arrow_back

Selangor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Set 2

1
Mengapakah wilayah pengaruh yang luas penting terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
2
Situasi berikut merujuk kepada Undang-Undang Laut Melaka. Seorang malim telah dijatuhi hukuman bunuh. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh malim tersebut?
3
Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan nasionalisme di Asia. Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis. Apakah rasional seruan tersebut? I Memperbaik kehidupan masyarakat II Menghindari penyebaran ajaran sesat III Memperkukuh hubungan persaudaraan IV Membebaskan diri daripada penjajahan
4
Mengapakah British menganggap Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai pertubuhan radikal?
5
Apakah hasrat Adolf Hitler menerusi Operasi Barbarossa yang dilancarkan semasa Perang Dunia Kedua?
6
Gambar merujuk kepada anggota Rejimen Askar Melayu semasa pendudukan Jepun di negara kita. Mengapakah beliau dianugerahi pingat Military Cross?
7
Apakah kandungan surat bantahan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu kepada kerajaan British di London pada tahun 1946?
8
Mengapakah Young Malay Association (YMA) ditubuhkan di Sarawak?
9
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh PUTERA dalam draf Perlembagaan Rakyat? I Pembahagian kuasa II Bendera kebangsaan III Hal ehwal luar negeri IV Syarat kewarganegaraan
10
Dialog berikut berlaku pada tahun 1948. Pemuda A: Saya lahir dan bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu selama 15 tahun. Apakah syarat lain yang perlu saya penuhi untuk melayakkan saya menjadi warganegara? Pemuda B: Anda mestilah mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Berdasarkan dialog tersebut, bagaimanakah Pemuda A layak mendapat kewarganegaraan?
11
Mengapakah fahaman komunis tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu?
12
Rajah berikut berkaitan usaha British menghapuskan komunis. X -> • Memenangi kepercayaan Orang Asli • Melonggarkan syarat kewarganegaraan Apakah X?
13
Apakah objektif yang hendak dicapai oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)? I Mempertahankan hak orang Melayu II Mewujudkan keadaan harmoni III Mengkaji hubungan kaum IV Mengukuhkan kedudukan British
14
Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
15
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
16
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?
17
Pernyataan di bawah berkaitan dengan hasil persetujuan di London. Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Reid setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu. Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
18
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? I Agama Islam sebagai agama Persekutuan II Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan III Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
19
Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal sempena pemasyhuran kemerdekaan negara?
20
Mengapakah pemimpin negara menyertai Komanwel sebaik sahaja mencapai kemerdekaan?
21
Apakah tafsiran kedaulatan mengikut pandangan Aristotle?
22
Bagaimanakah pemerintah dapat mewujudkan kestabilan politik negara?
23
Apakah kepentingan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak?
24
Mengapakah perlembagaan negara mengalami pindaan pada tahun 1963?
25
Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957. • Sistem Raja Berperlembagaan • Sistem Demokrasi Berparlimen Bagaimanakah pelaksanaan sistem pemerintahan tersebut? I Rakyat berhak memilih pemimpin II Raja merupakan pemerintah tertinggi III Mahkamah menggubal undang-undang IV Majlis Undangan Negeri diwujudkan
26
Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita?
27
Apakah perkara yang terkandung dalam senarai Kerajaan Persekutuan? I Pertahanan II Perundangan III Pemerintahan IV Pelajaran
28
Mengapakah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)?
29
Mengapakah idea pembentukan Malaysia dipersetujui oleh British?
30
Tentera Indonesia telah melancarkan serangan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam kempen Ganyang Malaysia. Bagaimanakah Malaysia menangani isu serangan tersebut?
31
Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha memajukan sistem perhubungan di Sarawak?
32
Pengeboman Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 telah menimbulkan kemarahan rakyat terhadap komunis. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak keselamatan selepas kejadian tersebut?
33
Bagaimanakah bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara?
34
Gambar berikut menunjukkan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut?
35
Agensi kerajaan berikut ditubuhkan oleh kerajaan bagi golongan belia. • Pusat Latihan Kemahiran Giatmara • Institut Latihan Perindustrian (ILP) Apakah kesan penubuhan agensi tersebut terhadap golongan bumiputera?
36
Bagaimanakah kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan wilayah melalui Dasar Pembangunan Nasional? I Menyebarkan industri terpilih II Melaksanakan pasaran terbuka III Mengurangkan kemasukan imigran IV Menggunakan konsep pertanian pintar
37
Malaysia menyertai Rancangan Colombo di bawah pertubuhan Komanwel. Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?
38
Bagaimanakah perluasan pengaruh komunis di Indochina memberi kesan terhadap Malaysia?
39
Manakah antara berikut merupakan Non-Governmental Organization - NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang terlibat menangani isu kemanusiaan di Palestin? I Muslim Care Malaysia II Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) III Global Peace Mission (GPM) IV Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
40
Mengapakah Malaysia mencadangkan pentadbiran Antartika diletakkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。