arrow_back

Terengganu Trial 2023 Sejarah Kertas 1 · MPP3

1
Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya. Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?
2
Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan laksamana?
3
Mengapakah gerakan nasionalis di Burma digerakkan oleh golongan kelas pertengahan yang berpendidikan Barat?
4
Maklumat berikut berkaitan corak perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu. | Nama Tokoh | Karya | | :--- | :--- | | Abdul Rahim Kajai | Cerpen Cerita Awang Putat | | Shamsuddin Salleh | Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang | Apakah persamaaan isu dalam karya tersebut?
5
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Apakah isi kandungan perjanjian tersebut? I Mengehadkan saiz angkatan tentera II Menamatkan sekatan ekonomi III Mewujudkan negara baharu IV Menyerahkan tanah jajahan
6
Tokoh berikut berkaitan perjuangan gerakan anti-Jepun. Albert Kwok Apakah sumbangan beliau?
7
Mengapakah Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) di Tanah Melayu gagal melaksanakan tugasnya? I Menyatukan pelbagai kaum II Mengiktiraf hak pribumi III Menghalang peningkatan inflasi IV Mengawal wabak penyakit
8
Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Adminisration (BMA). Perkara manakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946?
9
Maklumat berikut merupakan gabungan yang mencadangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang cadangan Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui oleh British. • Nasionalis Melayu Radikal • Gabungan PUTERA-AMCJA Megapakah kedua-dua gabungan tersebut bertindak demikian? I Pandangan ditolak II Proses tidak demokratik III Gagal menyatukan persekutuan IV Hak kerakyatan dinafikan
10
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Hak semua kaum terjamin II Majlis Raja-Raja dibentuk III Pembentukan sebuah persekutuan IV Mengiktiraf kedudukan agama Islam.
11
Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India pada tahun 1948. • Persidangan Kongres Belia Asia • Persidangan Parti Komunis India Apakah kesan persidangan tersebut terhadap Parti Komunis Malaya?
12
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. | Tahun | Peristiwa | | :---: | :---: | | 17 Jun 1948 | Undang-Undang Darurat diisytiharkan | Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada Januari 1949. | Isu | Peranan CLC | | :--- | :---: | | • Persediaan ke arah berkerajaan sendiri | X | Apakah X?
14
Pembentukan Sistem Ahli oleh British di Tanah Melayu adalah selari dengan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan Piagam Atlantik. Bagaimanakah British menyokong dasar tersebut?
15
Apakah kepentingan pilihanraya dalam konteks negara yang berdaulat?
16
Gambar berikut merupakan Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955. Bagaimanakah kabinet tersebut berperanan dalam perkembangan sejarah kemerdekaan tanah air?
17
Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. | Suruhanjaya Reid 1956 | | | :--- | :--- | | Pengerusi | Lord Reid | | Ahli | Sir William Ivor Jennings (Britain)<br>Sir William Mckell (Australia)<br>Hakim B. Malik (India)<br>Hakim Abdul Hamid (Pakistan) | Apakah peranan suruhanjaya tersebut? I Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum II Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk III Memastikan sistem persekutuan yang kuat IV Menerima pandangan pelbagai pihak
18
Parti berikut telah menolak syarat kewarganegaraan yang longgar dalam draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. | Parti Negara | | :--- | | UMNO | Apakah alasan yang diberikan oleh parti tersebut?
19
3(1) Agama di Negeri Persekutuan ialah agama Islam; akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana jua negeri dalam Persekutuan., Apakah rumusan anda tentang peruntukan tersebut?
20
Bagaimanakah kerajaan berperanan dalam menangani isu antarabangsa di peringkat awal kemerdekaan.
21
Gambar berikut merupakan lambang yang diperkenalkan di Malaysia sebagai negara yang berdaulat? Jata Negara Mengapakah lambang tersebut perlu dihormati?
22
Apakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia?
23
Maklumat berikut berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan. | Pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat memperkenalkan Charter Of Justice. | | :--- | Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
24
Perkara yang manakah yang terkandung dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 1965? I Imigresen II Kewangan III Struktur Mahkamah Atasan IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri
25
Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi Majlis Raja- Raja Melayu?
26
Mengapakah konsep pengasingan kuasa penting dalam amalan demoraksi berparlimen?
27
Senarai Persekutuan memperuntukan kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Persekutuan?
28
Antara berikut, manakah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. I Majlis Keselamatan Negara II Majlis Air Negara III Majlis Tanah Negara IV Majlis Kewangan Negara
29
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu? | Konsep Melayu Raya diperjuangkan untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. | | :--- | Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan?
30
Pilih penyataan yang berkaitan dengan intipati Perjanjian Malaysia 1963. I Tarikh Pembentukan Malaysia adalah 16 September 1963 II Pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah setara III Kuasa menubuhkan kabinet negeri diberikan kepada Sarawak dan Sabah IV British mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia
31
Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?
32
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas merdeka? • Peluang pekerjaan terhad • Kadar pengangguran tinggi
33
Gambar berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Mengapakah sukan tersebut diadakan secara bergilir-gilir?
34
Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah kesopanan dan kesusilaan. Mengapakah kita perlu menghayati prinsip tersebut?
35
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam tempoh 10 tahun bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan wawasan 2020. Bagaimanakah dasar tersebut merapatkan jurang ketidakseimbangan pembangunan wilayah?
36
Apakah impak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam pembinaan kemakmuran negara.
37
Apakah peristiwa yang membuktikan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali pada tahun 1970-an?
38
Rajah di bawah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara. Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut?
39
Petai berkaitan dengan kerjasama Malaysia dengan negara serantau Lingkungan Kawasan SIJORI-GT Apakah manfaat yang diperolehi Malaysia dalam kerjasama tersebut?
40
Malaysia lantang bersuara terhadap pertubuhan dunia seperti kerelevanan organisasi PPB. Mengapakah Malaysia bertindak demikian?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。