arrow_back

Kedah Trial 2024 Sejarah Kertas 1

Sejarah

Kedah Trial 2024 Sejarah Kertas 1

  • Percubaan Kedah
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Mengapakah undang-undang dilaksanakan oleh kerajaan Majapahit?
2
Rajah berikut berkaitan dengan perundangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. > **Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka** > - Hukum Kanun Melaka > - Undang-Undang Laut Melaka Apakah persamaan undang-undang tersebut?
3
Jose Rizal menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol. Bagaimanakah beliau berusaha mencapai tuntutan tersebut?
4
Jadual berikut berkaitan dengan langkah pemodenan pentadbiran di Thailand. | Pemerintah Thailand | Tindakan | | --- | --- | | Raja Mongkut<br>Raja Chulalongkorn | Melaksanakan birokrasi Barat | Mengapakah pemerintah di atas melaksanakan tindakan tersebut?
5
Mengapakah tercetusnya Perang Dunia Pertama?
6
Apakah kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
7
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu pada tahun 1946. > **X** > - Diketuai oleh Gabenor British > - Kewarganegaraan melalui prinsip *jus soli* Apakah **X**?
8
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? I Masalah kewangan II Masalah pewarisan takhta III Mengabaikan surat wasiat IV Mematuhi Perlembagaan 1941
9
Gambar berikut berkaitan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946. (Sumber: www.utusan.com.my) Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?
10
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948. Apakah kesan perjanjian tersebut? I Memulakan kerjasama kaum II Menjamin pengagihan kuasa III Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan IV Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google