arrow_back

Kuala Lumpur Trial 2024 Sejarah Kertas 1

1
Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan bagi sesebuah negara?
2
Rajah berikut berkaitan ciri rakyat dalam Kerajaan Melayu Melaka. Apakah X?
3
Siapakah tokoh sejarawan yang memberikan tafsiran berkaitan pengertian nasionalisme berikut? > Kita hendaklah melahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri.
4
Apakah yang didedahkan dalam karya berikut? Raden Adjeng Kartini • Hilang Gelap Terbitlah Terang • Letters of a Javanese Princess
5
Dialog berikut berkaitan kewujudan fahaman melampau yang menjadi pemangkin tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 - 1945. Apakah ideologi baharu yang dikaitkan dengan dialog tersebut? I Fasisme II Demokrasi III Komunisme IV Nazisme
6
Maklumat berikut merujuk individu yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. - Cekal membantu mangsa perang dan gerila di Perak. - Mengendalikan klinik di Ipoh. - Memberi bantuan ubat-ubatan kepada gerila anti-Jepun. Siapakah yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut?
7
Mengapakah British Military Administration (BMA) membuat tindakan berikut? Mengarahkan MPAJA menyerahkan senjata kepadanya pada 1 Disember 1945.
8
Rajah berikut merupakan cara bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. Mengapakah sultan bertindak sedemikian?
9
Maklumat berikut berkaitan ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1970 - 1973) pada 23 September 1973. > Bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan. > > - Dr. Ismail Abdul Rahman Apakah sumbangan golongan nasionalis radikal kepada negara berdasarkan maklumat tersebut?
10
Gambar berikut merujuk penganjuran hartal pada 20 September 1947 di bandar utama Tanah Melayu. Apakah sebab berlakunya penganjuran hartal tersebut?
11
Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku akibat ancaman komunis di negara kita. | Tarikh | 16 Jun 1948 | | Peristiwa | Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah | | Lokasi | Sungai Siput, Perak | Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
12
Jadual berikut berkaitan jumlah pasukan keselamatan yang terkorban dalam menangani ancaman komunis. | Pasukan | Terkorban | | Polis | 513 | | Tentera | 519 | Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian?
13
Apakah asas penubuhan parti politik tersebut? Independence Of Malayan Party (IMP) ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar pada 1949.
14
Apakah cadangan E.W. Woodhead terhadap perkembangan sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1955?
15
Maklumat berikut berkaitan perkembangan pilihan raya yang diadakan di negara kita. | Tarikh pendaftaran pemilih | 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951 | | Jumlah pengundi | 14 514 orang | | Lokasi | George Town | Pilihan raya tersebut merujuk kepada
16
Gambar berikut merujuk sebahagian daripada ahli Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Apakah nilai yang dapat dicontohi melalui semangat perkongsian kuasa antara kaum dalam pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan tersebut?
17
Maklumat berikut berkaitan reaksi Parti Negara terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dato' Onn Jaafar telah menolak syarat kewarganegaraan yang longgar. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
18
Gambar menunjukkan pemasyhuran tarikh kemerdekaan negara di Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peristiwa tersebut? I Kemerdekaan negara dalam genggaman II Pembentukan sebuah negara berdaulat III Pengekalan penguasaan kuasa asing IV Perasaan perkauman semakin menebal
19
Maklumat berikut berkaitan peranan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memeriahkan sambutan pemasyhuran kemerdekaan. ### Jawatankuasa Persediaan Fizikal - Pembinaan stadium - Pembinaan istana - X Apakah X?
20
Apakah tujuan pengenalan Rancangan Buku Merah pada tahun 1961 selepas negara mencapai kemerdekaan?
21
Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita. Apakah X?
22
Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?
23
Apakah tujuan undang-undang tersebut diperkenalkan? Charter of Justice
24
Rajah berikut berkaitan kronologi pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1965. Kronologi pindaan tersebut dikaitkan dengan
25
Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. - Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang - Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?
26
Pilih pasangan yang BETUL tentang badan dan peranan dalam pemerintahan di negara kita?
27
Antara berikut, apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama? I Kewarganegaraan II Kebajikan awam III Peruntukan biasiswa IV Pentadbiran keadilan
28
Rajah berikut merujuk struktur organisasi ESSCOM. Apakah faktor yang membawa kepada pembentukan organisasi tersebut?
29
Dialog berikut merujuk cadangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj untuk memasukkan Singapura dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Mengapakah cadangan tersebut dibuat oleh Tunku Abdul Rahman? I Menghalang ancaman komunis II Menyeimbangkan komposisi kaum III Mengukuhkan semangat perkauman IV Mengeksploitasi ekonomi tempatan
30
Pernyataan berikut berkaitan langkah pembentukan Malaysia. ### Rundingan London > Pada bulan November 1961, rundingan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British yang berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada langkah tersebut?
31
Gambar berikut merujuk petikan akhbar berkaitan tindakan yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman terhadap pemisahan Singapura. Mengapakah beliau mengambil tindakan tersebut?
32
Pernyataan berikut merujuk kepada tanggungjawab Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 bagi mengawal ketenteraman negara. Mengapakah ketenteraman negara terancam?
33
Apakah tumpuan laporan tersebut terhadap perkembangan sistem pendidikan negara? - Penyata Jawatankuasa Razak 1956 - Laporan Rahman Talib 1960
34
Dialog berikut berlaku antara guru dan murid berkaitan kesan pengamalan prinsip Rukun Negara. Azizi: Cikgu Ahmad, apakah perkara yang sepatutnya dilakukan sekiranya kita menjunjung setiap prinsip Rukun Negara? Cikgu Ahmad: Ya, Azizi. Kita perlu sentiasa menghormati simbol dan lambang negara. Berdasarkan dialog berikut, apakah prinsip Rukun Negara yang dikaitkan dengan dialog tersebut?
35
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 untuk melaksanakan pembukaan tanah baharu. Apakah kesan pembukaan tanah tersebut? I Peningkatan taraf hidup II Sektor perladangan berkembang III Bilangan usahawan bertambah IV Harga komoditi meningkat
36
Senarai berikut berkaitan pemilikan modal saham oleh kaum bumiputera. - Amanah Saham Nasional (ASN) - Amanah Saham Bumiputera (ASB) Mengapakah kerajaan melakukan usaha tersebut?
37
Tokoh berikut terlibat dalam agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). ### Tokoh X - 1990-1992 Mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat United Nations Development Programme (UNDP) - 1991 Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB - 2000-2005 Wakil khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar Siapakah tokoh X?
38
Apakah tujuan Malaysia menyertai Rancangan Colombo di bawah Komanwel?
39
Maklumat berikut berkaitan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. - Muslim Care Malaysia - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Apakah misi perjuangan NGO tersebut?
40
Malaysia menandatangani Perjanjian Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara pada tahun 1995. Apakah sebab pelibatan Malaysia dalam perjanjian tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。