1 Jadual berikut berkaitan dengan gelaran pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. | Sebelum Kedatangan Islam | Selepas Kedatangan Islam | | Raja | X | Apakah X? star A Datu B Sultan C Yamtuan D Yang Dipertuan T4 Bab 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
2 Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan jenayah dalam Hukum Kanun Melaka. Hukuman dijatuhkan kepada rakyat Melaka yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan Apakah hukuman yang dikenakan kepada rakyat Melaka tersebut? star A Bayar denda B Buang negeri C Hukuman penjara D Hukuman bunuh T4 Bab 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
3 ### Isu Kasut Perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha Mengapakah golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat menentang pengaruh British di Burma? star A Menyebarkan tradisi budaya Burma B Mengambil alih kuasa birokrasi tempatan C Mengancam kedudukan agama Buddha D Menyebarkan agama Buddha T4 Bab 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
4 Gerakan nasionalisme oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu berikut telah menghadapi pelbagai kekangan. Ahmad Boestamam Ibrahim Haji Yaakob Ishak Haji Muhammad Apakah kekangan tersebut? I Pengenalan undang-undang II Pengawasan ketat pemerintah III Ketiadaan sistem pengangkutan IV Kekurangan sokongan pemimpin star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
5 Jepun menggunakan poster propaganda berikut untuk menjayakan misinya. Apakah tujuan Jepun melancarkan poster propanganda tersebut? star A Membangkitkan taat setia kepada raja B Menyebarkan dasar pemodenan industri C Menonjolkan imej pembela negara Asia D Menamatkan pergantungan kepada British. T4 Bab 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
6 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu. Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu? star A Mengeratkan kerjasama antara masyarakat B Memperoleh tuntutan kemerdekaan C Meningkatkan serangan gerila D Menimbulkan ketegangan kaum T4 Bab 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
7 Apakah yang dipersetujui dalam Persidangan Kongres Melayu Pertama? star A Penubuhan UMNO B Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu C Permohonan kemerdekaan D Pemberian kewarganegaraan T4 Bab 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
8 Maklumat berikut berkaitan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh British bagi menyekat gerakan golongan antipenyerahan Sarawak. | Tarikh | Surat Pekeliling | | Disember 1946 | Pekeliling No.9/1946 | Apakah kesan daripada pekeliling tersebut? star A Pemberontak di bandar utama B Kakitangan awam meletak jawatan C Penyerahan Sarawak ditamatkan D Kaum wanita mengadakan demontrasi T4 Bab 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
9 British menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kerana dasar dekolonisasi. Apakah kebaikan dasar tersebut terhadap negara? star A Membentuk masyarakat yang berbilang kaum B Menubuhkan kerajaan sendiri C Melicinkan sistem pentadbiran D Meningkatkan kerjasama ekonomi T4 Bab 7.3 Sistem Ahli
10 Gambar berikut menunjukkan Persidangan Majlis Raja-Raja pada 15 Februari 1948 setelah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah peranan utama Raja-raja Melayu tersebut? star A Menjadi tonggak utama kerajaan B Menuntut kemerdekaan daripada British C Memupuk perpaduan antara kaum D Mendukung perjuangan maruah bangsa T5 Bab 3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majilis Raja-Raja
11 Antara berikut manakah yang benar mengenai cara kemasukan ideologi komunis ke Tanah Melayu? star A Kemasukan pengaruh komunis dari China - Tidak mendapat sambutan orang Melayu B Kemasukan pengaruh komunis dari Indonesia - Menyusup masuk melalui kesatuan sekerja dan sekolah Cina C Penubuhan Parti Komunis Malaya - Meluaskan pengaruh melalui MPAJA D Kemasukan pengaruh komunis dari Indonesia - Disebarkan melalui penubuhan Parti Komunis Nanyang T4 Bab 6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
12 Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap ekonomi negara kita pada ketika itu? | Tahun | Peristiwa | | 1948 - 1960 | Darurat | I Perkembangan ekonomi terjejas II Hubungan antara kaum renggang III Kemerdekaan semakin sukar dicapai IV Meningkatkan kos perbelanjaan pihak British star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
13 Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu? star A Memastikan kelangsungan pentadbiran British di Tanah Melayu B Melatih penduduk tempatan untuk mentadbir Tanah Melayu C Menjaga penguasaan ekonomi British di Tanah Melayu D Meningkatkan golongan imigran sebagai warganegara. T4 Bab 7.3 Sistem Ahli
14 Jawatankuasa Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada. Bagaimanakah jawatankuasa ini dilihat mampu memupuk intergrasi dalam kalangan rakyat? star A Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama B Memperkasakan pendidikan peringkat rendah C Sekolah Jenis Umum menggunakan Bahasa Melayu D Buku teks berlatarbelakangkan tempatan T4 Bab 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
15 Apakah tujuan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan? star A Melantik ketua menteri B Mengatasi ancaman komunis C Desakan dari penduduk tempatan D Langkah awal ke arah berkerajaan sendiri T4 Bab 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama
16 Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) menyaksikan berlaku perkembangan amalan demokrasi di negara kita. Apakah bukti amalan demokrasi diamalkan pada masa kini? star A Pemimpin dipilih oleh rakyat B Pemansuhan kuasa British C Pelantikan Ketua Menteri D Pengekalan kuasa sultan T5 Bab 3.4 Amalan Demoktrasi dan Pengasingan Kuasa
17 Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut? H.S. Lee Dato' Panglima Bukit Gantang Encik Abdul Aziz Abdul Majid star A Menubuhkan sistem Jemaah Menteri B Menyertai misi rundingan kemerdekaan C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan D Memenangi pilihan raya Majlis Perbandaran T4 Bab 9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan
18 Antara inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah pengamalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Apakah bukti pengamalan sistem tersebut dalam negara kita pada hari ini? star A Yang di-Pertuan Agong dilantik dalam tempoh lima tahun sekali B Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipecat atas apa-apa perlakuan C Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua kerajaan yang memerintah D Yang di-Pertuan Agong bertindak dengan budi bicaranya tanpa penasihat T4 Bab 9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
19 Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu Jawatankuasa Persediaan Fizikal Jawatankuasa Sambutan Mengapakah Jawatankuasa Persediaan Fizikal tersebut penting? star A Menonjolkan identiti negara B Mematuhi prinsip kenegaraan C Mempertahankan warisan bangsa D Mendukung perlembagaan negara T4 Bab 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
20 Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanakah peluang tersebut dapat dicapai? star A Melantik Yang di-Pertuan Agong B Meminda fasal dalam perlembagaan C Mengundi wakil untuk Dewan Negara D Memilih perwakilan melalui pilihan raya T5 Bab 3.4 Amalan Demoktrasi dan Pengasingan Kuasa
21 Berikut merupakan ciri-ciri negara berdaulat. Apakah X? star A Mempunyai rakyat B Mempunyai lambang C Mempunyai kedaulatan D Mempunyai wilayah pengaruh T5 Bab 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat
22 Berikut merupakan langkah mempertahankan kedaulatan negara. Mengukuhkan pertahanan negara Apakah peranan kerajaan untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh? I Meningkatkan imej negara II Memodenkan aset ketenteraan III Mengadakan perjanjian pertahanan IV Mengelakkan hubungan dengan pihak luar star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
23 Sebelum kedatangan kuasa Barat, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan Masyarakat di negara kita. Apakah kepentingan undang-undang dan adat Melayu tersebut? star A Menjadi panduan raja dalam pemerintahan B Mengekang penguasaan kuasa asing C Menjamin kebebasan asasi rakyat D Melindungi penduduk asal T4 Bab 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
24 Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963? star A Pemisahan Singapura B Pembentukan Malaysia C Mengukuhkan sistem beraja D Menjalankan pilihan raya umum T5 Bab 2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965
25 Apakah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia? star A Melantik Perdana menteri B Mengisytiharkan darurat C Memanggil parlimen bersidang D Memperkenankan Rang Undang-Undang T5 Bab 3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
26 Mengapakah mekanisme semak dan imbang penting dalam amalan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita? star A Melantik ketua kerajaan B Mengukuhkan kedudukan raja C Memperkenankan pembubaran DUN D Meredakan pertikaian parti-parti politik T5 Bab 3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Bereparlimen di Negara Kita
27 Mengapakah sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan? star A Memudahkan pengurusan pentadbiran negara B Menghapuskan kuasa Kerajaan Negeri C Mengukuhkan pengaruh kuasa asing D Mengurangkan peranan Kerajaan Persekutuan T5 Bab 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pembahagian pentadbiran kerajaan kepada tiga peringkat bertujuan memastikan urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar, cekap dan sistematik. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap perkara yang melibatkan kepentingan seluruh negara, manakala Kerajaan Negeri menguruskan hal ehwal di peringkat negeri. Kerajaan Tempatan pula menyediakan perkhidmatan dan menguruskan kemudahan awam di kawasan pentadbirannya. Pembahagian tanggungjawab ini membantu meningkatkan keberkesanan pentadbiran serta menjaga kesejahteraan rakyat.
28 Bagaimanakah penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilakukan? star A Mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan B Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri C Mesyuarat Majlis Jemaah Menteri D Mesyuarat Majlis Raja-raja T5 Bab 4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan
29 Maklumat berikut berkaitan dengan idea gagasan Malaysia. Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu. Idea ini untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan? star A Konfrontasi Indonesia B Pendudukan Jepun di Tanah Melayu C Kemerdekaan Indonesia diisytiharkan D Ancaman Parti Komunis Indonesia T5 Bab 5.1 Konsep Gagasan Malaysia
30 Antara yang berikut manakah berkaitan inti pati Perjanjian Malaysia? I Tarikh pembentukan Malaysia adalah 16 September 1963 II Pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah sama III Sabah dan Sarawak diberi kelebihan menubuhkan kabinet negeri IV British mengiktiraf kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
31 Pembentukan Malaysia memberi cabaran kepada kerajaan untuk memajukan negeri Sarawak dan Sabah terutamanya dalam aspek sistem pengangkutan dan perhubungan. Apakah cabaran yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut? I Teknologi rendah II Serangan komunis III Saiz negeri yang besar IV Bergantung kepada sistem pengangkutan air star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 6.1 Cabaran Dalaman Malaysia
32 Gambar berikut menunjukkan ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selepas tragedi hubungan antara kaum. Apakah tanggungjawab ahli MAGERAN tersebut? star A Mengisytiharkan darurat B Mengembalikan keamanan dan undang-undang C Menasihati rakyat agar bertenang D Tentera mengetuai pentadbiran T5 Bab 6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum
33 Ucapan berikut mengenai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. > Tuan-tuan dan puan-puan, > Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan menyatupadukan rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada pelbagai kaum Bagaimanakah Kajian Aminuddin Baki boleh merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tersebut? I Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah II Memperkenalkan sekolah aneka jurusan III Mewujudkan sekolah kebangsaan IV Bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 7.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
34 Dasar Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara dengan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang tersohor. Antara pasangan tersebut yang manakah pilihan tokoh budaya yang tepat? star A Azah Aziz - Seni muzik tradisional B Hamzah Dolmat - budayawan C P. Ramlee - Pengarah D Lim Swee Tin - Kesusasteraan T5 Bab 7.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
35 Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru dalam membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Bumiputera dengan bukan bumiputera Antara negeri dalam Malaysia X Apakah X? star A Desa dengan bandar B Masyarakat pantai timur C Peluang pekerjaan D Golongan imigran T5 Bab 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
36 Gambar berikut menunjukkan perkembangan industri kereta nasional iaitu kereta yang dikeluarkan oleh PROTON dan PERODUA. Mengapakah kerajaan menggalakkan perkembangan industri tersebut? star A Mengekalkan kewangan negara B Membuka peluang pekerjaan C Mengatasi masalah inflasi D Meningkatkan jualan kereta T5 Bab 8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
37 Misi pengaman anjuran PBB dihantar ke negara yang berkonflik seperti Congo pada tahun 1960 sehingga 1964. Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia? star A Menyalurkan bantuan makanan B Meleraikan peperangan C Memberi latihan teknikal D Memastikan keselamatan penduduk T5 Bab 9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
38 Malaysia telah membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia. Apakah kesan daripada tindakan Malaysia tersebut? star A Keahlian Yugoslavia digantung B Kerjasama ekonomi dihentikan C Bantuan ketenteraan disekat D Pemimpin PBB ditukar T5 Bab 9.7 Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
39 Malaysia pernah berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1997 – 1998 sehingga menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani krisis tersebut? I Menolak bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) II Menurunkan harga barang III Meminta bantuan Bank Dunia IV Menambat pertukaran wang ringgit star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
40 Gambar menunjukkan Anugerah Langkawi yang diisytiharkan oleh Malaysia. Apakah kriteria yang melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut? star A Memajukan bidang pelancongan B Membangunkan bidang alam sekitar C Membentuk inovasi dalam sektor pertanian D Melakukan penyelidikan dalam bidang perubatan T5 Bab 10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global