1 Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. | Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka | |---| | Kedaulatan | | Rakyat | | Undang-undang | | X | Apakah bertanda X? flag bookmark A Raja B Sempadan C Pemerintah D Wilayah Pengaruh T4 Bab 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah kerajaan, kedaulatan, rakyat, undang-undang dan wilayah pengaruh. Ciri yang belum disebut dalam rajah ialah wilayah pengaruh.
2 Apakah peranan rakyat Kesultanan Melayu Melaka? flag bookmark A Mengutip hasil B Membina istana C Menjaga keselamatan D Membekalkan makanan T4 Bab 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat Melalui sistem kerah, rakyat menyumbangkan tenaga untuk membina istana, masjid, kubu dan kemudahan awam. Mengutip hasil ialah tugas pembesar.
3 Tindakan berikut telah dilakukan oleh Thailand semasa Perang Dunia Kedua. > Bekerjasama dengan Jepun Apakah kesan terhadap negara tersebut? flag bookmark A Pemodenan sistem pentadbiran B Penghijrahan rakyat dapat diatasi C Pengekalan kemerdekaan negara D Penguasaan ekonomi oleh imigran T4 Bab 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik Thailand menandatangani perjanjian bekerjasama dengan Jepun. Oleh itu, Jepun tidak menjajah Thailand dan Thailand dapat mengekalkan kemerdekaannya.
4 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) merupakan antara institusi pendidikan yang menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah. Bagaimanakah institusi pendidikan ini berfungsi menyemarakkan nasionalisme? flag bookmark A Mewujudkan sistem pendidikan madrasah B Mendedahkan pelajar dengan pemodenan Islam C Menerima kunjungan ulama dari Sumatera Barat D Melahirkan golongan yang memimpin rakyat T4 Bab 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme MCKK dan MPSI melahirkan golongan berpendidikan, seperti pegawai dan guru, yang kemudian memimpin rakyat dan menyebarkan semangat nasionalisme. Pendidikan madrasah dan pemodenan Islam berkaitan dengan sekolah agama, bukan maktab ini.
5 Maklumat berikut menunjukkan pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. - Kuasa Tengah - Pakatan Bertiga Apakah matlamat pakatan tersebut? flag bookmark A Menguasai pasaran B Menubuhkan kerajaan republik C Menghapuskan keganasan D Menentang dasar apartheid T4 Bab 3.2 Latar Belakang Perang Dunia Kuasa-kuasa Eropah membentuk pakatan ketenteraan untuk melindungi kepentingan masing-masing, termasuk bersaing merebut tanah jajahan, bahan mentah dan pasaran.
6 Tentera Jepun telah mengenakan hukuman terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Apakah hukuman tersebut? flag bookmark A Menjadikan tawanan perang B Memberikan layanan yang kejam C Memulihkan ekonomi negara D Menghantar balik ke negara asal T4 Bab 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita Jepun memusuhi orang Cina kerana mereka membantu China menentang Jepun. Orang Cina dilayan dengan kejam, contohnya melalui operasi Sook Ching yang menyebabkan ramai orang Cina dibunuh.
7 Tugas British Military Administration (BMA) ialah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka. Mengapakah BMA bertindak sedemikian? flag bookmark A Membantu memulihkan ekonomi B Mengukuhkan kedudukan British C Menyokong kepulangan British D Menentang pengaruh Jepun T4 Bab 4.1 British Military Administration Selepas British kalah kepada Jepun, rakyat hilang kepercayaan terhadap British. BMA berusaha mengembalikan kepercayaan itu supaya rakyat menyokong kepulangan British ke Tanah Melayu.
8 Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union. | | | |---|---| | Tarikh | 1 – 4 Mac 1946 | | Peristiwa | Kongres Melayu Pertama | | Tempat | Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur | Apakah kepentingan peristiwa tersebut? flag bookmark A Perasaan perkauman dihapuskan B Memupuk perpaduan orang Melayu C Status quo orang Melayu terpelihara D Mengugat kedudukan orang Melayu T4 Bab 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union Kongres Melayu Pertama menghimpunkan persatuan-persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu untuk menentang Malayan Union. Kongres ini menyatukan orang Melayu dan membawa kepada penubuhan UMNO.
9 British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan melalui Piagam Atlantik. Apakah maksud dasar dekolonisasi? flag bookmark A Meningkatkan kerjasama ekonomi B Menyeragamkan sistem pentadbiran C Proses menubuhkan kerajaan sendiri D Pembentukan masyarakat yang berbilang kaum T4 Bab 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka Dekolonisasi bermaksud kuasa penjajah menyediakan tanah jajahannya secara beransur-ansur untuk berkerajaan sendiri dan akhirnya merdeka.
10 Rakyat Raja mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Apakah syarat untuk menjadi Rakyat Raja? I Tingkah laku yang baik II Keluarganya rakyat tempatan III Bertutur bahasa tempatan IV Memahami adat resam flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 Dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948, rakyat Raja dan mereka yang telah serasi, iaitu memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat, boleh menjadi warganegara secara kuat kuasa undang-undang. Tingkah laku baik ialah syarat kewarganegaraan secara pendaftaran.