Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu dan bertindak kejam sehingga menyebabkan berlakunya tindak balas daripada orang Melayu.
a
Nyatakan **dua** tindakan Bintang Tiga tersebut.
2 marks
b
Jelaskan tindak balas orang Melayu terhadap tindakan Bintang Tiga di 1(a).
4 marks
c
Mengapakah keharmonian kaum di negara kita perlu dipelihara?
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau *Communities Liaison Committee* (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
Jelaskan peranan CLC dalam menyelesaikan isu tersebut.
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan peranan pemimpin politik.
> Pemimpin politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan serta menyelesaikan sesuatu isu secara baik.
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Malaysia mempunyai bentuk pemerintahan yang unik dengan ciri tersendiri.
a
Senaraikan **dua** keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di 3(a).
4 marks
c
Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen membawa kebaikan kepada negara kita.
Buktikan.
4 marks
410 marks
Gambar berikut berkaitan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berdasarkan Wawasan 2020.
a
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
3 marks
b
Bagaimanakah Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan?
3 marks
c
Pembangunan negara penting bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Jelaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kegagalan *British Military Administration* (BMA) atau Pentadbiran Tentera British mendorong penubuhan Malayan Union.
a
Jelaskan matlamat *British Military Administration* (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu.
6 marks
b
Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union meliputi aspek pentadbiran dan kewarganegaraan.
Bincangkan.
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Beri mesej anda kepada pemimpin negara kita supaya pentadbiran negara lebih mantap.
8 marks
620 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 berperanan membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
a
Terangkan perkara yang menjadi Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
6 marks
b
Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Persekutuan negara kita.
Huraikan.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Raja Berperlembagaan adalah satu kelangsungan pemerintahan beraja. Kelangsungan yang dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan setengah pihak yang rabun sejarah, lalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah serta falsafah di sebalik institusi ini.
>
> Institusi Raja mengalami evolusi daripada sistem beraja mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan. Ia mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri. Jika dulu, sebelum terbentuknya institusi Raja Berperlembagaan, Raja adalah tonggak berpusatnya segala kuasa dan arahan perundangan, tetapi hari ini institusi Raja sudah diikat dengan semangat perlembagaan moden. Namun, ia tetap penting kerana kedudukan dan kuasa yang ada padanya seperti diperuntukkan dalam perlembagaan.
>
> Kebelakangan ini, institusi yang sepatutnya dihormati berhadapan cabaran. Wujud pihak dan individu tertentu yang cuba mencanai persepsi negatif mengenai institusi Raja yang disebarkan melalui media sosial. Individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui media sosial amat ramai di negara kita. Demikian juga gelagat sesetengah ahli politik yang semakin melampau sehingga sanggup mengheret institusi Raja dalam kancah politik kepartian.
>
> (Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my, 7 Mac 2015)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Rajah berikut menunjukkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.
Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri → (1) Pembangunan Sosioekonomi, (2) Pemuliharaan Khazanah Negara, (3) Penyediaan Perumahan Rakyat, (4) Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Jelaskan kerjasama berikut:
a(i)
Pembangunan Sosioekonomi
4 marks
a(ii)
Pemuliharaan Khazanah Negara
4 marks
a(iii)
Penyediaan Perumahan Rakyat
4 marks
b
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Pewujudan *Eastern Sabah Security Command* (ESSCOM) di kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah daripada ancaman pengganas Sulu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu akan membawa manfaat kepada negara. Begitu juga dengan Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) di Sarawak dapat menjamin keselamatan daripada ancaman komunis. ESSCOM diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonomi. Ancaman ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan kita yakin ESSCOM mampu membuahkan kejayaan seperti RASCOM yang dibubarkan pada 6 April 1995. Model RASCOM masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi masalah yang sama iaitu berhadapan dengan musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara.
>
> (Sumber diubah suai: https://www.malaysianreview.com, 26 Mac 2013)
Berikan ulasan anda.
8 marks
820 marks
Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dalam usaha menangani isu pembangunan dan sosioekonomi negara.
a
Jelaskan isu yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan.
6 marks
b
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi isu tersebut.
Terangkan.
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam gambar tersebut dan huraikan kesan sekiranya isu pembangunan ekonomi negara tidak diatasi.
8 marks
920 marks
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN membawa manfaat yang besar kepada negara.
a
Jelaskan tujuan penubuhan ASEAN.
3 marks
Terangkan pelibatan Malaysia sebagai negara anggota ASEAN dalam perkara berikut:
b(i)
Penyelesaian Konflik Serantau
3 marks
b(ii)
Kerjasama Ekonomi
3 marks
b(iii)
Kerjasama Sosial
3 marks
c
Teliti petikan di bawah.
> ISKANDAR PUTERI: Perkembangan ekonomi Malaysia bukan sahaja bergantung pada pasaran domestik tetapi juga pasaran antarabangsa. Kita sering berhadapan dengan sikap negara maju yang mengenakan pelbagai sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai.
>
> Malaysia bersuara agar diberikan layanan yang saksama kepada semua negara. Pandangan ini dibangkitkan dalam pelbagai forum antarabangsa termasuklah di PBB dan *Asia-Pacific Economic Cooperation* (APEC) iaitu Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Negara akan terus menjalin kerjasama ekonomi dengan negara-negara kuasa dunia walaupun negara berada dalam blok atau pakatan bertentangan. Jadi, walaupun berdepan tarif, kita perlu kekalkan kerjasama ekonomi kukuh dengan mereka.
>
> Bagaimanapun katanya, Malaysia juga akan kekal bersuara menentang kezaliman dunia khususnya melibatkan pergolakan antarabangsa. "Tiada sesiapa boleh tentukan kerjasama kita sama ada dengan Amerika Syarikat (AS), China atau Jepun, ini kerana kita merupakan negara perdagangan. Ia mengulangi komitmen politik negara-negara ASEAN untuk membina rantau yang aman, stabil, selamat, makmur, inklusif, berasaskan undang-undang serta berorientasi dan berpusatkan rakyat.
>
> Ia bukan sekadar dokumen masa hadapan, tetapi satu pengesahan bahawa ASEAN bersedia menghadapi cabaran jangka panjang seperti perubahan iklim dan gangguan digital, sambil mengekalkan prinsip kepimpinan kolektif dan semangat serantau.
>
> (Sumber diubah suai daripada: https://www.utusan.com.my/terkini/2025/06/malaysia-terus-jalin-kerjasama-ekonomi-dengan-negara-kuasa-dunia/)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open