arrow_back

Perlis Trial 2024 Sejarah Kertas 1

1
Apakah fungsi undang-undang dalam kerajaan Alam Melayu?
2
Bagaimanakah golongan pembesar menjaga kebajikan rakyat di kawasan pegangan?
3
Revolusi Keagungan tercetus semasa pemerintahan Raja James II. Mengapakah revolusi ini berlaku di England?
4
Mengapakah Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada abad ke 18?
5
Antara berikut, yang manakah faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914 sehingga 1918? I Pakatan ketenteraan II Pembebasan tanah jajahan III Pembentukan ideologi baharu IV Persaingan kuasa imperialis
6
Gambar menunjukkan seorang askar Melayu yang telah berjuang menentang pendudukan Jepun di negara kita. Koperal Yaakob Bidin Mengapakah beliau dianugerahi pingat Military Medal?
7
Bagaimanakah rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union? I Menghantar surat bantahan II Membawa kes ke mahkamah III Mengadakan Kongres Melayu IV Menggunakan akhbar tempatan
8
Apakah faktor penyerahan Sabah kepada British?
9
Antara berikut yang manakah wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Dato' Onn Jaafar II Dato' Hamzah Abdullah III Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud IV Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin
10
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
11
Gambar berikut berkaitan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis. Sarawak Rangers (Iban Trackers) Apakah tugas pasukan keselamatan tersebut?
12
Mengapakah rakyat menderita sepanjang tempoh darurat di negara kita?
13
Maklumat berikut berkaitan isu yang diketengahkan dalam penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) di negara kita. Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan Bagaimanakah JHAK menyelesaikan isu tersebut?
14
Gambar berikut menunjukkan logo yang digunakan oleh Parti Perikatan pada tahun 1954. Kapal layar Mengapakah logo tersebut dipilih?
15
Jadual berikut berkaitan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 yang ditubuhkan di negara kita. 52 orang: Ahli yang dipilih melalui pilihan raya 35 orang: Ahli lantikan mewakili kumpulan berkepentingan seperti keusahawanan,perlombongan,perindustrian dan pertanian 11 orang: Menteri Besar mewakili negeri 2 orang: Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka Jumlah 100 Apakah kesan penubuhan MPP tersebut terhadap pembentukan demokrasi?
16
Apakah nilai kepimpinan yang ditunjukkan menerusi pembentukan kabinet pertama PersekutuanTanah Melayu?
17
Peristiwa berikut berkaitan dengan perjalanan rombongan kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut. Mengapakah Tunku Abdul Rahman bertidak demikan?
18
Apakah peranan rakyat dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
19
Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian kemerdekaan oleh seorang tokoh negarawan. • Bebas selama-lamanya. • Merangkumi kebebasan berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik Siapakah tokoh yang tersebut?
20
Apakah sistem pemerintahan di negara kita yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin?
21
Apakah ciri kedaulatan tradisional negara kita?
22
Antara berikut yang manakah peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik di negara kita?
23
Mengapakah Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi?
24
Bagaimanakah berlaku pemisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965?
25
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Badan Kehakiman di Malaysia? I Mentafsir undang-undang II Meminda undang-undang III Menggubal undang-undang IV Melaksanakan undang-undang
26
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas merdeka?
27
Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964. Apakah tujuan penubuhan kementerian tersebut?
28
ESSCOM diwujudkan untuk menambah baik aspek keselamatan dalam usaha mengembalikan semula ketenteraman. Negeri manakah yang diberikan tumpuan?
29
Rajah berikut berkaitan dengan cadangan awal pembentukan Malaysia. Tokoh X → Mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Siapakah tokoh X ?
30
Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia?
31
Apakah langkah serta merta yang diambil kerajaan bagi menghentikan peristiwa 13 Mei 1969?
32
Bagaimanakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengawal ketenteraman negara?
33
Pembinaan negara Malaysia berasaskan perpaduan kaum. Antara berikut yang manakah berkaitan perpaduan?
34
Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan? I Menyediakan tenaga kerja mahir II Mewujudkan sekolah pelbagai aliran III Mewajibkan pembelajaran dwi bahasa IV Menyatukan penduduk pelbagai kaum
35
Apakah strategi kerajaan dalam membina kemakmuran negara pada tahun 1970-1990?
36
Maklumat berikut merupakan tujuan kerajaan membangunkan kawasan Zon Perindustrian Bebas. • Menarik kedatangan pelabur • Merangsang ekonomi kawasan sekitar Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kawasan tersebut?
37
Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia? I Ikatan sejarah II Hubungan serantau III Jumlah penduduk IV Keperluan pemimpin
38
Maklumat berikut berkaitan dengan deklarasi yang telah dipersetujui dalam kalangan anggota ASEAN. • Diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971 • Dikemukakan oleh Malaysia dalam ASEAN • Menjalinkan hubungan dengan China Antara berikut yang manakah berkaitan dengan deklarasi tersebut?
39
Bagaimanakah Malaysia mengatasi isu kempen antiminyak sawit?
40
Malaysia dan Singapura bersetuju menjalankan penyelidikan untuk menangani isu jerebu di rantau Asia Tenggara. Apakah bidang penyelidikan tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.