Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
> Usaha penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dilakukan dalam pelbagai cara. Hasilnya, perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh kerajaan Inggeris pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
>
> (Sumber: https://www.academia.edu/4502823/Persekutuan_Tanah_Melayu 1948)
a
Senaraikan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2 marks
b
Terangkan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
c
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada perpaduan kaum di negara kita.
Berikan ulasan anda.
4 marks
210 marks
Gambar di bawah adalah berkaitan dengan pembentukan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955.
a
Senaraikan anggota kabinet pertama.
2 marks
b
Penubuhan kabinet pertama yang menggantikan Sistem Ahli telah memberikan peranan yang lebih besar kepada penduduk tempatan.
Jelaskan peranan tersebut.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan. Langkah ini perlu bagi memastikan elemen perpaduan itu dilaksanakan dalam kerajaan yang merangkumi pelbagai parti politik.
>
> (Sumber ubah suai: www.astroawani.com)
Huraikan pernyataan tersebut.
4 marks
310 marks
Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dalam sesebuah negara.
a
Nyatakan **dua** kepentingan mewujudkan negara berdaulat.
2 marks
b
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara.
4 marks
c
Kedaulatan negara dapat dicapai melalui semangat toleransi antara kaum.
Buktikan.
4 marks
410 marks
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) membawa impak positif terhadap kemajuan sosial negara.
a
Nyatakan dua kemajuan sosial yang dicapai melalui pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
2 marks
b
Gambar menunjukkan perubahan tanah rancangan FELDA yang berkembang menjadi bandar.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?
4 marks
c
Pembangunan perlu diseimbangkan dengan kepentingan memelihara alam sekitar.
Berikan ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan idea nasionalisme di Barat.
| Tahun | Peristiwa |
|---|---|
| 1688 | Revolusi Keagungan |
| 1776 | Revolusi Amerika |
| 1789 | Revolusi Perancis |
a
Mengapakah tercetusnya Revolusi Keagungan di England pada tahun 1688?
6 marks
b
Jelaskan reaksi orang Amerika terhadap penjajahan British.
6 marks
c
Maklumat berikut berkaitan rencana tentang perlunya pemimpin berwaspada terhadap kuasa asing.
> MALAYSIA pernah dijajah oleh kuasa luar selama 446 tahun. Kesannya, segala sistem pemerintahan, politik, ekonomi dan sosial adalah sistem yang dibentuk penjajah. Sepanjang penjajahan, rakyat negara ini tidak mempunyai hak dalam mengendalikan urusan negara. Pengalaman yang pahit di bawah pengaruh dan penjajahan luar perlu dijadikan satu renungan oleh rakyat.
>
> (Sumber: Abd Rahman, Saodah (1998) Pemimpin Perlu Waspada Kebaikan Kuasa Asing. Berita Harian)
Mengapakah kita perlu berhati-hati dengan pengaruh asing di negara kita?
8 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
> "Pada tanggal 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan 1957 dikuatkuasakan menandakan permulaan pemerintahan sendiri yang sah dan berperlembagaan."
a
Huraikan langkah-langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.
6 marks
b
Terangkan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perlembagaan negara kita unik kerana ia terhasil melalui perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Melalui kontrak sosial, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. Inilah amanah besar keharmonian negara yang tidak boleh diubah oleh kuasa majoriti 2/3 di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
>
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja di negara kita.
> Malaysia adalah antara negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Sistem ini merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintahan sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya.
>
> (Sumber: https://www.mais.gov.my)
a
Apakah yang anda faham tentang konsep Raja Berperlembagaan?
4 marks
b
Rajah berikut berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong → (1) Kuasa Eksekutif, (2) Kuasa Perundangan, (3) Kuasa Kehakiman
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tersebut.
8 marks
c
Teliti gambar berikut.
Buktikan konsep "Raja Berjiwa Rakyat" yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
820 marks
Pembentukan Malaysia pada peringkat awalnya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Pembentukan ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara kerana pelbagai cara telah dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.
a
Jelaskan siri lawatan pemimpin negara dalam usaha menjayakan pembentukan Malaysia.
4 marks
Terangkan peranan jawatankuasa berikut dalam menjayakan usaha pembentukan Malaysia:
b(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
4 marks
b(ii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk, kaya dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang pelbagai. Secara praktis amat sukar menyatupadukan kaum berbeza agama, budaya dan cara hidup. Namun, dengan penubuhan Malaysia, perpaduan rakyat dapat dilaksanakan dan direncanakan hasil kepimpinan pemerintah terdahulu. Tidak keterlaluan dikatakan Malaysia dijadikan contoh oleh negara maju kerana berjaya menguruskan perpaduan kaum dan masyarakatnya.
>
> (Sumber: [email protected])
Berikan ulasan anda mengenai petikan tersebut.
8 marks
920 marks
Negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa setelah mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) pada tahun 1970 dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun 1969.
a
Jelaskan kesan keanggotaan Malaysia dalam NAM.
4 marks
b
Terangkan penglibatan Malaysia dalam OIC.
8 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dasar luar Malaysia.
- Dasar keamanan dan berkecuali
- Dasar berbaik-baik dengan semua negara
Mengapakah dasar tersebut diamalkan oleh pemimpin negara kita?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open