arrow_back

Johor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Muar

1
Undang-undang Kutara Manawa telah diguna pakai di Kerajaan Alam Melayu. Apakah Kerajaan tersebut?
2
Apakah tugas pembesar peringkat jajahan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
3
Mengapakah gerakan nasionalisme di Amerika yang berlaku pada tahun 1776 tercetus?
4
Kesusateraan seperti novel, cerpen dan puisi merupakan wadah untuk mengungkapkan keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat. Apakah kepentingan penulisan kreatif seperti rajah di atas?
5
Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama. Persidangan Damai Paris melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian. Apakah prinsip utama deklarasi di atas?
6
Yang manakah bukan cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?
7
Siapakah bekas pegawai British yang turut menentang penubuhan Malayan Union?
8
Penyerahan Sabah kepada kerajaan British telah dilakukan oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) pada 26 Jun 1946. Apakah impak penyerahan tersebut terhadap Sabah?
9
Gambar di bawah menunjukkan proses penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah iktibar penubuhan Persekutuan tersebut?
10
Antara salah satu ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah status kewarganegaraan. Yang manakah syarat kewarganegaraan secara pendaftaran? - I Taat kepada Raja - II Keturunan Melayu - III Tiada rekod jenayah - IV Tingkah laku yang baik
11
Bagaimanakah pembunuhan tiga orang pengurus ladang ketika pendudukan komunis membawa kesan besar ketika itu? - Arthur Walker - Ian Cristian - John Allison
12
British memperkasa pasukan keselamatan dalam usaha untuk menangani ancaman komunis. Apakah tugas Senoi Praaq atau Urang Perang?
13
Orang Melayu bersetuju memberikan kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Mengapakah orang Melayu bersetuju bertindak demikian?
14
Pada Oktober 1954, gabungan tiga parti politik berbeza kaum melengkapkan kerjasama yang diinginkan British. Apakah nama parti yang terlibat dalam kerjasama politik tersebut?
15
Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu. 1950 Ordinan Pilihan raya Berkuasa Tempatan Apakah tujuan pembentukan Ordinan di atas?
16
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1955. Bagaimanakah kabinet pertama dibentuk?
17
Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Reid pada 8 Mac 1956. Suruhanjaya Reid memulakan tugasnya pada Jun 1956. Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
18
Apakah memorandum yang diterima daripada parti politik dan pihak awam? - I Sistem pentadbiran - II Soal kewarganegaraan - III Bahasa dan pendidikan - IV Agama dan kepercayaan
19
Apakah perjuangan tokoh berikut terhadap pembebasan rakyat India? Mahatma Gandhi
20
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bertujuan menonjolkan identiti negara sebagai sebuah negara merdeka. Jawatankuasa Persediaan Fizikal Siapakah yang mencadangkan sebuah lagu kebangsaan dicipta sebagai lagu rasmi negara?
21
Apakah maksud Demokrasi Berparlimen?
22
Maklumat berikut merupakan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara. - Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan - Menganggotai pasukan keselamatan Apakah manfaat rakyat berbuat demikian?
23
Bagaimanakah kuasa eksekutif raja sebagai ketua negeri dilaksanakan?
24
Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan mahkamah untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. Mahkamah tersebut dikenali sebagai
25
Gambar berikut adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
26
Fungsi Dewan Undangan Negeri adalah untuk
27
Apakah badan yang menyelaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dalam negara kita?
28
Apakah majlis yang ditubuhkan untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? - I Majlis Tanah Negara - II Majlis Kewangan Negara - III Majlis Khazanah Nasional - IV Majlis Persekutuan Negeri
29
Rajah menunjukkan dialog dari Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara. Sir Malcolm MacDonald Saya mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara Langkah ini bertujuan untuk melakukan rancangan Dekolonisasi Apakah maksud Dekolonisasi yang dimaksudkan oleh pegawai di atas?
30
Bagaimanakah kedudukan bumiputera di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?
31
Kempen berikut dilancarkan oleh Lee Kuan Yew. Malaysian Malaysia Mengapakah kempen tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat?
32
Bagaimanakah kerajaan mengatasi kadar pengangguran yang meningkat dalam tahun 1970-an?
33
Dasar Pembangunan Ekonomi berikut dibentuk untuk mencapai kemakmuran ekonomi. - Dasar Ekonomi Baru - Dasar Pembangunan Nasional Siapakah golongan masyarakat yang menjadi sasaran di bawah dasar tersebut?
34
Maklumat berikut berkaitan dengan akta yang telah diperkenalkan di Malaysia. Akta 32 - Diperkenalkan pada tahun 1967 - Digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Apakah isu yang ditekankan dalam akta tersebut?
35
Antara berikut, tokoh manakah yang melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 17 Jun 1991?
36
Mengapakah kerajaan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri yang kurang maju?
37
Apakah matlamat Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Kuala Lumpur 1989?
38
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memperkukuh dasar luar? - I Keselamatan negara - II Pembangunan ekonomi - III Kepentingan negara luar - IV Permintaan rakyat tempatan
39
Peta menunjukkan kawasan Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga. Lingkungan kawasan IMT-GT Apakah tujuan kawasan lingkungan tersebut diwujudkan?
40
Maklumat berikut prinsip negara ASEAN berkaitan krisis jerebu. ASEAN Tanpa Jerebu 2020 Bagaimanakah prinsip tersebut dicapai?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.