arrow_back

Selangor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Set 1

1
Berikut merupakan wilayah jajahan Kesultanan Melayu Melaka. - Inderagiri - Kampar Bagaimanakah wilayah ini ditakluki?
2
Maklumat berikut berkaitan Hukum Kanun Melaka. - Membunuh tanpa pengetahuan raja - Memalsukan titah sultan Apakah hukuman yang dikenakan kepada pesalah tersebut?
3
Apakah mesej yang disampaikan melalui karya Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai?
4
Apakah kejayaan persatuan al-Jamiah al-Khairiah di Singapura? I Membangkitkan semangat berniaga II Memulakan pendidikan Inggeris III Melahirkan golongan intelektual IV Menulis rencana berinformasi
5
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Eropah. ### Krisis Rantau Balkan > Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia. Apakah kesan segera daripada peristiwa berikut?
6
Kakeo Kokokai merupakan gabungan persatuan Cina di Sarawak. Apakah yang ingin dicapai oleh Jepun melalui pertubuhan tersebut?
7
Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?
8
Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British di Sarawak. Mengapakah desakan tersebut dibuat?
9
Mengapakah PUTERA-AMCJA menolak cadangan perlembagaan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja? I Tiada wakil bukan Melayu II Jati diri penduduk terhapus III Syarat kewarganegaraan longgar IV Kuasa British diperkukuh
10
Siapakah yang mengetuai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Tindakan di bawah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. - Mensabotaj kemudahan awam - Menyerang pekerja awam Apakah kesan tindakan tersebut?
12
Bagaimanakah Rancangan Briggs berjaya melemahkan pergerakan komunis di Tanah Melayu?
13
Maklumat berikut berkaitan pertubuhan di Tanah Melayu. > Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan bagi memperjuangkan idea negara merdeka yang menekankan pemerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat dan keadilan sosial. Mengapakah British bertindak mengharamkan pertubuhan tersebut?
14
Apakah rasional penggunaan logo tersebut?
15
Apakah tujuan Pilihan Raya Umum 1955 diadakan?
16
Sesi pembukaan Majlis Perundangan Persekutuan dilakukan pada 31 Ogos 1955. Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada sejarah negara?
17
Suruhanjaya berikut dibentuk bagi melicinkan proses kemerdekaan negara. ### Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
18
Apakah kaedah yang digunakan dalam menentukan pemilihan bunga kebangsaan?
19
Apakah simbolik daripada bangunan tersebut?
20
Apakah ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat? I Lambang II Tentera III Bahasa IV Rakyat
21
Apakah tafsiran Ibnu Khaldun tentang kedaulatan?
22
Apakah garis pemisah antara negara kita dengan negara jiran?
23
Mengapakah British memperkenalkan undang-undang Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?
24
Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1965?
25
Mengapakah kedudukan raja yang memerintah adalah lebih kukuh bagi pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?
26
Apakah punca kuasa yang menentukan perkara tersebut?
27
Bagaimanakah pemerintahan beraja berperanan bagi mengimbangi pemerintahan demokrasi di negara kita? I Berkuasa penuh dalam pentadbiran II Mengamalkan sikap berkecuali III Meredakan konflik pertikaian IV Bertindak dengan budi bicara
28
Apakah yang terkandung dalam Senarai Negeri? I Tanah II Perhutanan III Kewarganegaraan IV Hal ehwal luar negeri
29
Bagaimanakah kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah perumahan pada awal kemerdekaan?
30
Maklumat di bawah berkaitan dengan gabungan parti di Sarawak dan Sabah. - Sarawak Alliance - Sabah Alliance Apakah persamaan parti tersebut?
31
Peristiwa berikut berlaku di Sarawak. - Krisis perlembagaan Sarawak 1966 - Pengisytiharan darurat September 1966 Apakah isu yang mencetuskan peristiwa tersebut?
32
Mengapakah kerajaan memperkenalkan Strategi Counterinsurgency (COIN) di Tanah Melayu?
33
Mengapakah kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan berikut? - Laporan Rahman Talib - Laporan Jawatankuasa Kabinet - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
34
Apakah tujuan penubuhannya?
35
Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?
36
Apakah usaha kerajaan untuk memperbaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
37
Mengapakah Malaysia menentang dasar Aparteid?
38
Malaysia, Filipina dan Indonesia telah menubuhkan MAPHILINDO pada tahun 1963. Apakah tujuan pertubuhan tersebut?
39
Kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipertikaikan kerana gagal mengekalkan keamanan dunia. Apakah cadangan Malaysia bagi mengatasi perkara tersebut?
40
Malaysia menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara pada tahun 1995. Mengapakah Malaysia terlibat dalam perjanjian tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。