arrow_back

Peperiksaan Sekolah 2024 Sejarah Kertas 1 · SMKA SABK

1
Antara yang berikut, manakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
2
Apakah peranan seorang pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
3
Mahatma Ghandi menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India Bagaimanakah satyagraha mempengaruhi gerakan nasionalisme di negara tersebut?
4
Persaudaraan Sahabat Pena atau PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
5
Yang manakah berikut merupakan kesan Perang Dunia Pertama? I Keruntuhan pemerintahan beraja II Kemunculan negara baharu III Peluasan kuasa Jepun IV Pengeboman Britain
6
Tokoh-tokoh berikut telah berkorban demi negara dan bangsa. - Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC - Koperal Yaakob Bidin Mengapakah mereka disanjung?
7
Antara berikut yang manakah cara bantahan Raja-Raja Melayu terhadap penentangan Malayan Union?
8
Pada tahun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah menjadi tanah jajahan British. Mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?
9
Matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Siapakah yang menganggotai jawatankuasa tersebut? I Wakil Raja-raja Melayu II Wakil orang dagang III Gabenor Jeneral IV Wakil UMNO
10
Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Sasaran utama serangan komunis ialah kawasan ladang getah dan lombong bijih timah. Mengapakah pihak komunis bertindak sedemikian?
12
Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum?
13
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu?
14
Laporan Fenn-Wu mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina sebagai institusi yang memberikan faedah kepada penduduk Tanah Melayu. Yang manakah benar tentang kandungan Laporan Fenn-Wu?
15
Maklumat berikut berkaitan dengan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. - Penentuan sempadan kawasan pilihan raya - Pendaftaran pengundi - Penamaan calon - X Apakah X?
16
Antara yang berikut, yang manakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu? I Membincangkan isu keselamatan dalam negeri II Mengurangkan kuasa pentadbir British III Menghalau British dari Tanah Melayu IV Mengharamkan Parti Komunis Malaya
17
Yang manakah perkara yang dituntut oleh British dalam rundingan kemerdekaan di London?
18
Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan?
19
Mengapakah Bendera Union Jack telah diturunkan oleh Tahir Abdul Majid pada 31 Ogos 1957?
20
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu dikatakan memiliki prinsip kedaulatan? I Pengiktirafan sebagai rakyat II Memiliki lambang kebangsaan III Menjalinkan hubungan antarabangsa IV Perpaduan kalangan rakyat yang utuh
21
Kedaulatan berasal daripada perkataan Arab 'daulah' yang bermaksud
22
Manakah antara berikut merupakan langkah dalam mempertahankan kedaulatan negara?
23
Apakah ciri-ciri tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam II Kewarganegaraan III Kerajaan Persekutuan IV Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera
24
Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1965. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura pada 7 ogos 1965. Apakah badan yang berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan tersebut?
25
Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. Pihak manakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?
26
Bagaimanakah mekanisme semak dan imbang telah berperanan memastikan kestabilan negara?
27
Peta menunjukkan antara kawasan perlindungan hidupan liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Apakah agensi yang menguruskan taman negara tersebut?
28
Manakah antara berikut yang terkandung dalam Senarai Bersama?
29
Jadual di bawah menunjukkan isi laporan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. - X - Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu - Kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah Apakah X?
30
Apakah prinsip utama Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London?
31
Saiz negeri Sarawak dan Sabah menjadi cabaran dalam bidang perhubungan dan pengangkutan. Mengapakah cabaran tersebut wujud?
32
Apakah faktor ekonomi yang menjadi sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Penambahan cukai II Pembinaan pelabuhan bebas III Pengecualian kadar faedah IV Pembukaan pasaran bersama disegerakan
33
Manakah antara berikut merupakan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan? I Islam menjadi unsur terpenting II Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu III Penerimaan aspek kebudayaan Barat yang releven IV Penerimaan unsur kebudayaan semua kaum di Malaysia
34
Rukun Negara ialah ikrar yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia. Apakah kesan ikrar tersebut terhadap negara? I Memupuk keharmonian negara II Memantapkan hubungan serantau III Memperkasa semangat kenegerian IV Meningkatkan kesejahteraan rakyat
35
Apakah matlamat Rancangan Buku Hijau yang telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974?
36
Bagaimanakah pengenalan Zon Perindustrian Bebas dapat memajukan sektor perindustrian negara? I Bandar terancang II Menarik pengusaha melabur III Merangsang ekonomi kawasan sekitar IV Pusat penyelidikan dan inovasi jangka panjang
37
Malaysia memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada PBB sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa iaitu
38
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971. Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?
39
Apakah isu global kontemporari yang turut dihadapi oleh Malaysia?
40
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada penglibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan Bagaimanakah program ini membantu rakyat Palestin?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.