arrow_back

Pulau Pinang Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · Set 1

Sejarah

Pulau Pinang Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · Set 1

  • Percubaan Pulau Pinang Set 1
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan syahbandar?
2
Pernyataan berikut merujuk kepada maksud tulah. > Kecelakaan yang menimpa seseorang Apakah sebab seseorang itu ditimpa tulah?
3
Mengapakah isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma?
4
Berikut merupakan sebuah karya Raden Adjeng Kartini. > **Habis Gelap Terbitlah Terang** Karya tersebut menyentuh tentang
5
Maklumat berikut ialah slogan yang digunakan oleh Jepun di negara kita. > "Asia untuk Orang Asia" Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh Jepun dengan menggunakan slogan tersebut? I Menonjolkan imej Jepun II Menanamkan semangat antipenjajah Barat III Membawa kemajuan kepada Tanah Melayu IV Memajukan ekonomi penduduk tempatan
6
Siapakah pemimpin yang melancarkan Pemberontakan Jesselton *(Double Tenth)* di Sabah?
7
Maklumat berikut berkaitan British Military Administration (BMA). > Walaupun BMA berusaha memulihkan keamanan, namun rakyat hampa dengan ketidakupayaan BMA menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Apakah iktibar yang anda peroleh daripada pernyataan tersebut? I Perlu menghormati British II Sentiasa bersikap waspada III Tidak mudah percaya kepada kuasa asing IV Kepentingan rakyat mendukung sikap anti-British
8
Mengapakah orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union?
9
Apakah bukti Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu?
10
Apakah manfaat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada orang bukan Melayu?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google