Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri negara bangsa yang tersendiri dan mencapai kegemilangan kerana keunggulan undang-undangnya.
a
Nyatakan dua ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Berikut adalah undang-undang yang dilaksanakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-Undang Laut Melaka
Jelaskan isi kandungan undang-undang tersebut.
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai undang-undang yang tegas?
4 marks
210 marks
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
a
Nyatakan jawatan dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
2 marks
b
Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
c
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, buktikan bahawa kabinet pertama berjaya mewujudkan kerjasama antara kaum.
4 marks
310 marks
Pemisahan Singapura merupakan salah satu cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
a
Nyatakan dua faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia.
2 marks
b
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah mencatat satu titik hitam di negara kita. Sejauh manakah langkah-langkah berikut mampu mengatasi rusuhan kaum di negara kita pada masa itu?
4 marks
c
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 kepada rakyat Malaysia dan cadangkan langkah-langkah bagi mengelakkan peristiwa tersebut daripada berulang.
4 marks
410 marks
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang.
a
Rancangan meningkatkan taraf penduduk melibatkan penduduk miskin di luar bandar. Nyatakan tiga golongan penduduk miskin tersebut.
2 marks
b
Jelaskan langkah kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di bandar disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
4 marks
c
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilaksanakan telah membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk.
Huraikan pencapaian DEB dan DPN dari aspek sosial.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
a
Apakah faktor-faktor yang mendorong penubuhan PTM 1948?
6 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
620 marks
Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
a
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
6 marks
b
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu daripada pelbagai pihak.
Jelaskan tentang memorandum tersebut.
6 marks
c
Jika anda menjadi ahli Jawatankuasa Kerja yang meneliti draf Perlembagaan Persekutuan, apakah perkara utama yang akan anda beri perhatian bagi menjamin kestabilan negara selepas merdeka?
Berikan hujah anda.
8 marks
720 marks
Kedaulatan merupakan aspek penting kepada sesebuah negara.
a
Jelaskan maksud kedaulatan.
4 marks
b
Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?
8 marks
c
Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita kecapi pada masa kini.
8 marks
820 marks
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan.
a
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja?
4 marks
b
Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan tersebut.
> Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri. Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan. Majlis Raja-Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet. Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957.
> (Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, DBP. Kuala Lumpur)
Jelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan dan mengapakah institusi ini perlu dikekalkan?
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia terus diperkukuhkan selepas kemerdekaan. Hal ini mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.
a
Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.
4 marks
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut:
b(i)
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
4 marks
b(ii)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
4 marks
c
Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah.
> **PUTRAJAYA:** Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula. Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya.
> Senator Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar
> (Sumber: https://www.astroawani.com)
Bincangkan maklumat yang terdapat dalam petikan dan kesan pengamalan dasar tersebut kepada negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open