arrow_back

Peperiksaan Sekolah 2023 Sejarah Kertas 1 · SBP

1
Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan pengaruh ke kerajaan berikut. - Rokan - Pahang - Inderagiri Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?
2
Apakah tugas pembesar peringkat jajahan Kesultanan Melayu Melaka?
3
Karya berikut dihasilkan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke. Two Treatises of Government Apakah kandungan karya tersebut?
4
Mengapakah tokoh berikut menubuhkan Parti Rakyat di Thailand? Phibulsongkram
5
Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen. | Tahun | Kejayaan | | 1911 | Menewaskan kerajaan Manchuria | Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Tanah Melayu?
6
Persidangan berikut berlaku pada tahun 1927 di Tanah Melayu. Persidangan India Se-Malaya Mengapakah persidangan tersebut diadakan?
7
Jerman tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles. Mengapakah Jerman bertindak sedemikian?
8
Gambar berikut menunjukkan pelatih sebuah institut yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Apakah nama institut tersebut?
9
Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Bintang Tiga di Tanah Melayu. Membentuk Gerakan Fi-Sabilillah Mengapakah orang Melayu membentuk gerakan tersebut?
10
Kongres Melayu menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union dengan sokongan Raja-raja Melayu. Apakah bukti sokongan tersebut?
11
Senarai berikut menunjukkan pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. - Kesetiaan Muda Matu - Pergerakan Pemuda Melayu - Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Apakah bentuk penentangan tersebut? I Mengadakan demonstrasi II Menghantar surat bantahan III Melancarkan pemberontakan IV Memulau pentadbiran British
12
Apakah peranan utama Raja-raja Melayu setelah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
13
Menjelang bulan Disember 1947 hingga Mei 1948, PKM telah berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja. Apakah kesatuan sekerja tersebut?
14
Apakah parti yang diwakili oleh tokoh berikut semasa Rundingan Baling?
15
Maklumat berikut berkaitan isu yang perlu diselesaikan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Apakah agensi yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu tersebut?
16
Gerakan politik berikut terlibat dalam kerjasama ke arah kemerdekaan. - Persidangan Kebangsaan - Konvensyen Kebangsaan Apakah persamaan gerakan politik tersebut?
17
Maklumat berikut berkaitan Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Kuasa pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun begitu, masih terdapat pegawai British yang bertugas selepas penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah tugas pegawai British tersebut?
18
Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. | Tarikh | Peristiwa | | 4 hingga 7 Mei 1957 | Mengadakan kongres untuk membincangkan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. | Apakah parti yang menyertai kongres tersebut?
19
Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mendapatkan bantuan Britain selepas negara kita mencapai kemerdekaan?
20
Gambar berikut merupakan lambang kebangsaan negara. Apakah kepentingan lambang tersebut?
21
Kedaulatan boleh ditakrifkan mengikut beberapa sudut pandangan. | Sumber | Perkataan | | Bahasa Inggeris | Sovereignty | Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan bahasa Inggeris?
22
Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial bagi memperkukuhkan kesejahteraan negara. - Bahasa Kebangsaan - Rukun Negara Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar tersebut?
23
Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka.
24
Rajah berikut menunjukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong ↓ - Pulau Pinang - Melaka - Sarawak - Sabah Bagaimanakah kedudukan baginda di negeri-negeri tersebut?
25
Apakah yang menghalang perluasan kuasa British di negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?
26
Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita. Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?
27
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih banyak berbanding peringkat lain?
28
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berusaha untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah kediaman. Bagaimanakah kedua-dua kerajaan mencapai matlamat tersebut?
29
Mengapakah British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara?
30
Maklumat berikut berkaitan reaksi pembentukan Malaysia. Dr. Subandrio Menteri Luar Indonesia bertindak mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963. Apakah alasan yang membawa kepada tindakan tersebut?
31
Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Bagaimanakah kerajaan bertindak untuk menghadapi krisis ini?
32
Rajah berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi pada awal pembentukan Malaysia. Isu: Terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah → Usaha Mengatasi: - X - Mencari pasaran baharu Apakah X?
33
Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British. - Mengutamakan sektor ekonomi perlombongan dan perladangan - Melaksanakan sistem pendidikan vernakular Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca merdeka?
34
Pernyataan di bawah menunjukkan prinsip kelima Rukun Negara. Kesopanan dan Kesusilaan Bagaimanakah prinsip tersebut dapat direalisasikan dalam kalangan rakyat Malaysia?
35
Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974. Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?
36
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Meningkatkan saham kaum bumiputera sekurang-kurangnya mencapai 30% dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden Tindakan tersebut direalisasikan melalui
37
Pernyataan berikut berkaitan Kementerian Luar Negeri. X - Menggubal dasar luar negara - Menjaga kepentingan nasional Malaysia di peringkat antarabangsa Apakah X?
38
Berikut merupakan deklarasi yang dikemukakan Malaysia dalam ASEAN. Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971. Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut?
39
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi kawasan transit bagi aktiviti pemerdagangan orang ke negara lain?
40
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat Syria menghadapi krisis di negaranya? I Ketenteraan II Kepimpinan III Pendidikan IV Perubatan
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.