arrow_back

Selangor Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · PINTAS Set 1

Sejarah

Selangor Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · PINTAS Set 1

  • Percubaan Selangor PINTAS Set 1
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka. > Menguruskan perbendaharaan secara teratur. Siapakah pembesar tersebut?
2
Situasi berikut merujuk kepada Undang-undang Laut Melaka. > Seorang malim telah dijatuhi hukuman bunuh kerana lalai dalam menjalankan tugasnya. Apakah kelalaian yang mungkin dilakukan oleh malim tersebut?
3
Mengapakah berlaku Revolusi Keagungan 1688 di England? I Memperjuang hak asasi rakyat II Menegakkan kedaulatan parlimen III Menentang penjajahan kuasa asing IV Mempertahan peradaban tradisi bangsa
4
Karya penulisan berikut telah dihasilkan pada abad ke-20 di negara kita. | Tajuk | Penulis | | --- | --- | | *Melor Kuala Lumpur* | Harun Aminurrashid | | *Cerita Awang Putat* | Abdul Rahim Kajai | Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui karya tersebut?
5
Peristiwa berikut berlaku ekoran krisis di rantau Balkan. > Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
6
"Wang pokok pisang" berikut digunakan di negara kita semasa pendudukan Jepun. Apakah yang berlaku apabila pihak Jepun mencetak mata wang tersebut tanpa kawalan?
7
British Military Administration (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu pada 12 September 1945. Mengapakah BMA gagal mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British?
8
Apakah kesan penyerahan Sabah kepada British pada 26 Jun 1946?
9
Apakah perkara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja 1946 dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu? I Memberi kerakyatan secara terbuka II Menjamin kedudukan Raja-raja Melayu III Memelihara keistimewaan orang Melayu IV Menubuhkan Dewan Perundangan Pusat
10
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) membantah apabila Perlembagaan Rakyat ditolak oleh British. Apakah bentuk bantahan tersebut?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google