Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
a
Nyatakan **dua** ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Bagaimanakah Hukum Kanun Melaka dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka?
4 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Setiap individu perlu mengenal asas undang-undang kerana ia mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita daripada cara kita berinteraksi dengan orang lain hingga keputusan yang kita buat setiap hari.
> (Sumber: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php)
Berikan ulasan anda.
4 marks
210 marks
Penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan.
a
Nyatakan ciri pelembagaan Malayan Union.
3 marks
b
Jelaskan penentangan raja-raja Melayu terhadap Malayan Union.
3 marks
c
> Perjuangan menentang Malayan Union memaparkan kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu.
> (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM, DBP)
Terangkan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa?
4 marks
310 marks
Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa yang diamalkan di negara kita.
a
Apakah X dan Y?
X: …
Y: …
2 marks
b
Jelaskan fungsi badan pemerintahan di soalan 3 (a).
4 marks
c
Mengapakah amalan demokrasi berparlimen di negara kita unik?
4 marks
410 marks
Pendidikan merupakan usaha bagi merealisasikan matlamat untuk membina perpaduan kaum dan integrasi nasional berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
a
Nyatakan dua cara untuk mencapai matlamat di atas.
2 marks
b
Jelaskan usaha-usaha memupuk perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Beri ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah diperkenalkan oleh British untuk menggantikan Malayan Union.
a
Jelaskan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Bincangkan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada negara kita.
8 marks
620 marks
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah kepada negara kita.
a
Apakah maksud kemerdekaan?
4 marks
b
Nyatakan persediaan pemasyhuran kemerdekaan.
8 marks
c
Lirik lagu berikut boleh dikaitkan dengan usaha rakyat untuk mencapai kemerdekaan dan kesan yang diperoleh kepada negara.
> **Bahtera Merdeka**
>
> Bonda senyum riang
> Menerima bahtera merdeka
> Putra putri sayang
> Putra putri sayang
> Sedang berjuang
>
> Jiwa dan raga
> Buktikanlah pada nusa bangsa
> Supaya negara maju jaya
> Aman merdeka
>
> (Karya: Kassim Masdor)
Beri ulasan anda.
8 marks
720 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat.
a
Jelaskan kerjasama sosioekonomi.
6 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah rakyat untuk memiliki rumah sendiri?
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Terangkan kesan sekiranya amalan ini terus dilaksanakan dalam pentadbiran negara.
8 marks
820 marks
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, negara berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dikekalkan.
a
Jelaskan cabaran yang dihadapi di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia.
6 marks
b
Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Malaysia?
6 marks
c
Petikan berikut berkaitan cabaran baharu yang dihadapi oleh negara.
> KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti 66 isu, cabaran dan ancaman baharu kepada keselamatan negara yang bakal ditangani menerusi dasar keselamatan negara yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
>
> Pemangku Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia merangkumi pelbagai perkara, termasuklah aspek ketenteraman, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal ehwal antarabangsa.
>
> Katanya, antara ancaman keselamatan yang amat membimbangkan adalah pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian, selain isu keselamatan siber dan perpaduan rakyat Malaysia.
>
> Apabila berlaku kebanjiran PATI, tentu rakyat akan rasa tak selesa dan selamat di negara sendiri, selain mereka boleh mengambil hak kita sebagai rakyat Malaysia.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang menyebabkan negara kita disegani oleh negara lain.
a
Jelaskan usaha Malaysia dalam menangani gerakan kempen antiminyak sawit.
6 marks
b
Bagaimanakah Malaysia memainkan peranan dalam hubungan ekonomi antarabangsa?
6 marks
c
Teliti poster di bawah.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open