arrow_back

Kelantan Trial 2023 Sejarah Kertas 1 · MPSM

1
Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Keselamatan kota Melaka terletak di bawah tanggungjawab
2
### Maklumat berkaitan dengan Undang-undang Laut Melaka. > Fasal 13.1 > Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?
3
Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imprealisme barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?
4
Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya?
5
Poster berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua 1939-1945. Apakah mesej di sebalik poster tersebut?
6
### Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. > Leftenan Adnan Saidi | Menjulang nama Rejimen Askar Melayu > Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC | Menyelamatkan hampir 2000 tentera Bersekutu > Koperal Yaakob Bidin | Pertempuran di Pasir Panjang Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?
7
Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu. Apakah reaksi daripada Raja-raja Melayu terhadap pelaksanaan tersebut?
8
Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah telah diserahkan kepada British. Apakah faktor penyerahan tersebut?
9
Apakah matlamat utama perjuangan nasionalis Melayu radikal semasa memperjuangkan kemerdekaan penghujung tahun 1930-an?
10
Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Manakah yang berikut merupakan bidang kuasa majlis tersebut? I Hal ehwal luar II Ketenteraman awam III Pelantikan pemerintah IV Syarat kewarganegaraan
11
Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
12
Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu. Apakah kesan situasi tersebut?
13
Antara yang berikut manakah objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) di Tanah Melayu? I Mewujudkan keadilan ekonomi II Memantapkan pendidikan kebangsaan III Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah IV Meningkatkan hubungan kaum yang mendalam
14
Gambar berikut berkaitan kerjasama politik ke arah mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu. Apakah motif pembentukan perlembagaan tersebut?
15
Pilihan Raya Persekutuan diadakan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan Apakah perkara yang membolehkan pilihan raya diadakan?
16
Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?
17
Manakah menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956? I Kedudukan Raja Melayu dipelihara II Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja III Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen IV Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain
18
Garis masa berikut berkaitan kronologi sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Apakah X?
19
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal sebelum menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957?
20
### Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan - Membina sebuah bangsa bagi negara yang bersatu - Mengeluarkan Penyata Rahman Talib Bagaimanakah hasrat tersebut dicapai?
21
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?
22
Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?
23
### Undang-undang berikut telah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan Barat. > Negeri | Undang-undang > Johor | Undang-undang Johor > Perak | Undang-undang 99 Perak Apakah fungsi undang-undang tersebut?
24
Mengapakah pindaan dibuat ke atas undang-undang berikut? - Pindaan Perlembagaan 1963 - Pindaan Perlembagaan 1965
25
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-Raja adalah
26
Apakah kepentingan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?
27
Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri? I Mewujudkan keadilan II Mengukuh perpaduan III Menjamin kestabilan negara IV Meningkatkan kemajuan negara
28
Gambar berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak. Apakah keistimewaan taman negara tersebut?
29
### Jadual berikut berkaitan siri lawatan pemimpin negara sebelum pembentukan Malaysia. > Tarikh | Pemimpin | Lawatan > Julai 1961 | Tunku Abdul Rahman | Sarawak dan Brunei > Ogos 1962 | Datu Abang Haji Mustapha Datu Mustapha Datu Harun | Persekutuan Tanah Melayu > November 1962 | Tunku Abdul Rahman | Sarawak dan Sabah Apakah kepentingan siri lawatan ini?
30
Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) tentang pembentukan Malaysia. Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?
31
Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Kuasa terhad II Pasaran bersama III Pelabuhan bebas IV Tuntutan percukaian
32
Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak. Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?
33
Mengapakah faktor sejarah menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka? I Pentadbiran British II Pembukaan tanah III Penyatuan wilayah IV Pendidikan vernakular
34
Logo berikut berkaitan dengan sambutan jubli emas ideologi negara Apakah latar belakang pembentukan ideologi tersebut?
35
Apakah tujuan penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada tahun 1970?
36
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Bagaimanakah matlamat DPN dapat dicapai?
37
### Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama. > Kewujudannya adalah berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
38
### Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN. > Skim Keutamaan Perniagaan (SKP) Apakah kelebihan SKP?
39
Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan?
40
### Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) > Kerelevanan Organisasi Antarabangsa Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。