arrow_back

Selangor Trial 2023 Sejarah Kertas 1 · Modul Pintas

Sejarah

Selangor Trial 2023 Sejarah Kertas 1 · Modul Pintas

  • Percubaan Selangor Modul Pintas · 2023
  • 40 soalan
Jawapan
Daripada skema jawapan kertas asal
Penerangan
Ditulis oleh AI — sebagai bantuan, mungkin ada kesilapan
Kemas kini terakhir
2026-10-29
1
Apakah kepentingan kedaulatan kepada pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?
2
Mengapakah rakyat Kesultanan Melayu Melaka tidak menderhaka kepada pemerintah?
3
Perkembangan nasionalisme di India bermula dengan gerakan Dahagi India 1857. Apakah tumpuan gerakan ini?
4
Berikut merupakan institusi pendidikan yang wujud pada awal abad ke-20. > - Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) > - Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Bagaimanakah institusi ini menyemarakkan nasionalisme?
5
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut? I Kemunculan ideologi baharu II Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa III Pembunuhan Archduke Ferdinand IV Perlumbaan senjata moden
6
Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita pada tahun 1941?
7
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu. > Dari Bentan ke Kuala Sedili, > Singgah berjaja di Batu Pahat, > Syarat kerakyatan secara *jus soli*, > Kuasa raja turut tergugat. Bagaimanakah orang Melayu menangani isu di atas?
8
Pada 1 Julai 1946, Hari Penyerahan Sarawak telah diisytiharkan di Kuching. Apakah kesan daripada pengisytiharan tersebut terhadap negeri Sarawak?
9
Pernyataan berikut terkandung dalam Piagam Atlantik. > "... menghormati hak setiap manusia untuk memilih bentuk kerajaan mereka sendiri dan mahukan hak kedaulatan dan kerajaan sendiri dikembalikan kepada mereka ..." > > Sumber: www.britannica.com Bagaimanakah British bertindak untuk mematuhi piagam tersebut di tanah air kita?
10
Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google