Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah.
a
Namakan **dua** undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan perkara berkaitan jenayah dalam undang-undang tersebut.
4 marks
c
Teliti petikan akhbar berikut.
> "Undang-undang akan gagal memenuhi objektif penggubalannya tanpa adanya elemen keadilan. Undang-undang dan keadilan tidak boleh dipisahkan"
> (Sumber: www.astroawani.com/)
Jelaskan kepentingan keadilan dalam pelaksanaan undang-undang di negara kita.
4 marks
210 marks
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
a
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
2 marks
b
Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Beri cadangan anda untuk melicinkan proses mengundi di negara kita berdasarkan poster tersebut.
4 marks
310 marks
a
Senaraikan **dua** undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British.
2 marks
b
Jelaskan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dari tahun 1948 hingga tahun 1957.
4 marks
c
"Keluhuran Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang kestabilan dan keharmonian negara."
Ulaskan.
4 marks
410 marks
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat.
a
Apakah strategi kerajaan bagi mencapai matlamat DEB?
2 marks
Jelaskan kejayaan yang dicapai oleh dasar tersebut dari aspek berikut:
b(i)
Pembangunan Pendidikan
2 marks
b(ii)
Pengangkutan dan Perhubungan
2 marks
c
Carta menunjukkan kadar tenaga kerja di Malaysia selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beri ulasan anda berdasarkan carta tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian pada 1 Februari 1948.
a
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
b
Bagaimanakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 mempengaruhi negara kita pada hari ini?
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
620 marks
Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan satu detik bersejarah yang menuntut persediaan rapi demi memastikan upacara tersebut berjalan dengan lancar.
a
Jelaskan pengertian kemerdekaan.
4 marks
b
Huraikan persediaan yang diatur bagi menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Sebuah negara baharu telah lahir pada tengah malam iaitu Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Temasya itu telah diumumkan kepada dunia dengan satu patah perkataan, yang dipekik oleh sejuta orang "Merdeka". Bakal Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, "Bapa Kemerdekaan," telah memulakan pekikan itu dengan suara yang penuh dengan perasaan.
>
> Jawapan yang bergemuruh telah datang daripada beribu-ribu orang yang berkerumun di sekelilingnya dan menteri-menterinya di Padang Kelab Selangor di tengah-tengah Kuala Lumpur.
>
> Pekikan itu telah disambut di jalan-jalan yang berjiran dan tidak lama sahaja pekikan Merdeka telah kedengaran di merata-rata dalam bandar, dan mendapat sambutan dalam pekan-pekan dan kampung-kampung di seluruh negeri.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/page/beritaharian19570831)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara yang memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Malaysia.
a
Jelaskan kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
6 marks
b
Terangkan kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Ulaskan.
8 marks
820 marks
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pemimpin dan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
Jelaskan reaksi wilayah berikut terhadap pembentukan Malaysia:
a(i)
Sarawak
4 marks
a(ii)
Sabah
4 marks
a(iii)
Singapura
4 marks
b
Teliti poster berikut.
Jelaskan impian anda terhadap Malaysia berdasarkan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Pelibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa menghadapi banyak cabaran.
a
Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
4 marks
Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut:
b(i)
Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
4 marks
b(ii)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan manfaat penyertaan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
Berikan ulasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open