arrow_back

Perak Trial 2022 Sejarah Kertas 1 · Set 1

1
Maklumat berikut berkaitan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. Kedaulatan Apakah kepentingan ciri tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berkuasa di Alam Melayu?
2
Mengapakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Laksamana?
3
Berdasarkan Undang-Undang Laut Melaka terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. Apakah cukai yang dimaksudkan? I Cukai kuala II Cukai hasil perniagaan III Cukai perjalanan IV Cukai diraja
4
Antara yang berikut yang manakah peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? I Berkhidmat sebagai tentera II Menjadi pendayung kapal perang III Mengetuai utusan ke negara luar IV Pengiring pembesar negara
5
Revolusi Keagungan di England berlaku pada 1688. Apakah kesan revolusi tersebut terhadap sistem pemerintahan England?
6
Mengapakah Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896?
7
Maklumat berikut adalah peperangan yang telah berlaku di dunia pada abad ke-20. | Peperangan | Tahun | | Perang Dunia Pertama | 1914-1918 | Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
8
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? | Pemimpin | Negara | | Benito Mussolini | Itali | | Adolf Hitler | Jerman |
9
Pada 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British. Mengapakah beliau melaksanakan tindakan tersebut?
10
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Sarawak? Morshidi Sidek, Bujang Suntong, dan Awang Rambli
11
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli. | Tahun | Peristiwa | | 1951 | Sistem Ahli diperkenalkan | Mengapakah sistem tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
12
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu untuk merealisasikan kemerdekaan negara. | Peristiwa | Tahun | | Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum | 1949 | | Penganjuran Persidangan Kebangsaan | 1953 | Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?
13
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
14
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?
15
Gambar berikut menunjukkan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan pada tahun 1955. Mengapakah Kabinet pertama ini penting kepada negara kita?
16
Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan rombongan diarak di Banda Hilir, Melaka pada tahun 1956. Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada sejarah negara kita?
17
Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang berlangsung pada tahun 1956. Apakah kepentingan rundingan tersebut? I Pelaksanaan pilihan raya umum II Pengenalan kerakyatan jus soli III Pemberian kemerdekaan tanah air IV Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan
18
Rajah berikut berkaitan antara Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Terma rujukan: - Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan - Melindungi hak istimewa orang Melayu - X Apakah X?
19
Peristiwa penting berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1957. Bendera Union Jack diturunkan Apakah yang dapat dibuktikan daripada peristiwa tersebut?
20
Rajah berikut berkaitan dengan bentuk pentadbiran kerajaan Malaysia Pentadbiran di Malaysia: - Melindungi hak istimewa orang Melayu - X X ialah
21
Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa. | Bahasa | Takrif Kedaulatan | | Bahasa Yunani | Superanus | | Bahasa Inggeris | Sovereignty | | Bahasa Arab | Daulah | | Bahasa Melayu | Daulat | Apakah persamaan takrif tersebut?
22
Maklumat berikut berkaitan dengan lambang-lambang negara kita. - Jata Negara - Lagu Kebangsaan - Bendera Jalur Gemilang Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?
23
Apakah ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia? I Pemerintahan beraja II Kewarganegaraan III Demokrasi Berparlimen IV Kedudukan istimewa orang Melayu
24
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita. Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seorang raja?
25
Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Apakah perkara tersebut?
26
Mengapakah Suruhanjaya Cobbold penting dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
27
Malaysia menghadapi cabaran dalaman setelah pembentukan Malaysia. Apakah cabaran tersebut?
28
Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
29
Apakah faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas merdeka? I Politik berasaskan kaum II Pendidikan vernakular III Penyebaran berita palsu IV Penghijrahan imigran asing
30
Apakah matlamat penubuhan institusi berikut? - Universiti Kebangsaan Malaysia - Dewan Bahasa dan Pustaka
31
Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?
32
Bagaimanakah kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
33
Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB). - Membasmi kemiskinan Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan? I Membuka peluang pekerjaan II Menyediakan rumah mampu milik III Meningkatkan pengeluaran negara IV Menambahkan pendapatan rakyat
34
Pelaksanaan DEB dan DPN telah membentuk kawasan perindustrian baharu. Apakah peranan kawasan tersebut?
35
Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh tersebut? - Tan Sri Razali Ismail - Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood - Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar
36
Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara berikut? Hubungan Luar Negara Malaysia: - Negara-negara Komanwel - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) - Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM) I Mengadakan pakatan ketenteraan II Mengukuhkan ekonomi III Menjamin keselamatan IV Memantapkan struktur pentadbiran
37
Afrika Selatan mengamalkan dasar Apartied. Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
38
Berikut adalah maklumat berkaitan kerjasama antara negara-negara ASEAN. Skim Keutamaan Perdagangan (SKP) Apakah langkah yang dilaksanakan melalui skim tersebut?
39
Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan negara maju secara tidak langsung menggugat ekonomi negara kita. Mengapakah negara maju melaksanakan kempen tersebut?
40
Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia. - Aman Palestin - Muslim Care Malaysia - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayisa (MAPIM) Apakah sumbangan NGO tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。