1 Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka. | X | → | • Diperoleh melalui peperangan oh Pahang, Kelantan dan Rokan | Apakah X? star A Wilayah naungan B Wilayah taklukan C Wilayah kedaulatan D Wilayah persekutuan T4 Bab 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
2 Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini? star A Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya B Memastikan adat-adat pernikahan dipatuhi C Memastikan keharmonian dalam keluarga D Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak T4 Bab 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
3 Istilah berikut menjadi asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun semasa era Pemulihan Meiji. | Semangat Bushido | Apakah kesan daripada pengamalan semangat tersebut? star A Mengukuhkan pendidikan semata-mata B Bekerjasama dengan imperialisme Barat C Sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab D Memberikan keutamaan yang tidak berbelah bahagi kepada diri dan keluarga T4 Bab 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
4 Jadual berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ). | Persatuan | Tuntutan | | Kesatuan Melayu Singapura (KMS) | Kebajikan dan pendidikan orang Melayu | Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut? star A Mewujudkan lebih banyak pusat pendidikan B Menggalakkan orang Melayu menubuhkan persatuan C Menubuhkan syarikat yang diterajui oleh orang Melayu D Menambah pelibatan orang Melayu dalam perkhidmatan awam T4 Bab 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
5 Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Pilih pasangan yang betul. | | Fahaman Fasisme | Fahaman Nazisme | | A | Mengetepikan Perjanjian Versailles | Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan individu | | B | Pemimpin Adolf Hitler | Pemimpin Benito Mussolini | | C | Percaya kepada nasionalisme melampau | Mengagungkan bangsa Jerman | | D | Membina angkatan tentera dan menduduki Rhineland semula | Menguasai Habsyah dan Albania | star A Mengetepikan Perjanjian Versailles / Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan individu B Pemimpin Adolf Hitler / Pemimpin Benito Mussolini C Percaya kepada nasionalisme melampau / Mengagungkan bangsa Jerman D Membina angkatan tentera dan menduduki Rhineland semula / Menguasai Habsyah dan Albania T4 Bab 3.3 Perang Dunia Kedua
6 Gambar 1 merujuk kepada mata wang yang digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita. Apakah kesan selepas penggunaan mata wang tersebut? star A Menyebabkan inflasi B Mengukuhkan ekonomi C Meningkatkan pendapatan D Merancakkan aktiviti jual beli T4 Bab 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
7 Jadual berikut merujuk kepada perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu. | Tarikh | 12 September 1945 | | Peristiwa | Pengenalan British Military Administration (BMA) | Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan oleh British? star A Menghalang kemasukkan orang dagang B Menyekat penentangan penduduk C Mengatasi kemerosotan ekonomi D Memulihkan kepercayaan rakyat T4 Bab 4.1 British Military Administration
8 Mengapakah tokoh berikut dihantar ke negara kita? • Sir Harold MacMichael • Gerard T. MacBryan star A Melaksanakan pemerintahan demokrasi B Memperoleh tandatangan pemerintah C Memperkenalkan cukai baharu D Mengubah sempadan negeri T4 Bab 4.2 Gagasan Malayan Union T4 Bab 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British T4 Bab 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
9 Jadual berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di negara kita. | 1946 | 1948 | | Malayan Union | Persekutuan Tanah Melayu | Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948? star A Malayan Union ditolak oleh penduduk tempatan B Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu C Membangunkan ekonomi Tanah Melayu D Menyekat campur tangan kuasa luar T4 Bab 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 T4 Bab 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Antara berikut, tokoh manakah merupakan wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Haji Megat Yunus II Dato Hamzah Abdullah III Haji Mohamad Sheriff Osman IV Dato Abdul Rahman Mohd Yassin star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
11 Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman Komunis? star A Memusnahkan kubu Komunis B Mengawal kampung dan pekan C Melindungi kawasan perlombongan D Mengesan tempat persembunyian Komunis T4 Bab 6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis
12 Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap ekonomi negara kita pada ketika itu? | Tahun | Peristiwa | | 1948 - 1960 | Darurat | I Perkembangan ekonomi terjejas II Hubungan antara kaum renggang III Kemerdekaan semakin sukar dicapai IV Meningkatkan kos perbelanjaan pihak British star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
13 Pada tahun 1951 Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli. Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu? star A Keahlian dalam kerajaan Persekutuan B Melatih penduduk untuk mentadbir Tanah Melayu C Pelantikan orang Melayu dalam pentadbiran British di Tanah Melayu D Pemilihan untuk menjadi ketua pentadbir dalam Persekutuan Tanah Melayu T4 Bab 7.3 Sistem Ahli
14 Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada. Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut? I Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa. II Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. III Semua peperiksaan awam dalam Bahasa kebangsaan. IV Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar di semua sekolah. star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
15 Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Peranan Kabinet pertama ialah star A Menamatkan keganasan komunis B Meredakan gerakan politik radikal C Menjamin penguasaan ekonomi British D Mengurangkan kuasa pentadbiran British T4 Bab 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
16 Gambar 2 menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955. Mengapakah kabinet pertama penting kepada negara kita? star A Penyatuan parti politik B Menunjukkan kompromi antara kaum C Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu D Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi T4 Bab 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
17 Pada 8 Mac 1956 kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu. Apakah peranan suruhanjaya tersebut? star A Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka B Membentuk satu badan khas mengatasi ancaman Komunis C Mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan D Mengadakan pilihan raya T4 Bab 9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
18 Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara? star A Pelaksanaan dasar neokolonialisme B Tuntutan rakyat tempatan C Menjamin keadilan D Menjaga keamanan T4 Bab 9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
19 Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan. • Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) • Sertai misi pengaman PBB ke Congo. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan pelibatan ini? star A Menjamin keamanan dan kestabilan politik B Mempunyai pemimpin yang berwibawa C Menerima pengiktirafan antarabangsa D Memiliki tentera yang berdisiplin T5 Bab 9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
20 Gambar 3 merujuk Jata Negara 1957. Apakah kepentingan lambang tersebut? star A Menunjukkan ketelusan B Mempamerkankehebatan C Mewujudkan semangat berdikari D Melahirkan semangat cinta akan negara T4 Bab 10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
21 Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara? star A Mewujudkan kesejahteraan rakyat B Menjadi kuasa politik unggul di dunia C Menunjukkan kekuatan angkatan tentera D Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa T5 Bab 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
22 Rajah 1 menunjukkan ciri negara yang berdaulat. Apakah X? star A Mempunyai rakyat B Mempunyai kerajaan C Mempunyai ketua negara D Mempunyai lambang negara T5 Bab 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat
23 Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963? star A Menjalankan pilihan raya umum B Mengukuhkan sistem beraja C Pembentukan Malaysia D Pemisahan Singapura T5 Bab 2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
24 Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu. | Negeri | Undang-undang | | Pahang | Hukum Kanun Pahang | | Kedah | Undang-undang Kedah | Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut? star A Kedaulatan negeri terjamin B Kesultanan menjadi unggul C Panduan serta kawalan kepada raja D Keselamatan rakyat tidak terpelihara T5 Bab 2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
25 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan? I Perdana Menteri sebagai ketua negara II Rakyat diberi kebebasan bersuara III Rakyat diberi hak mengundi IV Kedudukan raja diiktiraf star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
26 Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranannya sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita? star A Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri B Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan tertentu C Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan D Memperkenan undang-undang yang diluluskan Parlimen T5 Bab 3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majilis Raja-Raja
27 Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwartakan di bawah star A Senarai Kerajaan Persekutuan B Senarai Kerajaan Negeri C Senarai Tambahan D Senarai Bersama T5 Bab 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
28 Struktur organisasi yang berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah. Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan? star A Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara B Menghapuskan ancaman pengganas Komunis C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah D Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan T5 Bab 4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
29 Rajah 2 merupakan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. Apakah X? star A Suruhanjaya Reid B Referendum Singapura C Jawatankuasa Eksekutif D Majlis Perundingan Persekutuan T5 Bab 5.4 Langkah Pembentukan Malaysia
30 Antara inti pati Perjanjian Malaysia ialah I Tarikh pembentukan Malaysia II Kerusi Parlimen yang sama bagi setiap negeri III Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi IV Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi ahli Persekutuan Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
31 Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Hak sama rata untuk semua kaum II Pembukaan pasaran bersama III Tuntutan faedah percukaian IV Hak sebagai pelabuhan bebas star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 6.2 Pemisahan Singapura
32 Bagi melindungi rakyat daripada ancaman pengganas Komunis, kerajaan telah melaksanakan Strategy Counterinsurgency (COIN) melalui strategi star A Menawarkan pengampunan B Mengadakan catuan makanan C Menempatkan semula penduduk D Memenangi hati rakyat tempatan T4 Bab 6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis T5 Bab 6.3 Menangani Ancaman Komunis
33 Maklumat yang berikut merujuk kepada cadangan yang terdapat dalam dasar pendidikan yang diperkenalkan di negara kita. • Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah untuk menanam perasaan cinta terhadap negara. • Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap berloleransi dan bekerjasama antara kaum. Maklumat tersebut merujuk star A Laporan Rahman Talib 1960 B Kajian Aminuddin Baki 1964 C Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 D Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 T5 Bab 7.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
34 Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu? star A Mengiktiraf institusi pendidikan antarabangsa B Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta C Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan D Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka T5 Bab 7.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan
35 Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)? star A Memajukan pertanian masyarakat luar bandar B Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat C Mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud antara kaum D Memperkenalkan pertanian moden dan perindustrian moden di Malaysia T5 Bab 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
36 Rajah 3 merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Strategi DPN dalam bidang ekonomi ialah star A Menambah baik kemudahan asas B Meningkatkan pemilikan saham bumiputera C Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif D Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian T5 Bab 8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
37 Antara berikut, yang manakah faktor penggubalan dasar luar? star A Ikatan sejarah B Perpaduan nasional C Kedudukan strategik D Kemerdekaan negara T5 Bab 9.2 Asas Penggubalan Dasar Luar
38 Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. • Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) • Setiausaha Agung pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Matlamat pertubuhan tersebut ialah star A Menyelesaikan konflik serantau B Mengukuhkan pakatan ketenteraan C Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali D Menjaga kepentingan masyarakat negara anggota T5 Bab 9.8 Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
39 Rajah 4 merujuk kepada logo pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Apakah moto ASEAN? I Kemajuan II Kestabilan III Keamanan IV Kerjasama star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
40 Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain? star A Kedudukan strategik B Kemasukan ramai pelancong C Kelonggaran syarat imigresen D Ketiadaan undang-undang jenayah T5 Bab 10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari