Undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal pemerintahan, ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintah melaksanakan undang-undang untuk menjaga kestabilan dan keagungan kerajaan.
a
Namakan undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan kandungan kedua-dua undang-undang di 1(a).
4 marks
c
Berikut adalah berkaitan dengan prinsip Rukun Negara kita.
- Kedaulatan Undang-Undang
Sebagai seorang warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda mengamalkan prinsip Rukun Negara tersebut?
4 marks
210 marks
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955.
a
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
2 marks
b
Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 dilaksanakan?
4 marks
c
Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah memberikan kesan kepada perkembangan politik tanah air.
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan institusi berperanan menegakkan kebebasan asasi di negara ini.
a
Apakah maksud kebebasan asasi?
2 marks
b
Jelaskan kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Isu agama, bangsa dan institusi Raja perlu ditangani dengan cermat bagi memelihara keharmonian perpaduan kaum.
> (Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendekatan-keseluruhan-kerajaan-tangani-isu-3r-)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
410 marks
> Peristiwa 13 Mei 1969 memberi peringatan kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
> (Sumber: Bernama, 13 Mei 2019)
a
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
2 marks
b
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah peristiwa tersebut.
4 marks
c
Rukun Negara ialah sebuah falsafah negara Malaysia yang diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970.
Bagaimanakah amalan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara dapat mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.
a
Jelaskan faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita.
4 marks
b
Bagaimanakah tentera Jepun melaksanakan dasar pemerintahannya di negara kita?
8 marks
c
Teliti gambar tersebut.
Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia.
8 marks
620 marks
Kemerdekaan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita. Bagi memastikan detik ini bermakna kepada negara dan rakyat beberapa persediaan diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri.
Jelaskan persiapan yang dilakukan oleh jawatankuasa berikut bagi menjayakan upacara pemasyhuran kemerdekaan negara.
a(i)
Jawatankuasa Fizikal
6 marks
a(ii)
Jawatankuasa Sambutan
6 marks
b
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terdapat dalam poster.
Kemerdekaan membawa kebaikan kepada negara. Buktikan.
8 marks
720 marks
Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.
a
Mengapakah wilayah-wilayah tersebut bersetuju menyertai Malaysia?
4 marks
b
Bagaimanakah reaksi wilayah-wilayah tersebut terhadap idea gagasan Malaysia?
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara. Justeru, Hari Malaysia sepatutnya diraikan di bandar lain di negara kita, sebagaimana Hari Kebangsaan pada 31 Ogos perlu juga diraikan di ibu negeri lain, termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu.
>
> Hakikatnya, ketika kesepaduan sosial perlu dikukuhkan, kita tidak harus lupa untuk mengukuhkan integrasi nasional. Perpaduan kaum dan perpaduan antara negeri dan tiga wilayah itu penting diperkukuhkan. Bersatu teguh bercerai roboh. Sikap tolak ansur dan persefahaman perlu dipupuk dan dimantapkan.
>
> Kita tidak boleh membiarkan racun dan anai-anai merosakkan rumah yang kita bina lebih lima dasawarsa. Malaysia yang makmur dan maju hanya dapat dicapai jika kita memiliki persefahaman jitu dan bersedia untuk berkorban sebagai rakyat Malaysia.
> (Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/amp/rencana)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan pembentukan Malaysia dalam meningkatkan imej negara.
8 marks
820 marks
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990.
a
Mengapakah kerajaan memperkenalkan DEB?
4 marks
b
DEB dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan.
Terangkan.
8 marks
c
Berikut merupakan petikan berkaitan dengan tajuk berita sebuah akhbar.
> Kemelesetan ekonomi global diramal berlaku 60 peratus pada tahun ini.
> (Sumber: Utusan Malaysia, 6 April 2025)
Sebagai rakyat, bagaimanakah anda menghadapi cabaran tersebut?
8 marks
920 marks
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap terbuka, isu ekonomi, sosial mahupun politik peringkat global turut mempengaruhi perkembangan negara kita.
Bagaimanakah sumbangan Malaysia dalam menangani isu-isu berikut:
a(i)
Penyalahgunaan dadah
4 marks
a(ii)
Pemerdagangan orang
4 marks
a(iii)
Penyakit berjangkit
4 marks
b
Teliti infografik berikut.
Berdasarkan infografik, huraikan strategi pemimpin negara serantau bagi menangani isu tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open