Tokoh di bawah berkaitan dengan perjuangan penentangan secara individu terhadap kekejaman dan keganasan pentadbiran Jepun di negara kita.
a
Namakan **dua** tokoh tersebut.
2 marks
b
Jelaskan sumbangan tokoh di 1(a).
4 marks
c
Terangkan cabaran generasi muda masa kini dalam mempertahankan kedaulatan negara.
4 marks
210 marks
Sebelum mencapai kemerdekaan, terdapat pelbagai usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
| Tahun | Peristiwa |
| --- | --- |
| 1956 | Penyata Jawatankuasa Pelajaran |
| 1955 | Y |
| 1952 | X |
| 1951 | Laporan Fenn-Wu |
| 1951 | Laporan Barnes |
a
Apakah X dan Y?
2 marks
b
Mengapakah sistem pendidikan kebangsaan yang seragam penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum?
4 marks
c
Teliti petikan akhbar berikut.
> KUALA LUMPUR: Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 - 2035 adalah pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak berusia enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela bagi membolehkan anak-anak menyertai sektor pekerjaan pada usia lebih muda.
> (Sumber: Diubah suai daripada https://www.bharian.com.my)
Ulasan.
4 marks
310 marks
Di Malaysia, badan perundangan pada peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Parlimen.
a
Nyatakan **dua** komponen yang terdapat di bawah Parlimen.
2 marks
b
Jelaskan fungsi Parlimen di negara kita.
4 marks
c
> Negara demokrasi berparlimen perlu dipertahankan bagi memelihara kestabilan pemerintahan.
> (Sumber: Berita Harian, 25 April 2015)
Beri ulasan anda.
4 marks
410 marks
Rukun Negara membentuk masyarakat untuk mempunyai nilai kenegaraan yang tinggi.
a
Nyatakan latar belakang pembentukan Rukun Negara.
2 marks
Jelaskan prinsip Rukun Negara berikut:
b(i)
Keluhuran Perlembagaan
2 marks
b(ii)
Kesopanan dan kesusilaan
2 marks
c
Teliti slogan berikut.
> **MALAYSIA**
> ***#sehatisejiwa***
> (Sumber: https://www.slideshare.net/)
Bagaimanakah slogan di atas dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kemunculan kesedaran nasionalisme berlaku di negara kita dan kebanyakan negara-negara yang pernah dijajah terutama di Asia dan Asia Tenggara pada awal abad ke-20.
a
Jelaskan peranan golongan intelektual berpendidikan Melayu dalam membangkitkan semangat nasionalisme di negara kita.
4 marks
b
Terangkan kesan perkembangan nasionalisme di negara kita dari aspek sosial.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Pendidikan patriotisme merupakan agen sosialisasi yang berkesan dalam memperkasakan semangat patriotisme rakyat, namun matlamat untuk mewujudkan rakyat yang patriotik sukar untuk dicapai sekiranya inti pati pendidikan tersebut tidak diberikan penghayatan yang maksimum.
>
> Kejayaan pendidikan patriotisme dalam melahirkan rakyat berjiwa patriotik memerlukan kolaborasi semua pihak seperti pada peringkat kanak-kanak dan remaja perlu melibatkan ibu bapa, keluarga dan persekolahan, manakala peringkat dewasa melibatkan institusi pengajian tinggi dan seterusnya diperkukuhkan oleh pendidikan melalui saluran-saluran media massa.
>
> Pendidikan patriotisme merupakan proses sepanjang hayat kerana ancaman kedaulatan negara tidak statik dan hadir dalam pelbagai bentuk seperti ancaman ekonomi, budaya dan militer. Oleh itu, semangat patriotisme perlu ditambah nilai daripada masa ke semasa secara konsisten agar semangat tersebut tidak mudah pudar dan terhakis dalam jiwa seseorang.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada http://juku.um.edu.my/index.phd)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan semangat patriotisme dalam mengukuhkan negara bangsa yang merdeka.
8 marks
620 marks
Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 bagi membanteras ancaman komunis. Peristiwa ini telah memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari pelbagai aspek.
Jelaskan kesan darurat dari aspek berikut:
a(i)
Kesan politik
6 marks
a(ii)
Kesan sosioekonomi
6 marks
b
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
720 marks
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961.
a
Bagaimanakah reaksi penduduk Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia?
6 marks
b
Jelaskan tindakan Indonesia terhadap pembentukan gagasan Malaysia.
6 marks
c
Lirik lagu berikut boleh dikaitkan dengan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
> **Malaysia Berjaya**
>
> Malaysia kita sudah berjaya
> Aman makmur bahagia
> Malaysia abadi selamanya
> Berjaya dan berjaya!
>
> Berbagai kaum sudah berikrar
> Menjunjung cita-cita
> Satu bangsa satu bahasa
> Malaysia berjaya!
>
> Dari Perlis sampailah ke Sabah
> Kita sudah merdeka
> Negara makmur rakyat mewah
> Kita sudah berjaya!
>
> Dengan semboyan kita berjaya
> Menuju di angkasa
> Satu bangsa satu negara
> Malaysia berjaya.
>
> (Pencipta lagu: Saiful Bahri)
Jelaskan mesej yang terkandung dalam lirik tersebut.
8 marks
820 marks
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 bermatlamat untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat di negara kita.
Terangkan usaha pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berikut:
a(i)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
4 marks
a(ii)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
4 marks
a(iii)
Pendidikan tenaga kerja mahir
4 marks
b
Petikan berikut berkaitan dengan peranan rakyat dalam menjamin kesejahteraan negara.
> Negara Malaysia telah berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan gah di persada dunia dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini bermaksud rakyat Malaysia perlulah sedar akan peranan masing-masing demi menjamin kesejahteraan negara.
>
> Langkah utama dalam memastikan kesejahteraan negara ialah rakyat haruslah menjalin perpaduan yang erat antara satu sama lain. Isu perpaduan telah dikenal pasti sebagai elemen yang signifikan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang unggul.
>
> Selain itu, rakyat perlulah sentiasa patriotik dan mensyukuri nikmat kemerdekaan serta kesejahteraan yang kita miliki. Rakyat juga perlulah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada https://terusmaju2.wordpress.com)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
920 marks
a
Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mengukuhkan dasar luar.
4 marks
b
Terangkan pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
8 marks
c
Teliti gambar di bawah.
Jelaskan mesej yang ingin disampaikan oleh Malaysia kepada masyarakat antarabangsa dalam menangani isu Palestin.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open