arrow_back

Melaka Trial 2022 Sejarah Kertas 1

1
Apakah ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan Barat?
2
Maklumat berikut berkaitan undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka Apakah persamaan undang-undang tersebut?
3
Revolusi Keagungan telah berlaku di England pada tahun 1688. Mengapakah revolusi tersebut tercetus?
4
Kesatuan Melayu Singapura merupakan persatuan awal yang muncul pada tahun 1926 di Tanah Melayu. Apakah tujuan penubuhannya? I Mempertahankan hak keistimewaan raja- raja II Memperjuangkan kepentingkan pengajian tinggi III Menggalakkan pelibatan ahli dalam pentadbiran IV Menggerakkan kegiatan bertukar-tukar pendapat
5
Maklumat berikut merujuk pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. • Pakatan Bertiga • Pakatan Kuasa Tengah Apakah kesan kewujudan pakatan tersebut?
6
Jadual berikut berkaitan peristiwa Perang Dunia Kedua. | Tarikh | Peristiwa | | 6 Ogos 1945 | Bom atom Little Boy digugurkan di Hiroshima | | 9 Ogos 1945 | Bom atom Fat Man digugurkan di Nagasaki | Apakah kesan peristiwa tersebut?
7
Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu pada selepas Perang Dunia Kedua. Mengapakah British melakukan perubahan tersebut?
8
Apakah kesan pentadbiran Malayan Union terhadap Raja-raja Melayu?
9
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) merupakan gagasan yang dibentuk oleh beberapa pertubuhan radikal di Tanah Melayu. Apakah pertubuhan tersebut? I Barisan Tani Malaya (BATAS) II Angkatan Wanita Sedar (AWAS) III Malayan Democratik Union (MDU) IV Pan-Malayan of Trade Unions (PMFTU)
10
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Pernyataan berikut berkaitan dengan tindakan komunis di Tanah Melayu. Pada 16 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?
12
Apakah sumbangan tokoh berikut? Sir Harold Rowdon Briggs
13
Mengapakah sistem berikut diperkenalkan di Tanah Melayu? | Tahun | Peristiwa | | 1951 | Sistem Ahli diperkenalkan |
14
Pernyataan berikut berkaitan dengan laporan jawatankuasa pelajaran. ### X • Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar • Sekolah menengah kebangsaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar Apakah X ?
15
Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata susunan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dinamakan Bentuk A dan Bentuk B. Pilih padanan yang tepat tentang susunan tersebut.
16
Gambar berikut berkaitan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955. Apakah peranannya ?
17
Gambar berikut menunjukkan sambutan bersejarah di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Apakah peristiwa bersejarah tersebut?
18
Parti PAS telah mengkritik Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah isu yang menimbulkan kritikan tersebut ?
19
Penonjolan identiti negara penting bagi sesebuah negara yang akan merdeka. Bagaimanakah identiti negara dapat ditonjolkan ?
20
Mengapakah Rancangan Buku Merah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Tanah Melayu pada 25 Januari 1961 ?
21
Rajah berikut merujuk jenis kedaulatan dalam masyarakat Melayu. X ialah kedaulatan
22
Ilustrasi berikut menggambarkan masyarakat majmuk di negara kita. Bagaimanakah pemerintah mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat ?
23
Maklumat berikut berkaitan undang-undang di Negeri-Negeri Selat. • Charter of Justice I - 1807 • Charter of Justice III - 1855 Apakah kesan daripada pelaksanaan undang-undang tersebut ?
24
Pilih pasangan yang tepat berkaitan badan penggubal undang-undang di negeri-negeri Melayu pada tahun 1946.
25
Apakah peranan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan Perlembagaan Malaysia ?
26
Kebebasan asasi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia tidak bersifat mutlak tetapi tertakluk pada sekatan undang-undang yang digubal Parlimen. Mengapakah sekatan tersebut diwujudkan ?
27
Maklumat berikut merujuk hasrat kerajaan British • Membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan • Pembentukan sebuah kerajaan pusat di bawah kuasa Gabenor British Bagaimanakah British mencapai hasrat tersebut ?
28
Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ? I Kewangan II Kewarganegaraan III Perancangan bandar IV Pencegahan penyakit
29
Pada tahun 1938, konsep Melayu Raya telah diperjuangkan oleh para nasionalis di Tanah Melayu. Mengapakah konsep tersebut gagal dilaksanakan ?
30
Jadual berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Indonesia. | Tarikh | Peristiwa | | 20 Januari 1963 | Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia | Apakah alasan beliau berbuat demikian ?
31
Bagaimanakah sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dimajukan selepas pembentukan Malaysia ?
32
Carta alir berikut merujuk operasi ketenteraan yang dilancarkan di Sarawak. Mengapakah operasi tersebut dilancarkan ?
33
Gambar berikut merujuk perkhidmatan Feri Malaysia yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1986. Mengapakah perkhidmatan tersebut diperkenalkan ?
34
Maklumat berikut merujuk dasar pendidikan yang diperkenalkan di negara kita selepas merdeka. Akta Pendidikan 1996 Apakah kesan daripada pengenalan akta tersebut ?
35
Bagaimanakah kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk bandar melalui Dasar Ekonomi Baru ? I Membuka tanah baharu II Menyediakan kemudahan asas III Memajukan sektor perindustrian IV Merendahkan harga barang keperluan
36
Agensi berikut ditubuhkan di negara kita selepas tahun 1970an. Apakah peranan agensi tersebut ?
37
Peta berikut berkaitan misi pengaman yang disertai Malaysia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengapakah Malaysia menyertai misi tersebut ?
38
Pada tahun 1971, Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur. Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut ?
39
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi kawasan transit bagi aktiviti pemerdagangan orang ke negara lain?
40
Mengapakah anugerah berikut diperkenalkan pada tahun 1991 ? ANUGERAH LANGKAWI
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。