arrow_back

Pahang Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Kertas 1

1
Apakah maksud lambang kebesaran?
2
Apakah tanggungjawab malim yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka ?
3
Maklumat berikut merupakan pandangan tokoh berkaitan maksud nasionalisme. | Tokoh | Pandangan | | :--- | :--- | | Hans Kohn | Kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. | | Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid | Orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan" | Menurut pandangan tersebut, nasionalisme dapat
4
Pasangan manakah yang betul tentang perkembangan nasionalisme di Barat. | | Revolusi Keagungan (1688) | Revolusi Amerika (1776) | | :--- | :--- | :--- | | A | Menentang pemerintahan beraja | Menentang penjajahan kuasa asing | | B | Membela nasib kaum imigran | Mengekalkan pemerintahan beraja | | C | Mengembalikan kuasa bangsawan | Membela nasib penduduk tempatan | | D | Menolak pengenalan sistem cukai | Menolak sistem pendidikan moden |
5
Raden Adjeng Kartini telah menulis karya berikut - Habis Gelap Terbitlah Terang - Letters of a Javanese Princess Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui karya tersebut ?
6
Bagaimanakah tokoh agama membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita sejak abad ke-20 ?
7
Sistem pendidikan telah membangkitkan kesedaran nasionalisme menentang penjajah. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
8
Apakah matlamat perjuangan Ibu Zain melalui majalah *Bulan Melayu* ?
9
Bagaimanakah Jerman melanggar syarat Perjanjian Versailles pada tahun 1919 ?
10
Mengapakah Jepun menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik ? I Sekatan ekonomi pihak Bersekutu II Strategi penaklukan Wilayah Selatan III Kelemahan Perjanjian Versailles IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
11
Apakah tujuan Jepun menggunakan slogan tersebut ? " Asia untuk orang Asia"
12
Berikut berkaitan usaha individu yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun. - Menyebarkan risalah dan propaganda - Menggunakan nama samaran "Lion of Malaya" Siapakah individu tersebut ?
13
Bagaimanakah Britih Military Administration (BMA) mengembalikan kestabilan di Tanah Melayu pada tahun 1945 ?
14
Berikut merupakan ciri Perlembagaan Malayan Union 1946. Kewarganegaraan melalui prinsip *jus soli* Apakah kesan terhadap orang Melayu sekiranya dilaksanakan ?
15
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Apakah manfaatnya kepada negara ?
16
Apakah usaha kerajaan menangani ancaman komunis di negara kita ?
17
Berikut merupakan anggota dalam Sistem Ahli pada tahun 1951. - Dato' Onn Jaafar - E.E.C Thuraisingam - Lee Tiang Keng Apakah kepentingan keanggotaan tersebut ?
18
Apakah perubahan sistem pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan?
19
Gambar berikut berkaitan ketibaan rombongan Tunku Abdul Rahman di Padang Banda Hilir Melaka. Mengapakah peristiwa tersebut penting ?
20
Apakah cabaran politik Kerajaan Persekutuan pada peringkat awal kemerdekaan ?
21
Konsep kedaulatan undang-undang merujuk kepada
22
Gambar berikut menunjukkan lawatan Tun Abdul Razak Hussein ke kawasan luar bandar. Mengapakah lawatan tersebut penting ?
23
Apakah ciri moden Perlembagaan Malaysia berdasarkan maklumat berikut ? - Kebebasan rakyat memilih pemimpin - Suruhanjaya Pilihan Raya dibentuk
24
Bagaimanakah Mahkamah Persekutuan berfungsi selepas pindaan perlembagaan 1963 ?
25
Bidang kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan ialah
26
Amalan Demokrasi Berparlimen mengutamakan kebebasan asasi individu. Bagaimanakah kerajaan memastikan tiada pihak menggunakan kebebasan ini secara mutlak ?
27
Apakah yang dimaksudkan dengan persekutuan ?
28
Maklumat berikut berkaitan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam pembangunan koridor wilayah. - Rancangan Pembangunan Iskandar (2006) - Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (2007) - Pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (2008) Kerjasama tersebut bertujuan
29
Mengapakah British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaannya di Asia Tenggara ?
30
Mengapakah tokoh berikut menentang rancangan pembentukan Malaysia? A.M Azhari Pemimpin Parti Rakyat Brunei I Kehilangan sumber kekayaan II Kemerdekaan secara berasingan III Pandangan rakyat diperlukan IV Penjajah semakin berpengaruh
31
Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi isu kebergantungan terhadap pengeluaran getah dan bijih timah?
32
Perkara yang diputuskan dalam pengisytiharan perintah darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 1969 ialah I menggantung perlembagaan II mewujudkan pusat perlindungan III menggeledah rumah kediaman IV mengharamkan parti komunis
33
Apakah matlamat konsep integrasi nasional?
34
Apakah usaha kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
35
Mengapakah kerajaan melancarkan Rancangan Buku Hijau melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
36
Gambar berikut menunjukkan pemodenan pengangkutan awam hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apakah kesan pencapaian tersebut?
37
Maklumat berikut berkaitan dengan pengamalan Dasar Luar Negara. - Memberikan keutamaan kepada kepentingan negara - Menjaga kedaulatan mahupun dasar yang menguntungkan negara Apakah faktor yang mempengaruhi dasar luar tersebut?
38
Apakah matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
39
Maklumat berikut berkaitan cabaran politik serantau. Perluasan pengaruh komunis di Indochina Apakah kesan tersebut terhadap Asia Tenggara.
40
Mengapakah Malaysia menjadi lokasi sindiket pemerdagangan orang?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.