arrow_back

Pahang Trial 2023 Sejarah Kertas 1

1
Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
2
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan syariah dan adat. Apakah tujuan undang-undang tersebut?
3
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Mengapakah perasaan tersebut penting?
4
Mengapakah masyarakat di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?
5
Maklumat berikut berkaitan faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20. - Al-Imam - Neracha - Pengasuh Apakah matlamat penerbitan media cetak tersebut?
6
Berikut adalah persatuan kebajikan yang ditubuhkan di Singapura semasa pentadbiran British. al- Jamiah al-Khairiah Mengapakah persatuan tersebut penting kepada masyarakat?
7
Apakah faktor Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik?
8
Maklumat berikut berkaitan kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik. - 8 Dis. 1941: Jepun menyerang Pearl Harbour - 2 Jan. 1942: Jepun menakluk Burma - 15 Feb. 1942: Jepun mengalahkan Singapura Mengapakah kawasan tersebut berjaya dikuasai? I Strategi yang berkesan II Pengaruh propaganda III Sokongan tentera luar IV Penguasaan serangan
9
Maklumat berikut berkaitan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. X: • Mengumpulkan maklumat • Melakukan sabotaj • Menyebarkan propaganda Apakah X?
10
Kelewatan pendaratan tentera British menyebabkan kekosongan kuasa politik di Tanah Melayu. Apakah kesan peristiwa tersebut?
11
Mengapakah British menindas kegiatan berpersatuan di Sabah selepas Perang Dunia Kedua?
12
Apakah persamaan matlamat perjuangan gerakan nasionalis berikut? - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - Angkatan Pemuda Insaf (API)
13
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi. Apakah implikasi penubuhannya? I Merangka sistem pendidikan yang seragam II Mengadakan rundingan ke arah kemerdekaan III Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu IV Membuka jalan ke arah perpaduan kaum
14
Maklumat berikut berkaitan tawaran pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri. - 40 juta risalah - 12 juta pas pengampunan Bagaimanakah kerajaan menyebarkannya?
15
Apakah matlamat perjuangan Independence of Malayan Party (IMP)?
16
Apakah portfolio yang dikekalkan oleh British dalam Sistem Ahli?
17
Apakah tujuan Pilihan Raya Umum Pertama 1955?
18
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap peristiwa bersejarah negara? Sheikh Abdullah Fahim
19
Perkara 153 dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 memperuntukkan rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keutamaan. Apakah keutamaan tersebut?
20
Tokoh berikut mentakrifkan kemerdekaan ialah perjuangan menghadapi penjajah. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Bagaimanakah perjuangan tersebut dapat dicapai?
21
Apakah ciri-ciri negara yang berdaulat?
22
Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
23
Apakah badan yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Sarawak untuk mentadbir negeri pada tahun 1959?
24
Apakah perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963?
25
Apakah tanggungjawab raja dalam Kesultanan Melayu Melaka?
26
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara. Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seseorang raja?
27
Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Persekutuan. Jawatan tersebut diperkenalkan semasa
28
Apakah Majlis yang menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
29
Pada bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah hasil laporan tersebut?
30
Apakah inti pati Perjanjian Malaysia?
31
Apakah isu pembangunan ekonomi yang perlu ditangani dalam Rancangan Malaysia Pertama?
32
Bagaimanakah Bahasa Melayu diperkukuhkan sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1956?
33
Berikut adalah prinsip kelima dalam Rukun Negara. Kesopanan dan Kesusilaan Bagaimanakah prinsip tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian?
34
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970?
35
Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974. Bagaimanakah rancangan tersebut dilaksanakan?
36
Berikut berkaitan dengan faktor penggubalan dasar luar Malaysia. Mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali Faktor tersebut merujuk kepada
37
Maklumat berikut berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Komanwel. - Tahun 1951: Rancangan Colombo - Menangani masalah kemiskinan dan memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota. Mengapakah rancangan tersebut penting kepada negara anggota?
38
Apakah tindakan Malaysia untuk menyelesaikan konflik politik di Vietnam?
39
Logo berikut berkaitan dengan AFTA (ASEAN Free Trade Area). Apakah manfaatnya kepada negara anggota?
40
Maklumat berikut berkaitan komitmen Malaysia dalam memelihara keaslian alam sekitar. - Tahun 2006: Mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark Apakah kesan daripada pengisytiharan tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.