arrow_back

Pulau Pinang Trial 2023 Sejarah Kertas 1

1
Gambar berikut merupakan Inskripsi Telaga Batu semasa zaman Srivijaya. Apakah fungsi inskripsi tersebut?
2
Rajah berikut menunjukkan perubahan gelaran pemerintah Kesultanan Melaka. Mengapa perubahan tersebut berlaku?
3
Pada tahun 1688 telah berlaku peralihan kuasa di England. Mengapakah peralihan kuasa tersebut dikenali sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?
4
Maklumat berikut merupakan sebahagian daripada penulisan kreatif yang ditulis semasa zaman penjajah. - Melor Kuala Lumpur - Cerita Awang Putat Apakah tujuan penulisan kreatif tersebut? I Menggambarkan penderitaan rakyat II Menyokong perjuangan British III Memuatkan berita harian IV Menyindir penjajah
5
Apakah faktor kejayaan tentera Bersekutu menewaskan Jerman dalam Perang Dunia Kedua?
6
Dasar pendudukan Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut? I Berani membuat pertimbangan II Amanah dalam pekerjaan III Keperluan sifat bekerjasama IV Waspada terhadap kuasa asing
7
Maklumat berikut berkaitan dengan bantahan akhbar Melayu terhadap Malayan Union. - Majlis - Utusan Melayu Bagaimanakah akhbar tersebut menentang Malayan Union?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British. Apakah kesan daripada keputusan tersebut?
9
Bagaimanakah nasionalis Melayu radikal membuka minda rakyat ke arah proses kemerdekaan?
10
Terdapat cadangan warna latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu dalam Perlembagaan Rakyat. Apakah cadangan warna tersebut?
11
Ideologi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui negara China. Apakah pertubuhan yang membawa masuk ideologi tersebut?
12
Dialog berikut mungkin berlaku semasa ancaman komunis di Tanah Melayu. Pegawai British A : Komunis cuba mewujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah Melayu. Pegawai British B : Pelbagai serangan untuk menggugat keamanan negara dilakukan bagi mencapai impian mereka. Pegawai British C : Jangan risau ada kebaikan tindakan mereka terhadap negara. Apakah kebaikan tersebut?
13
Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob telah memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui penyatuan bangsa dan dunia Melayu. Apakah konsep yang diperjuangkan oleh KMM?
14
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada tahun 1949, antara peranannya adalah penubuhan beberapa agensi. Apakah isu yang selari dengan penubuhannya?
15
Jawatankuasa Pilihan Raya 1954 mengeluarkan dua bentuk penyata A dan B dalam penyusunan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Maklumat manakah yang dirujuk kepada Bentuk B?
16
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang dan turut mengalami perubahan dari segi bilangan anggota selepas pilihan raya. Komposisi manakah merujuk kepada Majlis Perundangan Persekutuan 1948? I 52 orang ahli melalui pilihan raya II 35 orang ahli berkepentingan III 3 orang ex officio IV 9 orang Residen
17
Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk pada 8 Mac 1956?
18
Apakah nilai yang diperoleh hasil kejayaan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
19
Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan. - Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Sertai misi pengaman PBB ke Congo. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan penglibatan tersebut?
20
Gambar berikut menunjukkan lambang negara kita. Mengapakah lambang tersebut penting kepada negara?
21
Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di negara kita. - Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 - Pembentukan Malaysia 1963 Peristiwa tersebut adalah berkaitan dengan
22
Manakah antara berikut membuktikan kecemerlangan hubungan luar negara kita?
23
Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mempengaruhi undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu. Apakah undang-undang tersebut?
24
Maklumat berikut menunjukkan perkembangan politik di negeri Perak. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf pada tahun 1877. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
25
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi. Bagaimana perkara itu dapat dilaksanakan?
26
Gambar berikut merupakan logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Apakah fungsi suruhanjaya tersebut?
27
Antara berikut yang manakah kepentingan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. I Membentuk sistem Persekutuan II Melicinkan perjalanan sistem Persekutuan III Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua pihak IV Memastikan hubungan diplomatik antara negara dikekalkan
28
Kerajaan telah menjalankan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk membina perumahan awam di seluruh negara. Apakah matlamat utama usaha tersebut?
29
Senarai berikut berkaitan usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. - Referendum Singapura - Rundingan London - Suruhanjaya Cobbold Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?
30
Antara berikut yang manakah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan?
31
Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman gerakan komunis di Sarawak? I Melancarkan Rancangan Briggs II Melaksanakan perintah berkurung III Menjalankan operasi ketenteraan IV Melancarkan perang saraf
32
Maklumat berikut berkaitan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis di Sarawak. Operasi Sri Aman Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?
33
Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi kaum?
34
Maklumat berikut berkaitan Rukun Negara yang dibentuk pada 29 Januari 1970. > Rukun Negara dibentuk ekoran peristiwa 13 Mei 1969 > Rukun Negara hasil perbincangan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) Apakah badan yang bertanggungjawab membentuk Rukun Negara?
35
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara. Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
36
Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian pintar?
37
Ilustrasi merujuk kegiatan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Dasar luar Malaysia sekarang dibina berlatarkan hubungan perdagangan dan diplomatik sejak dahulu lagi. Negara manakah yang menjalankan hubungan perdagangan ketika itu?
38
Misi pengaman dihantar ke Congo pada tahun 1960 hingga 1964. Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia.
39
Kempen antiminyak kelapa sawit secara tidak langsung telah menggugat ekonomi negara. Apakah langkah Malaysia dalam menangani isu ini?
40
Dalam mengekalkan kelestarian global, Malaysia turut memberikan komitmen yang tinggi dalam pemeliharaan alam sekitar. Apakah usaha yang dilakukan oleh negara kita? I Langkawi sebagai geopark II Dasar Teknologi Hijau Negara III Deklarasi Agenda 21 IV Protokol Kyoto 1997
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。