arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · K1

1
Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan Barat?
2
Apakah peranan pembesar peringkat jajahan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
3
Maklumat berikut berkaitan perkembangan idea nasionalisme di Barat. - Revolusi Keagungan (1688) - Revolusi Perancis (1789) Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
4
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20. - Harun Aminurrashid - Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) Bagaimanakah tokoh tersebut berjaya meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
5
Maklumat berikut berkaitan Persidangan Damai Paris. Persidangan ini melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson Apakah prinsip utama deklarasi tersebut?
6
Mengapakah pentadbiran tentera Jepun memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan tinggi? I Mengatasi kekurangan pegawai II Menjimatkan kos perbelanjaan III Menjamin kelicinan pentadbiran IV Mendapatkan sokongan penduduk
7
British Military Administration (BMA) bermula di Tanah Melayu pada 12 September 1945. Apakah tugas BMA? I Memulihkan kepercayaan rakyat II Menjaga keharmonian penduduk III Memberikan kuasa kepada sultan IV Mengembalikan kestabilan dan keamanan
8
Maklumat berikut merupakan Ahli Parlimen British yang meninjau penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. - L.D. Gammans - David Rees William Apakah yang berlaku ketika tinjauan tersebut?
9
Maklumat berikut berkaitan pihak yang menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja. - Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) - All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) Mengapakah penentangan tersebut berlaku?
10
Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu. Malayan Union 1946 ↓ Persekutuan Tanah Melayu 1948 Mengapakah berlaku perubahan tersebut? I Desakan orang dagang II Tuntutan pelabur asing III Sokongan pentadbir British IV Cadangan Raja-raja Melayu
11
Partai Komunis Indonesia (PKI) telah berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Apakah faktor yang mendorong PKI bertindak sedemikian?
12
Jadual berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu. | Tahun | Peristiwa | | :--- | :--- | | 16 Jun 1948 | Pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak. | Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
13
Dato' Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP) selepas tahun 1949. Apakah asas penubuhan parti tersebut?
14
Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan di Tanah Melayu?
15
Mengapakah pilihan raya peringkat awal di Persekutuan Tanah Melayu penting kepada negara kita?
16
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang telah dibentuk selepas pilihan raya 1955?
17
Gambar berikut berkaitan seorang tokoh yang terlibat dalam kemerdekaan negara. Sheikh Abdullah Fahim Apakah peranan tokoh tersebut?
18
Anda merupakan seorang anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah peranan anda dalam menggubal perlembagaan tersebut? I Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat II Memperkenalkan jawatan Yang di-Pertuan Agong III Menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan IV Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
19
Maklumat berikut berkaitan jawatankuasa yang terlibat dalam persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara. - Menganjurkan kursus protokol - Memberi gaji awal kepada pegawai kerajaan - Menempah 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu Apakah jawatankuasa tersebut?
20
Kemerdekaan yang diperoleh telah meninggalkan kesan dari aspek politik terhadap negara kita. Apakah kesan tersebut?
21
Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
22
Antara berikut, manakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara? I Memodenkan aset ketenteraan II Menggubal dasar dan undang-undang III Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar IV Menganggotai pasukan keselamatan negara
23
Maklumat berikut berkaitan ciri moden Perlembagaan Persekutuan. - Kewarganegaraan - Sistem Demokrasi Berparlimen - X Apakah X?
24
Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
25
Antara berikut yang manakah fungsi Majlis Raja-Raja Melayu? I Melantik jawatan penting II Menjalin hubungan diplomatik III Menjadi Lembaga Pengampunan IV Memperkenan pindaan perlembagaan
26
Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong ├── Badan Perundangan ├── Badan Eksekutif └── Badan Kehakiman Berdasarkan rajah, apakah kesimpulan yang dapat anda berikan?
27
Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat percanggahan dalam perkara tersebut?
28
Senarai berikut menunjukkan program yang diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat. - Rumah Mesra Rakyat - Rumah Selangorku - Perbadanan Perumahan 1Malaysia Apakah matlamat program tersebut dilaksanakan?
29
Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman turut mendapat sokongan kerajaan British. Mengapakah British menyokong cadangan tersebut? I Menamatkan ancaman Komunis II Memperkukuh benteng pertahanan III Mengelakkan campur tangan asing IV Mempercepat kemerdekaan negara
30
Filipina merupakan antara negara jiran yang menentang pembentukan Malaysia. Mengapakah negara tersebut bertindak sedemikian?
31
Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964 yang menimbulkan ketegangan antara kaum. Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
32
Maklumat berikut berkaitan perjanjian damai untuk melindungi rakyat daripada ancaman komunis. Perjanjian Hat Yai telah ditandatangani antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989. Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?
33
Antara berikut yang manakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memartabatkan bahasa Melayu? I Menggubal akta II Menerbitkan buku III Mengadakan bulan bahasa IV Menambahkan pusat keilmuan
34
Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 April 2017. Apakah resolusi kongres tersebut? I Menyatukan bangsa melalui pendidikan II Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan III Mengukuhkan Rukun Negara sebagai identiti bangsa IV Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
35
Apakah strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmi kemiskinan?
36
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan mewujudkan golongan masyarakat baharu. Siapakah masyarakat tersebut? I Pemodal II Peladang III Penternak IV Pengurusan
37
Apakah matlamat penggubalan dasar luar Malaysia?
38
Malaysia memberi komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bagaimanakah Malaysia menunjukkan komitmen tersebut? I Mendukung Piagam PBB II Menyertai Rancangan Colombo III Menjalinkan kerjasama pertahanan IV Menyumbang dalam misi pengaman
39
Maklumat berikut berkaitan isu tuntutan sempadan dan hak milik bertindih. | Kawasan | Negara Terlibat | | :--- | :--- | | Pulau Batu Putih | Malaysia dan Singapura | | Pulau Sipadan dan Ligitan | Malaysia dan Indonesia | Bagaimanakah tuntutan tersebut diselesaikan?
40
Pada tahun 1997-1998, kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia menghadapi krisis ekonomi yang disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit. Bagaimanakah kerajaan menangani krisis tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.