arrow_back

Johor Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · Tangkak

Sejarah

Johor Trial 2026 Sejarah Kertas 1 · Tangkak

  • Percubaan Johor Tangkak
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa yang wujud dalam Kesultanan Melayu Melaka. > Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar Apakah ciri negara bangsa tersebut?
2
Tokoh berikut telah menghasilkan karya berjudul *Habis Gelap Terbitlah Terang*. Apakah kandungan karya tersebut?
3
Bagaimanakah tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita sejak awal abad ke-20? - Ibrahim Haji Yaakob - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam
4
Maklumat berikut merupakan puisi yang terhasil di negara kita pada awal abad ke-20. - "Angan-angan dengan Gurindam" - "Sedarlah" - "Semenanjung" Apakah kesan puisi tersebut?
5
Maklumat berikut berkaitan dengan sekatan ekonomi terhadap Jepun. > Amerika Syarikat, British dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah untuk industri dan operasi perang. Bagaimanakah Jepun menangani sekatan ekonomi tersebut?
6
Tokoh berikut telah melakukan kegiatan anti-Jepun secara individu. Bagaimanakah beliau melakukan penentangan tersebut?
7
Maklumat berikut berkaitan proses penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. > Gerard T. MacBryan pulang ke England bersama-sama dengan dokumen yang ditandatangani oleh ketua tempatan Sarawak. Vyner Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Mengapakah rakyat Sarawak menentang penyerahan tersebut? I Mengurangkan kuasa raja Melayu II Mengukuhkan sistem pertahanan III Tanpa pengetahuan rakyat Sarawak IV Menggunakan pelbagai muslihat
8
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penyerahan Sabah kepada kerajaan British. > Sebelum meninggalkan Sabah, tentera Jepun telah memusnahkan Jesselton, Kudat dan Sandakan. Mengapakah SBUB menyerahkan Sabah kepada British?
9
Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu. > **1946** Malayan Union ➜ **1948** Persekutuan Tanah Melayu Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
10
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kesan penubuhan tersebut? I Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu II Mengembalikan kestabilan dan keamanan III Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat IV Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Sejarah

Lihat semua kertas Sejarah →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google