arrow_back

Johor Trial 2022 Sejarah Kertas 1 · Kota Tinggi

1
Senarai berikut berkaitan ciri negara bangsa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. - Nobat - Regalia - Cap mohor. Apakah ciri tersebut?
2
Rajah berikut berkaitan pembahagian masyarakat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan X?
3
Semangat nasionalisme awal di Filipina digerakkan oleh golongan berpendidikan seperti Jose Rizal. Bagaimanakah golongan ini menentang penjajah Sepanyol?
4
Gambar berikut merupakan institusi pendidikan terkenal di negara kita iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar. Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan?
5
Kuasa imperialis Barat saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan menjelang Perang Dunia Pertama. Apakah punca persaingan tersebut?
6
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar ekonomi Jepun ketika memerintah negara kita. - Rancangan Pengeluaran Lima Tahun - Pembangunan industri tempatan Apakah sebab dasar tersebut diperkenalkan?
7
Gambar menunjukkan tentera Jepun menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada British Military Administration (BMA). Bagaimanakah BMA mengembalikan keamanan Tanah Melayu? I Membubarkan MPAJA II Membanteras kegiatan jenayah III Mengampunkan anggota komunis IV Menyerang saki baki tentera Jepun
8
Orang Melayu menentang Malayan Union dengan mengganggap Malayan Union sebagai "Hari Kematian". Bagaimanakah mereka menunjukkan penentangan tersebut?
9
Pernyataan berikut berkaitan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pegawai Tinggi British seperti Sir Edward Gent dan Malcolm MacDonald menyokong konsep persekutuan yang diperkenalkan di Tanah Melayu. Apakah faktor sokongan tersebut?
10
Encik Tan lahir dan dibesarkan di luar negeri, ayahnya pula seorang rakyat British. Bagaimanakah beliau layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Gambar menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu. Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
12
Gambar menunjukkan pasukan keselamatan Tanah Melayu iaitu Auxialiary Police. Apakah tugas mereka dalam usaha memerangi ancaman komunis?
13
Sistem Ahli merupakan buah fikiran yang dicetuskan oleh Sir Henry Gurney dan Dato' Onn Jaa'far. Apakah kepentingan Sistem Ahli?
14
Pernyataan berikut berkaitan perjuangan parti politik yang mencetuskan idea negara merdeka. Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya Apakah parti tersebut ?
15
Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955. I Wang mencukupi untuk berkempen II Pengetahuan Bahasa Melayu III Berumur 21 tahun ke atas IV Mampu menyediakan manifesto
16
Mengapakah Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) perlu dibentuk selepas Pilihan Raya 1955?
17
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
18
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada negara kita?
19
Mengapakah peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 berjalan dengan lancar dan sistematik?
20
Bagaimanakah kemerdekaan negara kita memberi kesan positif kepada politik dan ekonomi negara? I Pengamalan sistem Raja berpelembagaan II Pengenalan Rancangan Buku Merah III Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka IV Penyediaan kemudahan asas yang lebih sistematik
21
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara yang berdaulat. - X - Sempadan - Perundangan - Pemerintahan Apakah X?
22
Malaysia mengamalkan sikap bersahabat dengan banyak negara di peringkat antarabangsa. Mengapakah Malaysia mengamalkan sikap tersebut?
23
Apakah tujuan British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?
24
Situasi berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu pada abad ke-19. "James dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1846. Bapanya, Thomas berasal dari Melaka manakala ibunya Jane dari Pulau Pinang" Apakah kategori kewarganegaraan James berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
25
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union. Mengapakah Majlis Raja-Raja Melayu di tubuhkan?
26
Penyataan berikut berkaitan hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
27
Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah. - Senarai negeri - Senarai bersama - Peruntukan tambahan Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?
28
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui pembangunan koridor wilayah. | Tahun | Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah | Wilayah Liputan | | :--- | :--- | :--- | | 2007 | Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau Esat Coast Economic Region (ECER) | • Pahang<br>• Terengganu<br>• Kelantan<br>• Dearah Mersing di Johor | Mengapakah kerjasama tersebut diperkenalkan?
29
Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman terhadap idea Pembentukan Malaysia?
30
Jadual berikut mengenai siri lawatan pemimpin untuk merealisasikan pembentukan Malaysia. | Tarikh | Siri lawatan | Tokoh terlibat | | :--- | :--- | :--- | | Julai 1961 | Sarawak dan Brunei | Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj | | Ogos 1962 | Persekutuan Tanah Melayu | Pemimpin Sarawak dan Sabah | | November 1962 | Sarawak dan Sabah | Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tun Ghafar Baba | Mengapakah siri lawatan tersebut diadakan?
31
Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Dipengaruhi negara jiran II Hak sama rata untuk semua kaum III Pembukaan pasaran bersama IV Kemelesetan ekonomi
32
Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak. A : Tuan, komunis mula membunuh orang awam di negeri ini. B : Ya, benar. kerajaan Malaysia telah berusaha mengatasi ancaman tersebut. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut?
33
Slogan berikut dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuhkan martabat Bahasa Melayu. Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?
34
Gambar berikut berkaitan dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?
35
Logo berikut berkaitan agensi kerajaan dalam bidang pertanian. Bagaimanakah agensi tersebut membantu petani?
36
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991?
37
Apakah tujuan Malaysia melaksanakan dasar luar?
38
Gambar berikut adalah logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Apakah matlamat penubuhan PBB?
39
Logo berikut adalah milik pertubuhan serantau di Asia Tenggara. Apakah moto pertubuhan tersebut?
40
Pulau Batu Putih menjadi rebutan antara Malaysia dengan Singapura. Bagaimanakah masalah tersebut diselesaikan?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.