1 Berikut adalah upacara yang diamalkan dalam Kerajaan Srivijaya. > “... air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat ...” Apakah tujuan upacara tersebut dijalankan? flag bookmark A Mempertahankan kedaulatan B Mengukuhkan keagamaan C Menunjukkan kesetiaan D Menabalkan pemerintah T4 Bab 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat Upacara meminum air sumpah yang dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dijalankan supaya rakyat bersumpah taat setia kepada raja Srivijaya. Tujuannya ialah menunjukkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.
2 Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Antara berikut, yang manakah merupakan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka? I Nobat II Bahasa III Tombak IV Regalia flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Nobat dan alat regalia (alat kebesaran diraja) ialah lambang kebesaran Sultan Melaka yang menunjukkan kedaulatan dan keistimewaan baginda. Bahasa dan tombak bukan lambang kebesaran diraja.
3 Nasionalisme sesebuah negara amat penting untuk diperjuangkan kerana melahirkan semangat cinta akan negara. Bagaimanakah semangat nasionalisme sesebuah negara diperjuangkan? flag bookmark A Menuntut kemerdekaan B Mewujudkan negara bangsa C Menekankan kekerasan senjata D Menggunakan persamaan kebudayaan T4 Bab 2.1 Maksud Nasionalisme Nasionalisme ialah perjuangan membebaskan bangsa dan negara daripada penjajahan. Oleh itu semangat nasionalisme diperjuangkan dengan menuntut kemerdekaan.
4 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pemerintahan di Thailand. | Raja Mongkut | Raja Chulalongkorn | |---|---| | Melaksanakan birokrasi Barat | Meneruskan dasar terbuka | Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut? flag bookmark A Memansuhkan hak wilayah asingan B Mengekalkan warisan budaya C Mempertahankan kedaulatan D Menghapuskan kapitalis Barat T4 Bab 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn memodenkan Thailand mengikut cara Barat dan mengamalkan dasar terbuka supaya kuasa Barat tidak mempunyai alasan untuk menjajah. Tujuannya ialah mempertahankan kedaulatan Thailand.
5 Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? flag bookmark A Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah. B Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China. C Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia. D Untuk menghapuskan fahaman komunisme. T4 Bab 3.3 Perang Dunia Kedua Melalui Operasi Barbarossa, Hitler ingin menguasai Rusia, empayar terbesar di Eropah, untuk mencapai cita-citanya menguasai seluruh Eropah.
6 Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita? flag bookmark A Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British. B Kedudukan Tanah Melayu yang strategik untuk ketenteraan. C Mendapat sokongan dan bantahan daripada penduduk tempatan D Jepun ingin membalas dendam terhadap negara kita. T4 Bab 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita Tanah Melayu terletak di kedudukan yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara. Jepun mahu menjadikannya pangkalan ketenteraan untuk menguasai rantau ini, di samping mendapatkan bahan mentah seperti getah dan bijih timah.
7 Tokoh berikut pernah dilantik oleh British untuk menjalankan tugas di negara kita. > **H.C. Willan** Apakah kesan daripada pelantikan tokoh tersebut? flag bookmark A Merintis jalan ke arah penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu. B Memulakan penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan. C Memudahkan pelaksanaan pentadbiran Malayan Union. D Memisahkan Singapura daripada pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. T4 Bab 4.2 Gagasan Malayan Union H.C. Willan menghadap Raja-raja Melayu untuk meninjau sokongan baginda terhadap British sebelum MacMichael datang mendapatkan tandatangan. Laporannya merintis jalan dan memudahkan pelaksanaan Malayan Union.
8 Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu. Jika anda berada dalam situasi tersebut, apakah langkah anda untuk menentang penubuhan tersebut? I Menyertai upacara pelantikan Gabenor British II Mendapatkan sokongan dari negara luar III Menghidupkan persatuan Melayu IV Mengadakan Kongres Melayu flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union Orang Melayu menentang Malayan Union dengan menubuhkan dan menggerakkan persatuan Melayu serta mengadakan Kongres Melayu pada tahun 1946 yang melahirkan UMNO. Mereka memulaukan, bukan menyertai, upacara pelantikan Gabenor.
9 Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948? I Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union II Sikap politik orang Melayu yang sederhana III Sokongan golongan Melayu radikal IV Gesaan pedagang asing flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana bantahan tegas orang Melayu terhadap Malayan Union dan kerana sikap politik orang Melayu yang sederhana, iaitu menentang secara aman dan tidak anti-British.
10 Apakah cadangan Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu? I Residen Jeneral berkuasa dalam perundangan II Majlis Raja-Raja berkuasa penuh dalam pemerintahan negara III Penubuhan persekutuan bertaraf naungan bukan tanah jajahan IV Perkataan negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan yang baharu flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Raja-raja Melayu dan UMNO mencadangkan supaya persekutuan baharu bertaraf negeri naungan, bukan tanah jajahan British, dan supaya identiti negeri-negeri Melayu dikekalkan dalam persekutuan itu.