arrow_back

Perak Trial 2023 Sejarah Kertas 1

1
Hukum Kanun Melaka turut memberi perhatian kepada isu kekeluargaan. Mengapakah isu tersebut diberi perhatian?
2
Apakah peranan pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan isu kasut di Burma. Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma Apakah kesan isu tersebut?
4
Pada 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people". Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?
5
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941 – 1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Mengapakah perang tersebut berlaku?
6
Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?
7
British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945. Apakah peranan pentadbiran tersebut?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sabah. | Tarikh | 26 Jun 1946 | | Peristiwa | Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British | Mengapakah penyerahan tersebut dilakukan? I Kedudukan yang strategik II Kekayaan bahan mentah III Kawasan pasaran utama IV Kemajuan sistem prasarana
9
Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1948?
10
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. | Tahun | Peristiwa | | 1 Februari 1948 | Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan | Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?
11
Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu. - Merosakkan ladang getah - Mengganggu kerja di lombong - Membunuh pekerja ladang Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
12
Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman darurat? - Jagung - Keledek - Ubi kayu
13
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1949?
14
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut selaras dengan proses dekolonisasi kerajaan British?
15
Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap Tanah Melayu? Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955
16
Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955? I Menjalinkan kerjasama diplomatik II Mengurangkan kemasukan orang asing III Membincangkan isu keselamatan IV Membincangkan soal kewangan
17
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. - Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri - Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu - X Apakah X?
18
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? I Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran II Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan III Agama Islam sebagai agama persekutuan IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
19
Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. - Jawatankuasa Persediaan Fizikal - Jawatankuasa Sambutan Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?
20
Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Buku Merah Apakah kepentingan rancangan tersebut?
21
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
22
Bagaimanakah dasar berikut dapat mempertahankan kedaulatan negara kita? - Dasar Pendidikan Kebangsaan - Dasar Kebudayaan Kebangsaan
23
British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat pada abad ke-19. Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?
24
Pernyataan berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut?
25
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
26
Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
27
Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?
28
Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?
29
Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?
30
Rajah berikut menunjukkan berlaku perubahan pada tarikh pengisytiharan pembentukan Malaysia. 31 Ogos 1963 → 16 September 1963 Mengapakah perubahan ini berlaku?
31
Rajah berikut berkaitan kaedah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak. X → - Menyebarkan risalah - Mengisytiharkan kawasan putih - Menawarkan pengampunan Apakah kaedah X?
32
Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
33
Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. - Kegiatan persatuan - Unit beruniform - Sukan dan permainan Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?
34
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara? I Mencipta masyarakat yang adil II Menjamin hak kebebasan rakyat III Memperkasa semangat kenegerian IV Membentuk masyarakat demokratik
35
Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?
36
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara. Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
37
Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?
38
Jadual berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam. | Isu politik | Sumbangan | | Perang Iran – Iraq | Menghantar tentera pemerhati PBB | | Kekejaman Zionis Israel di Palestin | X | Apakah X?
39
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura. Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN? I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal III Sekatan dagangan dihapuskan IV Pasaran terbuka luas
40
Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia. - Aman Palestin - Muslim Care Malaysia Apakah sumbangan NGO tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。