arrow_back

Perak Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · MPSM Set 1

Sejarah

Perak Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · MPSM Set 1

  • Perak 州试卷 MPSM Set 1
  • 40 题
  • 附解析
1
Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Apakah jawatan yang menyamai peranan Perdana Menteri masa kini?
2
Rajah berikut berkaitan hubungan timbal balik semasa Kesultanan Melayu Melaka. > Rakyat yang menderhaka kepada raja akan terkena tulah Bagaimana rakyat boleh mengelakkan diri daripada kecelakaan tersebut?
3
Mengapakah peristiwa berikut tercetus di England? | Tahun | Peristiwa | | --- | --- | | 1688 | Revolusi Keagungan |
4
Bagaimanakah tokoh berikut berperanan dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita pada awal abad ke-20? - Abdul Rahim Kajai - Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
5
Mengapakah Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1941?
6
Kekejaman tentera Jepun serta kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk. Apakah cara penentangan tersebut?
7
Maklumat berikut berkaitan bentuk pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1946. | X | • Diketuai Gabenor<br>• Kerakyatan *jus soli* | | --- | --- | Apakah **X**?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin Rukun 13 di Sarawak. - Morshidi Sidek - Bujang Suntong - Awang Rambli Apakah matlamat kumpulan tersebut?
9
Mengapakah PUTERA-AMCJA menolak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
10
Maklumat berikut adalah ciri-ciri pentadbiran yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. - Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai kerajaan Persekutuan - Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang dalam Dewan Perundangan Negeri Apakah pentadbiran tersebut?
还有 30 题,登录后免费做完整份试卷

登录后成绩会自动保存,答错的题会放进错题本,换手机也能接着做。

更多 Sejarah 试卷

查看全部 Sejarah 试卷 →
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。

登录

使用 Google 账号登录以继续

使用 Google 继续