arrow_back

Putrajaya Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Set 1

1
### Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu - Raja - Undang-undang - X - Rakyat Apakah X?
2
Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat. Apakah gelaran kawasan tersebut?
3
### Revolusi Amerika (1776) Apakah yang diperjuangkan oleh revolusi berikut?
4
Maklumat berikut menunjukkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu? Penulis: Abdullah Sidek Karya: Mari Kita Berjuang Apakah mesej yang disampaikan dalam penulisan novel tersebut?
5
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Mengapakah perang tersebut berlaku?
6
### Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun. > Kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu Apakah kesan kelewatan tersebut terhadap Tanah Melayu?
7
Maklumat berikut menerangkan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. - Pelaburan ekonomi - Melicinkan sistem pentadbiran
8
Tokoh berikut menjalinkan kerjasama untuk menentang Malayan Union. - Za'ba - Dato' Onn Jaafar - Tunku Abdul Rahman - Dato' Panglima Garang Apakah kesan jalinan kerjasama tersebut?
9
Mengapakah tokoh berikut menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu 1948? Dr. Burhanuddin al-Helmy I. Memberi kebebasan hak bersuara II. Memajukan ekonomi orang Melayu III. Membentuk kerajaan republik IV. Memohon kemerdekaan sepenuhnya
10
Maklumat berikut berkaitan dengan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948. > John Albert lahir di Melaka sebelum tahun 1948. Beliau berhasrat untuk menetap di negeri Pulau Pinang. Apakah status kerakyatan beliau mengikut perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
### Trade Union Ordinance No.9 of 1948 Mengapakah British bertindak memperkenalkan undang-undang berikut di negara kita?
12
Apakah kesan darurat terhadap politik di negara kita?
13
Apakah konsep kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?
14
Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan di Tanah Melayu?
15
Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut? I. Membaiki proses pilihanraya II. Meninjau pandangan rakyat III. Membuat kajian pilihan raya IV. Memberi cadangan pihan raya
16
Maklumat berikut merujuk kepada anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. Anggota: Menteri - 10 orang Anggota: Pegawai British - 3 orang Apakah portfolio yang dipegang oleh pegawai British tersebut?
17
Tunku menjelaskan perlunya misi rundingan ke London bagi membincangkan beberapa perkara untuk negara yang akan merdeka. Apakah perkara tersebut? I. Keselamatan II. Perlembagaan negara III. Hal Ehwal Luar Negeri IV. Pertahanan
18
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
19
Antara yang berikut, yang manakah lambang negara Malaysia? I. Wau II. Keris III. Jata Negara IV. Lagu Kebangsaan
20
Apakah kesan langsung kemerdekaan terhadap sistem pemerintahan negara?
21
Apakah yang menjadi asas kepada peraturan sesebuah negara?
22
Kedaulatan penting untuk memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain? Bagaimanakah hubungan luar negara tersebut dapat dibentuk?
23
Senarai berikut merujuk kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). - Perak - Selangor - Negeri Sembilan - Pahang Apakah persamaan penggubalan undang-undang di negeri-negeri tersebut?
24
Pihak yang manakah bertanggungjawab melindungi kedudukan orang Melayu dan bumiputra Sarawak dan Sabah sebelum negara kita mencapai kemerdekaan? I. Raja II. Ketua pribumi III. Residen Jeneral British IV. Perlembagaan Persekutuan
25
Antara berikut, yang manakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif?
26
Apakah ciri amalan demokrasi di Malaysia?
27
Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama? I. Undang-undang Islam II. Kebudayaan dan sukan III. Kebajikan awam IV. Perubatan dan kesihatan
28
ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ditubuhkan untuk memastikan keselamatan rakyat di Sabah. Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ESSCOM?
29
Menjelang jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam laporan tersebut?
30
Apakah kesan peristiwa berikut? Tahun: 1965 Peristiwa: Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno
31
Apakah cabaran kerajaan Malaysia dalam memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak serta Sabah?
32
Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah faktor pemisahan tersebut? I. Konflik perkauman II. Masalah kepimpinan III. Cabaran keselamatan IV. Kedudukan Singapura terancam
33
Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasa Bahasa Melayu?
34
Bagaimanakah sukan dapat membantu mengurangkan jurang perkauman di Malaysia?
35
Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan?
36
### Rancangan Buku Hijau Mengapakah kerajaan memperkenalkan rancangan tersebut
37
Apakah yang menjadi faktor utama dalam penggubalan dasar luar Malaysia?
38
### Kerjasama serantau Cabaran keselamatan Bagaimanakah Malaysia menangani cabaran berkaitan keselamatan serantau?
39
Apakah peranan utama Malaysia dalam isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa?
40
Apakah dokumen utama yang menjadi panduan dalam usaha global untuk menangani perubahan iklim?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.