arrow_back

Selangor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Set 3

1
Berikut merupakan inskripsi Telaga Batu. Apakah kepentingan inskripsi tersebut?
2
Apakah peranan pembesar semasa pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka? I Memelihara keamanan kawasan II Menjaga kebajikan rakyat III Meningkatkan taraf ekonomi IV Melaksanakan gotong-royong
3
Berikut merupakan akhbar yang diterbitkan oleh masyarakat bukan Melayu sebelum merdeka. Tamil Nesan Apakah matlamat penerbitan akhbar tersebut?
4
Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ibu Zain Apakah sumbangan beliau?
5
Bagaimanakah kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa mempengaruhi gerakan nasionalisme peringkat awal di Tanah Melayu?
6
Maklumat berikut berkaitan Gerakan Fi-Sabilillah di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. - Tentera Selempang Merah di Johor - Khalifah Parang Panjang di Perak Mengapakah gerakan tersebut ditubuhkan?
7
Persidangan Raja-raja Melayu pada April 1946 memutuskan untuk mengemukakan bantahan terhadap Malayan Union melalui Mahkamah Tinggi di England. Mengapakah Raja-raja Melayu mengambil keputusan demikian?
8
Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani perjanjian dengan kerajaan British. Apakah implikasi perjanjian tersebut terhadap Sabah?
9
Bagaimanakah kedudukan Singapura selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
10
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) atau Communities Liaison Committee (CLC) diwujudkan?
11
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?
12
Bagaimanakah kerajaan British menjayakan sistem pendaftaran kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis?
13
Berikut merupakan moto Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC). > "Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu" Bagaimanakah moto tersebut dapat dicapai? I Mengiktiraf hak yang sama kepada semua kaum II Mewajibkan penggunaan bahasa yang sama III Mencadangkan sistem pendidikan seragam IV Memberi pengalaman pilihan raya secara berperingkat
14
Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum?
15
Diolog berikut berkaitan dengan calon Pilihan Raya 1955. Apakah syarat lain yang diperlukan oleh calon tersebut?
16
Apakah peranan Dato' Abdul Razak Hussein dalam barisan kabinet pertama negara?
17
Apakah asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
18
Mengapakah rakyat keturunan Melayu berhak memperoleh kedudukan istimewa di Tanah Melayu?
19
Mengapakah lambang negara berikut dicipta oleh kerajaan Persekutuan? - Negaraku - Jata Negara - Bendera Kebangsaan
20
Prinsip kedaulatan yang diperoleh melalui perjuangan yang berliku perlu dikekalkan. Apakah maksud prinsip tersebut?
21
Tokoh berikut memberikan takrifan kedaulatan. - Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj - Tun Dr. Mohamed Salleh Abas Apakah persamaan takrifan kedaulatan berdasarkan tokoh tersebut?
22
Mengapakah Deklarasi Hubungan Persahabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1970 diperkenalkan?
23
Badan manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?
24
Maklumat berikut merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Apakah perkara yang dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965)? I Imigresen II Undang-undang III Pentadbiran keadilan IV Hubungan luar negara
25
Mengapakah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja perlu menyertai persidangan Majlis Raja-Raja?
26
Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif? I Memanggil parlimen bersidang II Ketua Agama Islam negeri III Melantik Jemaah Menteri IV Menerima menghadap diplomat asing
27
Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan distrukturkan semula pada tahun 1927?
28
Agensi berikut ditubuhkan hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Apakah kerjasama tersebut?
29
Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura?
30
Siapakah yang mewakili Kerajaan Persekutuan semasa pengisytiharan Malaysia di Sabah?
31
Mengapakah rusuhan kaum berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964?
32
Antara isu pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Pertama ialah terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah. Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
33
Maklumat berikut berkaitan Dasar Pendidikan Kebangsaan. - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) - Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) Apakah dasar tersebut?
34
Rukun Negara mengandungi norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara. Apakah norma sosial tersebut? I Kesihatan II Agama III Budaya IV Pendidikan
35
Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan. Bagaimanakah agensi tersebut membantu pekebun kecil?
36
Bagaimanakah kerajaan menyusun semula masyarakat melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?
37
Malaysia memberi sumbangan besar dalam menjayakan misi pengaman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara yang berkonflik. Apakah tugas pasukan pengaman tersebut?
38
Mengapakah Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka pada tahun 1970?
39
Apakah isu global yang dihadapi oleh Malaysia? I Pemerdagangan orang II Kelestarian alam sekitar III Pemalsuan mata wang IV Kempen antiminyak sawit
40
Maklumat berikut berkaitan persidangan alam sekitar yang dihadiri Malaysia. - Protokol Kyoto 1997 - Persidangan alam sekitar di Bali Apakah persetujuan yang dicapai melalui persidangan tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。