Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Namakan dua undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan perkara yang terkandung dalam 1(a).
4 marks
c
Undang-undang mampu menjamin kesejahteraan rakyat.
Jelaskan.
4 marks
210 marks
Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan di Sarawak.
a
Mengapakah Sarawak diserahkan kepada British?
2 marks
b
Jelaskan sebab rakyat Sarawak menentang penyerahan tersebut.
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Rakyat Sarawak diajak mengenang kembali pengorbanan para pemimpin terdahulu yang telah memperjuangkan kemerdekaan Sarawak 60 tahun lalu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perjuangan pemimpin terdahulu semata-mata untuk memastikan Sarawak bebas daripada kuasa penjajahan dan digantikan dengan kebebasan Sarawak memerintah sendiri serta kuasa menentukan masa depannya sendiri.
> (Sumber: https://www.utusanborneo.com.my)
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani.
a
Apakah takrif kedaulatan dari aspek bahasa?
2 marks
b
Jelaskan dua ciri negara berdaulat.
4 marks
c
Apakah kesan sekiranya pemimpin mengabaikan kedaulatan sesebuah negara?
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan Dasar Pembangunan Nasional.
> Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
> (Sumber: https://www.pmo.gov.my)
a
Nyatakan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilaksanakan.
2 marks
b
Terangkan strategi DPN.
4 marks
c
Pelibatan golongan belia dalam pembangunan negara dapat memacu kemajuan masa depan.
Jelaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Jelaskan faktor yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut dan langkah-langkah untuk mengekalkan keharmonian di negara kita.
8 marks
620 marks
Pilihan raya umum pertama yang diadakan pada tahun 1955 adalah hasil persetujuan pihak British dan Parti Perikatan sebagai langkah awal menuju kemerdekaan.
a
Bagaimanakah proses pilihan raya pertama dijalankan di Tanah Melayu?
6 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan telus dan adil.
6 marks
c
Poster berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster di atas dan cadangkan langkah untuk menggalakkan generasi muda keluar mengundi dalam pilihan raya.
8 marks
720 marks
Amalan demokrasi yang dijalankan di negara kita sejak mencapai kemerdekaan meliputi tiga ciri-ciri berikut.
| Pilihan Raya | Kebebasan asasi | Pengasingan kuasa |
| --- | --- | --- |
a
Jelaskan amalan demokrasi yang wujud dalam pilihan raya di negara kita.
4 marks
b
Terangkan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
8 marks
c
Kebebasan asasi harus dipelihara demi menjamin ketenteraman dan kesejahteraan negara.
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Sokongan majoriti ahli di Dewan Rakyat terhadap usul yang telah dibentangkan pada 16 Oktober 1961 telah menggerakkan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu merealisasikan pembentukan Malaysia.
a
Jelaskan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Malaysia.
6 marks
b
Terangkan inti pati Perjanjian Malaysia.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Kuala Lumpur: Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh. Hal ini hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama. Penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu.
>
> Semangat perpaduan dan muhibah bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. Cabaran perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya menjadi kunci utama kelangsungan hidup kita sebagai sebuah negara. Amat dikesali jika ada sesiapa yang membuat kenyataan panas dan provokatif yang membawa kepada konflik dan ketegangan serius yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.
> (Sumber ubah suai: Berita Harian, 9 September 2019)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan langkah-langkah memupuk perpaduan kaum di negara kita.
8 marks
920 marks
Malaysia memainkan peranan yang sangat berkesan dalam ASEAN kerana yakin bahawa keselamatan dan keutuhan masa depan negara berkait rapat dengan keamanan negara-negara serantau.
a
Huraikan usaha Malaysia dalam memastikan rantau ASEAN bebas senjata nuklear.
4 marks
b
Isu kebanjiran pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat menimbulkan keresahan terutama isu ketenteraman dan keselamatan awam.
Jelaskan langkah-langkah Malaysia dalam menangani isu tersebut.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Kegagalan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1963 sebagai sebuah persatuan serantau yang bertanggungjawab melindungi kepentingan negara anggota bukanlah penamat kepada mewujudkan kerjasama baharu yang lebih komprehensif dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.
>
> Perubahan geo politik dalam kalangan pemimpin negara-negara serantau, kewujudan semangat masyarakat yang mementingkan kedamaian dan pada waktu yang sama mahukan penyatuan kerjasama dengan semangat serantau telah membuka jalan dan faktor kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 yang dianggotai oleh negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama ini, pada 8 Ogos 1967 termeterailah Deklarasi Bangkok yang menandakan penubuhan ASEAN secara rasmi.
>
> Antara tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan serantau, meningkatkan kerjasama kebudayaan serantau bagi mengukuhkan persahabatan serta mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau melalui keadilan dan undang-undang.
>
> Kerjasama, hormat-menghormati dan sikap toleransi dalam kalangan negara anggota ASEAN ini telah memungkinkan ASEAN terus berkembang maju dalam pelbagai bidang baik kerjasama dalam ekonomi, keselamatan, perdagangan, teknologi, keselamatan dan kebudayaan serantau. Malah kewujudan ASEAN juga telah memberi satu dimensi baharu dalam membentuk kestabilan politik dalam kalangan negara-negara luar Asia Tenggara.
> (Sumber: www.arkib.gov.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open