arrow_back

Johor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Kota Tinggi

1
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa yang wujud dalam Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Apakah bukti kewujudan ciri tersebut?
2
Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan dapat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?
3
### Pemberontakan Saya San (1930-1932) - Diketuai oleh Saya San, seorang pongyi - Mendapat sokongan daripada golongan petani Mengapakah golongan petani menyokong pemberontakan tersebut?
4
Apakah persamaan ciri perjuangan tokoh berikut? - Penghulu Dol Said - Dato' Bahaman - Tok Janggut
5
Poster propaganda tentera Jepun berikut tertera tulisan Jawi, "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya". Apakah tujuan poster propaganda tersebut dibuat? I. Mengembalikan hak rakyat II. Menentang pelaksanaan cukai III. Menanam semangat antipenjajah Barat IV. Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
6
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah pertubuhan yang menentang tentera Jepun di Tanah Melayu. - Menubuhkan pasukan Gerila - Bersetuju mewujudkan pasukan sukarela yang dilatih oleh British Apakah pertubuhan tersebut?
7
Akhbar Majlis telah menyiarkan berita gagasan Malayan Union pada 12 Ogos 1945. Apakah kesan daripada penyiaran berita tersebut?
8
Terdapat rakyat Sabah yang menyokong penyerahan Sabah kepada kerajaan British. Mengapakah rakyat Sabah menyokong penyerahan tersebut? I Memajukan bidang perniagaan II Mengatasi ancaman komunis III Mengurangkan kuasa pembesar IV Meluaskan jaringan perdagangan
9
Tokoh berikut telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. - Rees Williams - L.D Gammans Apakah laporan mereka kepada dewan Parlimen British sekiranya Malayan Union dilaksanakan?
10
Apakah kebaikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja?
11
Ideologi Komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China. Bagaimanakah ideologi tersebut dibawa masuk ke negara kita? I Rumah Ibadat II Sekolah Cina III Kesatuan Sekerja IV Sekolah Agama
12
Maklumat berikut berkaitan langkah mengatasi ancaman Komunis. Kampung Baru Apakah kesan rancangan tersebut?
13
Apakah kepentingan Sistem Ahli terhadap usaha ke arah kemerdekaan?
14
Senarai di bawah menunjukkan sistem sekolah yang wujud sebelum merdeka Sekolah Melayu | Sekolah Agama Sekolah Cina | Sekolah Tamil Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?
15
Gambar di bawah berkaitan dengan Pilihan Raya. Apakah nilai yang dapat diteladani daripada tindakan rakyat tersebut?
16
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran di Tanah Melayu. Tahun | Perkara 1955 | Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan. Apakah kesan penubuhan majlis tersebut?
17
Senarai berikut merupakan tokoh yang menyertai rundingan kemerdekaan. - H.S Lee - Dr Ismail Abdul Rahman - Dato' Abdul Razak Hussien Apakah persamaan tokoh-tokoh tersebut?
18
Bagaimanakah seseorang dapat menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu 1957? I Membuat pilihan sendiri II Mengemukakan tuntutan III Penguatkuasaan undang-undang IV Permohonan mendaftar sebagai rakyat
19
Menjelang pemasyhuran kemerdekaan, pegawai kerajaan dikehendaki menjalani kursus khas berkaitan dengan protokol. Mengapakah kursus tersebut diadakan?
20
Gambar berikut merupakan Jata Negara 1957. Apakah kepentingan lambang tersebut?
21
Apakah peranan institusi tersebut?
22
Apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara kita?
23
Maklumat berikut berkaitan dengan undang – undang yang terdapat di negeri – negeri Melayu. - Hukum Kanun Pahang - Undang - Undang Johor - Undang - Undang 99 Perak Apakah persamaan undang – undang tersebut?
24
Maklumat berikut berkenaan dengan Pindaan Perlembagaan di negara kita. Tahun | Perkara 1965 | Pindaan Perlembagaan Apakah kesan pindaan tersebut?
25
Makluman berikut merupakan kuasa Yang di – Pertuan Agong seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perisytiharan Darurat Apakah tujuan perisytiharan tersebut?
26
Mengapakah pemerintahan beraja berperanan mengimbangi pemerintahan demokrasi di negara kita?
27
Rajah berikut menunjukkan peringkat pentadbiran Kerajaan Malaysia. Pentadbiran Kerajaan Malaysia ↓ Kerajaan Persekutuan ↓ Kerajaan Negeri ↓ X Apakah X?
28
Maklumat berikut berkaitan dengan pengukuhan Sistem Persekutuan Mesyuarat Menteri Besar Mengapakah mesyuarat tersebut di adakan?
29
Pegawai British tmengemukakan idea penyatuan gagasan Malaysia. Apakah matlamat penyatuan wilayah tersebut?
30
Maklumat berikut berkaitan dengan Intipati Perjanjian Malaysia - Akta Perjanjian Malaysia Apakah Intipati Perjanjian tersebut?
31
Apakah cabaran yang dihadapi negara selepas pembentukan Malaysia? I Melaksanakan dasar luar Malaysia II Memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu III Mewujudkan keseimbangan pembangunan IV Menghadapi masalah perpaduan kaum
32
Pernyataan keratan akhbar berkaitan titah Sultan perak Mengapakah baginda menyatakan seruan tersebut?
33
Dialog berikut mungkin berlaku dalam Mesyuarat Perancangan Pendidikan yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib. Tokoh X: Kita akan mengekalkan teras sistem pendidikan kebangsaan sedia ada seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Tokoh Y: Saya mencadangkan mata pelajaran Tatarakyat wajib diajar sebagai cara memperkukuh perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid Tokoh X: Saya setuju dengan cadangan ini. Mengapakah Tokoh Y mengemukakan cadangan tersebut?
34
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Andaikan anda seorang pemimpin yang terlibat dalam kongres tersebut. Apakah rasional penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
35
Apakah usaha DEB untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar?
36
Apakah tujuan penubuhan Majlis Perundingan Negara ( MAPEN ) pada tahun 1970?
37
Malaysia terlibat dalam misi pegawai pemerhati di bawah PBB di negara berikut. - Congo - Angola - Namibia Apakah tugas pegawai pemerhati tersebut?
38
Malaysia telah menandatangani Perisytiharaan Lusaka pada tahun 1970 melalui NAM. Apakah isu utama dalam perisytiharaan tersebut?
39
Peta berikut berkaitan dengan kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga. Apakah faedah yang diperoleh Malaysia melalui kerjasama berikut?
40
Rajah berikut menunjukkan logo Anugerah Langkawi yang dimulakan pada tahun 1991. Siapakah yang layak menerima anugerah tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.