arrow_back

Kuala Lumpur Trial 2025 Sejarah Kertas 1

Sejarah

Kuala Lumpur Trial 2025 Sejarah Kertas 1

  • Percubaan Kuala Lumpur
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Rajah berikut berkaitan perubahan gelaran yang digunakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. > Raja → Sultan Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
2
Senarai berikut merupakan lambang kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. - Warna - Nobat - Regalia Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
3
Maklumat berikut berkaitan perkembangan idea nasionalisme di Barat. - Revolusi Keagungan (1688) - Revolusi Perancis (1789) Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
4
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20. - Harun Aminurrashid - Ishak Haji Muhammad Bagaimanakah tokoh tersebut berjaya meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
5
Pada tahun 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai *"the Strait born people"*. Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme di negara kita?
6
Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk. Apakah cara penentangan tersebut?
7
Maklumat berikut berkaitan pentadbiran British di Tanah Melayu pada tahun 1946. | X | Diketuai oleh Gabenor<br>Kewarganegaraan melalui prinsip *jus soli* | | --- | --- | Apakah X?
8
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? I Mengabaikan surat wasiat II Memenuhi desakan pelabur III Mengatasi kekurangan dana IV Masalah perwarisan takhta
9
Peristiwa berikut berlaku di negara kita pada tahun 1940-an. > 20 SEPTEMBER 1947 – Parti gabungan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai mereka. Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?
10
Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google