arrow_back

Peperiksaan Sekolah 2024 Sejarah Kertas 1

1
Berikut merupakan wilayah di bawah Kesultanan Melayu Melaka. - Lingga - Patani Wilayah ini diperoleh melalui
2
Maklumat berikut berkaitan dengan fasal 9 Undang-Undang Laut Melaka. > Jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh. Mengapakah hukuman tersebut dijatuhkan kepada malim?
3
Tokoh berikut memberikan tafsiran berkaitan konsep nasionalisme. - Dato' Onn Jaafar - Hans Kohn Apakah tafsiran tersebut ?
4
Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan gerakan nasionalisme di Thailand dengan negara lain di Asia Tenggara?
5
Gambar berikut menunjukkan institusi pendidikan yang ditubuhkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an. Apakah kesan penubuhan institusi tersebut?
6
Penekanan pendidikan peringkat rendah oleh British pada awal abad ke-20 telah menyukarkan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagaimanakah isu ini ditangani oleh Zainal Abidin Ahmad? I Mengkritik rakyat melalui akhbar II Mencadangkan penambahan sekolah III Meningkatkan kesedaran pendidikan tinggi IV Memperkenalkan kurikulum bahasa Inggeris
7
Mengapakah Jerman melancarkan pengeboman terhadap Britain semasa Perang Dunia Kedua?
8
Apakah faktor yang mendorong kedatangan Jepun ke negara kita semasa Perang Dunia Kedua?
9
Berikut merupakan pasukan yang ditubuhkan ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Giyu Tai Apakah peranan pasukan tersebut?
10
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan British di Tanah Melayu. - Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja - Kewarganegaraan jus soli Maklumat tersebut merujuk kepada
11
Mengapakah penduduk tempatan menyokong penyerahan Sarawak kepada British? I Memajukan penduduk setempat II Memastikan keselamatan sentiasa terjamin III Meningkatkan pengaruh pemimpin tempatan IV Memberikan pekerjaan dalam perkhidmatan awam
12
Ahli Parlimen British berikut telah membuat tinjauan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. - L.D. Gammans - Rees Williams Apakah hasil tinjauan tersebut?
13
Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan persidangan di Calcutta, India pada tahun 1948. Apakah gesaan daripada persidangan tersebut?
14
Sir Henry Gurney telah mengambil langkah menawan hati penduduk Cina melalui penubuhan parti politik berorientasikan tempatan semasa darurat. Apakah parti tersebut?
15
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan adalah bukti tolak ansur orang Melayu ke arah perpaduan kaum dalam negara. Mengapakah orang Melayu menerima tolak ansur tersebut?
16
Senarai berikut berkaitan dengan kandungan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan. - Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil - Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu Laporan manakah mencadangkan syor berikut?
17
Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diberikan tempoh 45 hari untuk kempen pilihan raya. Apakah kepentingan proses tersebut?
18
Apakah terma yang diberi perhatian oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menjalankan tugasnya? I Kepentingan sah kaum lain II Penentuan sempadan negeri III Pengekalan pegawai Barat IV Kedudukan istimewa orang Melayu
19
Maklumat berikut berkaitan dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Seramai 300 orang pegawai kerajaan diberi kursus khas berkaitan dengan protokol. Apakah protokol tersebut ?
20
Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimen Bagaimanakah sistem tersebut berfungsi?
21
Jadual berikut berkaitan dengan konsep kedaulatan. | Bahasa | Istilah | |---|---| | Yunani | Superanus | | Inggeris | Sovereignty | | Melayu | Daulat | | Arab | Daulah | Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?
22
Senarai berikut berkaitan usaha melaksanakan dasar sosial yang dilakukan kerajaan selepas memperoleh kedaulatan negara. - Rukun Negara - Bahasa Kebangsaan - Kebudayaan Kebangsaan Apakah tujuan dasar tersebut dilaksanakan?
23
Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak telah dilaksanakan pada tahun 1877. Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?
24
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman?
25
Peristiwa berikut berlaku semasa pendudukan Jepun. | Tahun | Peristiwa | |---|---| | Januari 1943 | Persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah tentera Jepun di Singapura | Apakah pengiktirafan yang diperoleh oleh Raja-raja Melayu dalam persidangan tersebut?
26
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Apakah kepentingan institusi Yang di-Pertuan Agong? I Meningkatkan ekonomi II Memupuk perpaduan III Menjamin kedaulatan IV Menggubal undang-undang
27
Pasangan manakah yang betul berkaitan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
28
Mengapakah kerajaan memperkenalkan Pembangunan Koridor Wilayah pada tahun 2005?
29
Maklumat berikut berkaitan konsep gagasan Malaysia yang diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Melayu Raya Apakah tujuan pembentukan konsep tersebut?
30
Indonesia telah menentang pembentukan Malaysia dengan melancarkan dasar konfrontasi. Bagaimanakah Indonesia melaksanakan dasar tersebut di Tebedu?
31
Maklumat berikut berkenaan krisis perlembagaan di Sarawak. Pemecatan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Jun 1966. Apakah kesan sekiranya kerajaan gagal mengatasi krisis tersebut?
32
Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan untuk mengatasi isu pembangunan ekonomi negara. Apakah isu tersebut? I Pengangguran menurun II Taraf hidup rakyat rendah III Masalah kesihatan rakyat IV Harga bahan mentah meningkat
33
Apakah usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu?
34
Pernyataan berikut menunjukkan prinsip pertama Rukun Negara. Kepercayaan Kepada Tuhan Mengapakah prinsip tersebut penting kepada rakyat Malaysia?
35
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan usahawan muda yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara melalui Industri Kecil dan Sederhana?
36
Apakah agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan milik bumiputera? I Majlis Amanah Rakyat II Perbadanan Nasional Berhad III Perbadanan Pembangunan Bandar IV Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
37
Apakah ikatan sejarah yang telah menjadi faktor penggubalan dasar luar Malaysia?
38
Apakah manfaat kerjasama yang dibentuk oleh Malaysia sebagai rakan dagang ASEAN?
39
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pencinta Alam di Eropah telah melancarkan kempen antiminyak sawit. Mengapakah kempen tersebut dilancarkan? I Menyebabkan pencemaran alam II Memusnahkan habitat haiwan liar III Memudaratkan kesihatan manusia IV Melanggar akta perdagangan dunia
40
Pernyataan berikut berkaitan program bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia. Program Freedom Flotilla Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.