arrow_back

Others Trial 2022 Sejarah Kertas 1 · SBP Set 1

Sejarah

Others Trial 2022 Sejarah Kertas 1 · SBP Set 1

  • Percubaan SBP Set 1 · 2022
  • 40 soalan
Jawapan
Daripada skema jawapan kertas asal
Penerangan
Ditulis oleh AI — sebagai bantuan, mungkin ada kesilapan
Kemas kini terakhir
2026-10-29
1
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar utusan yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Apakah kepentingan utusan tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka?
2
Maklumat berikut berkaitan Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka. > **Peranan Bendahara** > - Ketua pentadbir > - Pemangku Sultan > - **X** Apakah **X**?
3
Pernyataan berikut adalah tafsiran berkaitan nasionalisme. | Tokoh | Tafsiran Nasionalisme | |---|---| | Hans Kohn | Nasionalisme merupakan gerakan meletakkan kesetiaan seseorang kepada bangsa dan negaranya | | William R. Roff | Nasionalisme timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap imperialisme Barat di Tanah Melayu | Mengapakah nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran? I Pengalaman sejarah berbeza II Corak perjuangan tidak sama III Rasa kecintaan tidak mendalam IV Pegangan agama berlainan
4
Bagaimanakah tokoh berikut menggerakkan nasionalisme di Filipina? Jose Rizal
5
Jadual berikut berkaitan penulisan kreatif sebelum Perang Dunia Kedua. | Penulis | Novel | |---|---| | Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) | Putera Gunung Tahan<br>Anak Mat Lela Gila | Apakah kepentingan penulisan novel tersebut? I Mencetuskan gerakan Islah II Memperjuangkan kebebasan wanita III Membangkitkan kesedaran kebangsaan IV Meningkatkan kesedaran nikmat kebebasan
6
Pada tahun 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai “the Strait born people”. Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?
7
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negara masing-masing selepas Perang Dunia Pertama? | Pemimpin | Negara | |---|---| | Benito Mussolini | Itali | | Adolf Hitler | Jerman |
8
Poster berikut tertera dalam tulisan Jawi, "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya". Mengapakah tentera Jepun menggunakan poster tersebut? I Menjamin kemerdekaan II Menamatkan sekatan ekonomi III Memenangi hati penduduk tempatan IV Menonjolkan imej sebagai penyelamat
9
Mengapakah matlamat pertubuhan berikut tidak dapat dilaksanakan? | | | |---|---| | **Pertubuhan** | Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) | | **Pemimpin** | Dr. Burhanuddin al-Helmi<br>Ibrahim Haji Yaakob | | **Matlamat** | Kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia |
10
Apakah kesan pelaksanaan kandungan kertas putih berikut? > Kertas Putih 6724 membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London pada 22 Januari 1946
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google