Hubungkait pemerintah dan rakyat atau lebih dikenali sebagai golongan pemerintah dan golongan diperintah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat.
a
Senaraikan **dua** golongan diperintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
Jelaskan peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
b(i)
Golongan pemerintah.
2 marks
b(ii)
Golongan diperintah.
2 marks
c
Maklumat berikut berkaitan hubungan secara timbal balik antara pemerintah dengan rakyat.
> Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbung rumah ke bawah kaki ke atas". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau Raja Melayu itu mengubah perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya".
>
> Waadat antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
>
> (Sumber: W.G. Shellabear, 1995. Sejarah Melayu)
Ulaskan.
4 marks
210 marks
Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua. Penyerahan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk Sarawak.
a
Nyatakan **dua** faktor penyerahan Sarawak kepada British.
2 marks
b
Jelaskan reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan tersebut.
4 marks
c
Mengapakah peristiwa penyerahan Sarawak kepada British boleh dijadikan iktibar kepada generasi muda?
4 marks
310 marks
Gambar berikut berkaitan Raja-raja Melayu yang telah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
a
Terangkan latar belakang institusi Majlis Raja-Raja.
3 marks
b
Jelaskan fungsi institusi Majlis Raja-Raja.
3 marks
c
Sistem Persekutuan negara kita dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara kita.
Jelaskan.
4 marks
410 marks
Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
a
Apakah yang anda faham tentang Rukun Negara?
2 marks
Terangkan prinsip Rukun Negara berikut:
b(i)
Kesetiaan kepada raja dan negara.
2 marks
b(ii)
Keluhuran perlembagaan.
2 marks
c
Logo berikut telah dilancarkan pada 9 Julai 2020 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas Rukun Negara yang ke-50.
(Sumber: https://www.facebook.com/jabatanpenerangansabah)
Ulaskan mesej yang ingin disampaikan melalui logo tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Penolakan terhadap Malayan Union telah membawa kepada termeterainya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Jelaskan faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap penduduk Tanah Melayu.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Implikasinya, kedaulatan Raja-raja Melayu diberi taat setia berserta unsur watan Tanah Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, maka pada 16 September 1963 lahir Malaysia yang disertai sama Singapura.
>
> Perlu dinyatakan dengan tegas bahawa kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu, Islam sebagai undang-undang watan (law of the land), hak orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu, bahasa Melayu yang sekian lama bertaraf Nusantara dan amalan adat Melayu adalah unsur watan atau warisan berakar umbi dan adalah jati diri Tanah Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka.
>
> (Sumber diubah suai: Berita Harian Online, 21 Oktober 2017)
Huraikan maklumat yang terdapat dalam petikan dan kesannya sekiranya keistimewaan tersebut diketepikan.
8 marks
620 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 bagi menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
a
Mengapakah CLC ditubuhkan?
4 marks
b
Bagaimanakah CLC berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan antara kaum?
8 marks
c
Teliti poster berikut.
(Sumber: Pertandingan Poster Digital anjuran UPSI Tahun 2021)
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster dan huraikan kepentingannya kepada pembentukan Malaysia Madani.
8 marks
720 marks
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak akhirnya berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
a
Jelaskan faktor pembentukan Malaysia.
6 marks
b
Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.
Buktikan.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Kabong: Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia.
>
> Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, dengan pembentukan negara yang memiliki pelbagai etnik dan budaya, semangat cintakan negara perlu disemat di dalam jiwa agar Malaysia bertambah aman dan harmoni. Tanpa penghayatan dan pemahaman sejarah sambutan Hari Malaysia hanyalah sekadar 'hari cuti umum'. Tambah beliau lagi tarikh 16 September itu sangat relevan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berlaku sekiranya negara kita masih lagi di bawah cengkaman kolonial British.
>
> Chee Kadir berkata memang wajar sambutan Hari Malaysia disambut setiap tahun kerana ia akan memperingati rakyat bahawa negara telah mencapai kemerdekaan dengan bersatu hati dan berganding bahu untuk membina sebuah negara yang maju dan bersatu padu. Tambah beliau lagi, untuk menyambut Hari Malaysia rakyat termasuk ahli politik perlu mengetepikan perbezaan politik masing-masing untuk sama-sama menyambut Hari Malaysia.
>
> (Sumber diubah suai dari keratan akhbar: Utusan Sarawak/ Hayati Sejarah Pembentukan Malaysia/ 19 September 2020/ Sabtu)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.
8 marks
820 marks
Petikan berikut berkaitan dengan DEB melalui ucapan Tun Abdul Razak Hussein.
> "Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan memberikan peluang kepada rakyat berbilang bangsa untuk menikmati kemakmuran negara dengan lebih adil dan saksama."
>
> Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika pelancaran Dasar Ekonomi Baru.
>
> (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
a
Jelaskan isu sosioekonomi yang dikaitkan dengan strategi DEB.
4 marks
b
Terangkan langkah yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
8 marks
c
Teliti infografik berikut.
(Sumber: Berita RTM, 16 Oktober 2024)
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut dan berikan langkah dalam mengukuhkan lagi kejayaan ekonomi negara pada masa kini.
8 marks
920 marks
Dalam usaha meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan, maka Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 yang dianggap satu kejayaan cemerlang terhadap dasar luar Malaysia.
a
Jelaskan sejarah penubuhan ASEAN.
4 marks
b
Malaysia telah menunjukkan komitmen berterusan dalam membentuk kerjasama ekonomi dan sosial dengan ASEAN.
Buktikan.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Tan Sri Johari Abdul berkata, rantau ini mesti kekal bebas daripada pengaruh kuasa besar luar, selain mengamalkan penyelesaian secara damai terhadap sebarang pertikaian dalaman. "Sudah tentu sebagai negara-negara ASEAN, kita mahu pertahankan kestabilan kerana kita berada dalam zon keamanan, kebebasan dan berkecuali.
>
> ASEAN perlu terus menjadi contoh kepada dunia dalam menyelesaikan konflik serantau secara kolektif tanpa campur tangan asing, berteraskan semangat saling menghormati dan kerjasama erat sesama anggota. Pendekatan 'cara Asia' yang berhemah dan berdisiplin terbukti berkesan dalam mengekalkan keharmonian serta mencerminkan kematangan ASEAN dalam mengurus perbezaan pendapat. ASEAN turut mengambil tanggungjawab moral untuk menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan global termasuk situasi di Ukraine dan Gaza. Di Gaza, kita menyeru agar gencatan senjata diteruskan dan bantuan kemanusiaan tidak disekat.
>
> (Sumber diubah suai: Utusan Malaysia, 26 Mei 2025)
Beri mesej anda kepada pemimpin negara agar keamanan dan keselamatan negara ASEAN sentiasa terjamin.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open