arrow_back

Pulau Pinang Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Set 1

1
Maklumat berikut berkaitan undang-undang dalam kerajaan Alam Melayu. Kutara Manawa Namakan kerajaan yang mengamalkan undang-undang tersebut.
2
Ciri-ciri negara bangsa yang telah diwarisi dari kerajaan Alam Melayu telah memperkukuh kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Apakah nilai yang boleh kita peroleh daripada penyataan tersebut. - Berkomunikasi sesama kaum - Bertoleransi antara pelbagai bangsa - Bekerjasama mempertahankan warisan - Bergotong-royong menjaga kebersihan
3
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) merupakan antara institusi pendidikan yang menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah. Bagaimanakah institusi pendidikan ini berfungsi menyemarakkan nasionalisme?
4
Penulisan novel berjaya meniupkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita. Apakah faktor yang mendorong kejayaan ini?
5
Pada tahun 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people" Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme di negara kita?
6
Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk. Apakah cara penentangan tersebut?
7
UMNO menganjurkan bantahan besar-besaran menentang Malayan Union. Bantahan penduduk tempatan ini berjaya membuka mata kerajaan British terhadap keburukan Malayan Union. Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan perjuangan tersebut? - Semangat juang - Perpaduan kaum - Tolak ansur politik - Penyatuan orang Melayu
8
Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada penduduk tempatan?
9
Apakah tindakan yang dilakukan oleh PUTERA-AMCJA apabila British menolak perlembagaan rakyat?
10
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh. Apakah iktibar yang boleh diambil dari penubuhan ini?
11
Gambar berikut menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu. Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
12
Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
13
Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955. Bagaimanakah Sistem Ahli ini dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
14
Apakah objektif Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
15
Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli pada 1 Februari 1954. Berdasarkan maklumat tersebut, apakah tugas Jawatankuasa Pilihan Raya?
16
Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat di negara kita. Apakah kesan penubuhan Majlis tersebut? - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan - Pilihan Raya Bandaran dijalankan - Pentadbiran demokrasi diamalkan - Tunku Abdul Rahman mengetuai kerajaan
17
Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan kemerdekaan ke Karachi menggunakan kapal laut?
18
Maklumat berikut berkaitan misi kemerdekaan. • Berlangsung dari 18 Januari 1956 - 6 Februari 1956 • Di Lancaster House, London Apakah peristiwa yang berlaku?
19
Kemerdekaan negara tercapai kerana sumbangan tokoh-tokoh nasionalis negara. Bagaimanakah generasi hari ini menghargai jasa mereka?
20
Perjanjian Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) ditandatangani antara Persekutuan Tanah Melayu dan Britain pada tahun 1957. Apakah manfaat perjanjian tersebut?
21
Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas. Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?
22
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara?
23
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pilihan raya sebagai asas sistem demokrasi di Malaysia. Apakah rasional peruntukan tersebut?
24
Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?
25
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memainkan peranannya dalam sistem Raja Berperlembagaan?
26
Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi. Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama? - Aktiviti keagamaan dijalankan secara tertutup - Sikap diskriminasi terhadap agama lain - Agama Islam sebagai agama Persekutuan - Penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing
27
Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem Pentadbiran Persekutuan di negara kita. | Tahun | Sistem Pentadbiran | | 1896 | Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu | | 1927 | Penstrukturan Majlis Perundangan Persekutuan | | 1946 | Penubuhan Malayan Union | Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?
28
Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ. Apakah penekanan program tersebut?
29
Mengapakah Sir Malcolm Mac Donald dan Sir Gerald Templer mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara? - Dekolonisasi - Keselamatan - Kebudayaan - Potensi ekonomi
30
Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembentukan Malaysia. Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?
31
Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Bagaimanakah kerajaan bertindak untuk menghadapi krisis ini?
32
Berikut adalah majlis yang diberikan kuasa untuk memerintah negara dari 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971 MAGERAN Apakah tanggungjawab majlis tersebut?
33
Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum. Bagaimanakah dasar ini mampu dicapai melalui Laporan Rahman Talib?
34
Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?
35
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan. Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
36
Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian pintar?
37
Kerajaan-kerajaan berikut telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China. • P'an-p'an • Langkasuka • Chih-t'u Bagaimanakah hubungan tersebut dijalinkan?
38
Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa iaitu negara Blok Barat dengan negara Blok Timur. Apakah kesan Perang Dingin kepada Malaysia?
39
Bagaimanakah rakyat Malaysia berperanan membantu perjuangan rakyat Palestin? - Menyalurkan bantuan kemanusiaan - Mewujudkan tabung sumbangan - Meminta bantuan kuasa dunia - Menghantar pasukan tentera
40
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara telah ditandatangani pada 1995. Bagaimanakah Malaysia menunjukkan komitmen terhadap perjanjian tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.