arrow_back

Sarawak Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Serian

Sejarah

Sarawak Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Serian

  • Sarawak Trial Serian
  • 40 questions
  • With explanations
1
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka. > - Hasil cukai perdagangan > - Cukai > - Ufti Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hasil perbendaharaan kerajaan?
2
Antara berikut, yang manakah peranan seorang pembesar dalam sesebuah pentadbiran?
3
Pendidikan dalam kalangan rakyat Indonesia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh nasionalis Indonesia pada peringkat awal. Mengapakah isu ini menjadi matlamat utama perjuangan mereka?
4
Akhbar dan majalah telah memainkan peranan penting dalam memupuk semangat nasionalisme. Apakah akhbar dan majalah yang dimaksudkan? I Majalah Guru II Utusan Malaysia III *The Malaya Mail* IV Lembaga Melayu
5
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan keamanan dunia mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Apakah krisis-krisis yang gagal ditangani oleh liga tersebut? I Penaklukan Jepun ke atas Manchuria II Pencerobohan Itali di wilayah Poland III Kemunculan negara baharu yang tidak terkawal IV Keingkaran Jerman mematuhi Perjanjian Versailles
6
Mengapakah Jerman melancarkan Operasi Barbarossa setelah menguasai Eropah Barat?
7
Gagasan Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA). Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan Malayan Union diperkenalkan? I Melicinkan sistem pentadbiran II Menambah kos pentadbiran III Menyatupadukan rakyat IV Meningkatkan pelaburan ekonomi
8
Berikut merupakan maklumat mengenai suatu peristiwa. | Tarikh | Peristiwa | | --- | --- | | 1 Julai 1946 | Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British | Mengapakah peristiwa tersebut ditentang oleh penduduk Sarawak?
9
Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal memberi penekanan kepada kebebasan hak bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar?
10
Maklumat berikut merupakan piagam yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). > Piagam Atlantik Apakah kesan pengenalan piagam tersebut kepada Tanah Melayu?
30 more questions — sign in to do the whole paper free

Signed in, your results are saved, wrong answers go into Mistakes, and you can carry on from another phone.

More Sejarah papers

See all Sejarah papers →
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.

Sign In

Sign in with your Google account to continue

Continue with Google