arrow_back

Johor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Kluang

1
Jadual berikut berkaitan dengan gelaran pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. | Sebelum Kedatangan Islam | Selepas Kedatangan Islam | | Raja | X | Apakah X?
2
Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan jenayah dalam Hukum Kanun Melaka. Hukuman dijatuhkan kepada rakyat Melaka yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan Apakah hukuman yang dikenakan kepada rakyat Melaka tersebut?
3
### Isu Kasut Perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha Mengapakah golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat menentang pengaruh British di Burma?
4
Gerakan nasionalisme oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu berikut telah menghadapi pelbagai kekangan. Ahmad Boestamam Ibrahim Haji Yaakob Ishak Haji Muhammad Apakah kekangan tersebut? I Pengenalan undang-undang II Pengawasan ketat pemerintah III Ketiadaan sistem pengangkutan IV Kekurangan sokongan pemimpin
5
Jepun menggunakan poster propaganda berikut untuk menjayakan misinya. Apakah tujuan Jepun melancarkan poster propanganda tersebut?
6
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu. Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?
7
Apakah yang dipersetujui dalam Persidangan Kongres Melayu Pertama?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh British bagi menyekat gerakan golongan antipenyerahan Sarawak. | Tarikh | Surat Pekeliling | | Disember 1946 | Pekeliling No.9/1946 | Apakah kesan daripada pekeliling tersebut?
9
British menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kerana dasar dekolonisasi. Apakah kebaikan dasar tersebut terhadap negara?
10
Gambar berikut menunjukkan Persidangan Majlis Raja-Raja pada 15 Februari 1948 setelah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah peranan utama Raja-raja Melayu tersebut?
11
Antara berikut manakah yang benar mengenai cara kemasukan ideologi komunis ke Tanah Melayu?
12
Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap ekonomi negara kita pada ketika itu? | Tahun | Peristiwa | | 1948 - 1960 | Darurat | I Perkembangan ekonomi terjejas II Hubungan antara kaum renggang III Kemerdekaan semakin sukar dicapai IV Meningkatkan kos perbelanjaan pihak British
13
Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
14
Jawatankuasa Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada. Bagaimanakah jawatankuasa ini dilihat mampu memupuk intergrasi dalam kalangan rakyat?
15
Apakah tujuan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
16
Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) menyaksikan berlaku perkembangan amalan demokrasi di negara kita. Apakah bukti amalan demokrasi diamalkan pada masa kini?
17
Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut? H.S. Lee Dato' Panglima Bukit Gantang Encik Abdul Aziz Abdul Majid
18
Antara inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah pengamalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Apakah bukti pengamalan sistem tersebut dalam negara kita pada hari ini?
19
Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu Jawatankuasa Persediaan Fizikal Jawatankuasa Sambutan Mengapakah Jawatankuasa Persediaan Fizikal tersebut penting?
20
Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanakah peluang tersebut dapat dicapai?
21
Berikut merupakan ciri-ciri negara berdaulat. Apakah X?
22
Berikut merupakan langkah mempertahankan kedaulatan negara. Mengukuhkan pertahanan negara Apakah peranan kerajaan untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh? I Meningkatkan imej negara II Memodenkan aset ketenteraan III Mengadakan perjanjian pertahanan IV Mengelakkan hubungan dengan pihak luar
23
Sebelum kedatangan kuasa Barat, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan Masyarakat di negara kita. Apakah kepentingan undang-undang dan adat Melayu tersebut?
24
Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?
25
Apakah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
26
Mengapakah mekanisme semak dan imbang penting dalam amalan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita?
27
Mengapakah sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan?
28
Bagaimanakah penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilakukan?
29
Maklumat berikut berkaitan dengan idea gagasan Malaysia. Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu. Idea ini untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan?
30
Antara yang berikut manakah berkaitan inti pati Perjanjian Malaysia? I Tarikh pembentukan Malaysia adalah 16 September 1963 II Pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah sama III Sabah dan Sarawak diberi kelebihan menubuhkan kabinet negeri IV British mengiktiraf kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Malaysia
31
Pembentukan Malaysia memberi cabaran kepada kerajaan untuk memajukan negeri Sarawak dan Sabah terutamanya dalam aspek sistem pengangkutan dan perhubungan. Apakah cabaran yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut? I Teknologi rendah II Serangan komunis III Saiz negeri yang besar IV Bergantung kepada sistem pengangkutan air
32
Gambar berikut menunjukkan ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selepas tragedi hubungan antara kaum. Apakah tanggungjawab ahli MAGERAN tersebut?
33
Ucapan berikut mengenai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. > Tuan-tuan dan puan-puan, > Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan menyatupadukan rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada pelbagai kaum Bagaimanakah Kajian Aminuddin Baki boleh merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tersebut? I Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah II Memperkenalkan sekolah aneka jurusan III Mewujudkan sekolah kebangsaan IV Bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah
34
Dasar Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara dengan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang tersohor. Antara pasangan tersebut yang manakah pilihan tokoh budaya yang tepat?
35
Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru dalam membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Bumiputera dengan bukan bumiputera Antara negeri dalam Malaysia X Apakah X?
36
Gambar berikut menunjukkan perkembangan industri kereta nasional iaitu kereta yang dikeluarkan oleh PROTON dan PERODUA. Mengapakah kerajaan menggalakkan perkembangan industri tersebut?
37
Misi pengaman anjuran PBB dihantar ke negara yang berkonflik seperti Congo pada tahun 1960 sehingga 1964. Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia?
38
Malaysia telah membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia. Apakah kesan daripada tindakan Malaysia tersebut?
39
Malaysia pernah berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1997 – 1998 sehingga menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani krisis tersebut? I Menolak bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) II Menurunkan harga barang III Meminta bantuan Bank Dunia IV Menambat pertukaran wang ringgit
40
Gambar menunjukkan Anugerah Langkawi yang diisytiharkan oleh Malaysia. Apakah kriteria yang melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.