkaitan pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Terangkan maklumat yang terkandung dalam infografik.
Jelaskan manfaat yang diperoleh negara kita melalui pelibatan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open