arrow_back

Kelantan Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · K1

1
Maklumat berikut berkaitan dengan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka. - Nobat - Regalia - Cap Mohor Apakah kepentingan alat tersebut?
2
Rajah berikut merujuk bidang tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka. | Pembesar | Tugas | | Temenggung | Menjaga keselamatan kota Melaka | | Laksamana | X | Apakah X?
3
Tokoh berikut merupakan nasionalis Thailand pada abad ke-20. Apakah kesan perjuangan mereka?
4
Maklumat berikut merujuk kepada tokoh intelektual berpendidikan agama. - Syed Sheikh al-Hadi - Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Bagaimanakah tokoh tersebut menyebarkan pengaruh mereka? I Menerbitkan akhbar II Menubuhkan madrasah III Mengadakan persidangan IV Menandatangani perjanjian
5
Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut?
6
Pernyataan berikut menerangkan kesan Perang Dunia Kedua. Perang di Eropah dan di Asia Pasifik telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa dan membawa kemusnahan harta benda. Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?
7
Syarat kewarganegaraan berikut diberikan kepada seseorang individu kesan daripada perubahan pentadbiran di Tanah Melayu pada abad ke-20. - Kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli - Berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara Perubahan pentadbiran tersebut merujuk kepada pelaksanaan pentadbiran
8
Mengapakah Sabah diserahkan kepada British selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua?
9
Petikan berikut menerangkan hartal yang diadakan di negara kita pada tahun 1940-an. 20 SEPTEMBER 1947- Parti gabungan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai mereka. Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?
10
Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Idealogi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China. Bagaimanakah ideologi tersebut tersebar ke negara kita? I Sekolah Cina II Rumah ibadah III Persatuan penduduk IV Kesatuan sekerja
12
Pilih pasangan yang tepat tentang peranan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
13
Isu berikut dihadapi orang Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(JHAK) mengatasi isu tersebut?
14
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Apakah hasrat jawatankuasa tersebut?
15
Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum pertama di negara kita. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 - Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan - Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?
16
Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955. > Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini...Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih. Majlis dalam petikan tersebut merujuk kepada
17
Rajah berikut berkaitan dengan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza?
18
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
19
Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyuran kemerdekaan negara. Jawatankuasa Persediaan Fizikal Mengapakah jawatankuasa tersebut dibentuk?
20
Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an. - Bendera Union Jack diturunkan - Lagu God Save The Queen dimainkan
21
Peristiwa yang manakah mencetuskan konsep kedaulatan moden?
22
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara?
23
Apakah ciri tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam II Bahasa Melayu III Raja Berperlembagaan IV Demokrasi Berparlimen
24
Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?
25
Manakah antara berikut merupakan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan? I Kebebasan bersuara II Kedudukan raja diiktiraf III Rakyat diberi hak mengundi IV Perdana Menteri ketua negara
26
Apakah kebaikan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita?
27
Mengapakah kerajaan bekerjasama mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan seperti taman negara dan taman laut?
28
Gambar berikut merupakan Flat Jalan Pekeliling di Jalan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur. Mengapakah kerajaan menyediakan perumahan tersebut?
29
Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan Singapura menyertai Persekutuan Malaysia?
30
Rajah berikut berkaitan dengan Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu dengan British. Apakah X?
31
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha memerangi komunis. - Rancangan Briggs - Operasi Hammer Mengapakah usaha tersebut amat berkesan dalam menangani kegiatan komunis?
32
Bagaimanakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berusaha mengatasi masalah rusuhan kaum di negara kita?
33
Gambar berikut merupakan perkhidmatan laut yang di gunakan oleh masyarakat antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Apakah matlamat utama Feri Malaysia disediakan kepada masyarakat?
34
Rukun Negara ialah ikrar yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia. Apakah kesan ikrar tersebut terhadap negara? I Memupuk keharmonian negara II Memantapkan hubungan serantau III Memperkasa semangat kenegerian IV Meningkatkan kesejahteraan rakyat
35
Gambar berikut berkaitan kemudahan infrastruktur kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Matlamat utama kerajaan menyediakan kemudahan tersebut adalah untuk
36
Maklumat berikut berkaitan perkembangan industri kereta nasional. | Tahun | Industri | | 1983 | PROTON | | 1993 | PRODUA | Mengapakah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri tersebut? I Mengatasi masalah inflasi II Membuka peluang pekerjaan III Meningkatkan pendapatan rakyat IV Menyekat kemasukan kereta import
37
Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara Komanwel?
38
Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali Indonesia pada tahun 1976. Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut?
39
Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?
40
Gambar berikut merupakan logo Komuniti ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 2015. Apakah matlamat penubuhan komuniti tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.