Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Nyatakan **dua** undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan perkara yang terkandung dalam undang-undang di 1(a).
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Setiap perbuatan kita perlu mengikut undang-undang dan peraturan. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.
> (Sumber diubah suai: Bernama, 10 Oktober 2018)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
210 marks
Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan.
a
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
2 marks
b
Jelaskan bentuk penentangan rakyat Sarawak terhadap penyerahan tersebut.
4 marks
c
Peristiwa penentangan penyerahan Sarawak boleh dijadikan iktibar kepada generasi masa kini.
Jelaskan.
4 marks
310 marks
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara.
a
Nyatakan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang eksekutif.
2 marks
b
Jelaskan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita.
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Berikan ulasan anda.
4 marks
410 marks
Pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan Indonesia.
a
Mengapakah Indonesia membantah pembentukan Malaysia?
2 marks
b
Bagaimanakah Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?
4 marks
c
Sekiranya anda pemimpin negara ketika itu, terangkan usaha yang boleh diambil oleh Malaysia dalam menangani konfrontasi tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perjuangan nasionalisme yang digerakkan oleh golongan intelektual dengan menggunakan media massa dan menubuhkan persatuan mencetuskan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
a
Jelaskan peranan akhbar dalam menggerakkan semangat nasionalisme di negara kita.
4 marks
Terangkan perjuangan nasionalisme oleh persatuan berikut:
b(i)
Kesatuan Melayu Singapura
4 marks
b(ii)
Kesatuan Melayu Muda
4 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan konsep nasionalisme.
> Nasionalisme hari ini adalah gerakan mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah negara. Nasionalisme juga menjamin kemerdekaan warganegaranya dan membebaskan akal dan fikiran mereka. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat kebangsaan yang kuat untuk mencintai negara sesuai dengan keperluan semasa.
>
> Oleh itu, budaya, agama, bahasa dan kepercayaan berbeza seharusnya boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Elemen-elemen tersebut juga mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi sesebuah negara. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat. Secara keseluruhannya, nasionalisme boleh membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang memecahbelahkan rakyat.
>
> (Sumber ubah suai: http://www.sinarharian.com.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 berperanan membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
a
Jelaskan gerak kerja suruhanjaya tersebut.
4 marks
b
Terangkan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai yang menyaksikan Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi mentakrifkan prinsip perlembagaan dan sistem politik tanah air.
>
> Atas kedaulatan Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diinstitusikan melalui perjanjian berkenaan yang dimeterai pada 5 Ogos 1957. Perjanjian itu pada hakikatnya merakamkan persetujuan Raja-Raja Melayu untuk melangsungkan konsep pemerintahan secara persekutuan yang diasaskan dalam Perjanjian Negeri 1948.
>
> Perlu dinyatakan bahawa prerogatif Yang di-Pertuan Agong terhasil daripada delegasi kuasa kedaulatan dan prerogatif Raja-Raja Melayu bagi pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat demi memelihara kepentingan bersama-sama antara Persekutuan dan negeri.
>
> (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingannya kepada pembinaan negara bangsa Malaysia.
8 marks
720 marks
Kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi kini adalah hasil Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
a
Bagaimanakah kedua-dua kerajaan tersebut bekerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat?
6 marks
b
Terangkan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
6 marks
c
Teliti infografik berikut.
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Pendidikan merupakan saluran terbaik merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional.
a
Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan?
4 marks
Jelaskan kandungan laporan pendidikan berikut:
b(i)
Laporan Rahman Talib
4 marks
b(ii)
Laporan Jawatankuasa Kabinet
4 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Integrasi kecerdasan buatan atau *Artificial Intelligence* (AI) dalam pendidikan menawarkan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan peluang meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Selain itu, meningkatkan interaksi antara pendidik dan pelajar serta memudahkan akses kepada pendidikan.
>
> (Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/rencana)
Berdasarkan maklumat dalam petikan, jelaskan manfaat kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.
8 marks
920 marks
Malaysia menekankan hubungan ekonomi yang baik dengan negara lain untuk meningkatkan kemakmuran negara.
Jelaskan manfaat yang dinikmati oleh Malaysia dalam hubungan ekonomi berikut:
a(i)
Perjanjian ASEAN Free Trade Area (AFTA)
4 marks
a(ii)
Kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga
4 marks
a(iii)
Sistem kewangan Islam
4 marks
b
Teliti infografik berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam infografik tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open